Bagi sesiapa yang membesar pada tahun 1980an, pasti masih terkenang salah satu drama televisyen (TV) dari Jepun yang terkenal ialtu Oshin. Drama yang berlatar belakangkan zaman Meiji sehingga tahun 1980an itu memaparkan suka-duka hidup seorang budak perempuan bernama Shin Tanokura atau lebih dikenali sebagai Oshin sehinggalah beliau dewasa.
Kredit Foto: Tribunnews Bogor
Drama itu memaparkan kehidupan miskin keluarga Oshin dan cabaran-cabaran yang mereka lalui. Tahun lalu, beberapa negara Asia termasuk saluran TV Jepun WakuWaku telah memutuskan untuk menayangkan semula siri itu dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.
Kredit Foto: Wikipedia
Terbaru, pelakon yang memegang watak Oshin, Ayako Kobayashi telah datang ke Jakarta untuk kesekian kalinya bagi mempromosikan tayangan semula drama masyarakat itu. Kobayashi telah memegang watak Oshin sejak beliau berumur 10 tahun lagi.
Kredit Foto: The Vocket
Semasa ditemubual oleh media Indonesia termasuk CNN Indonesia, Kobayashi mengatakan beliau tidak menyedari populariti siri drama itu ketika masih kecil tetapi hairan mengapa beliau selalu dijemput ke negara-negara seluruh dunia. Kini, Kobayashi berbangga dengan watak Oshin kerana menjadi bahagian penting dalam kerjaya lakonannya.
Kredit Foto: Daily News
Menurut Kobayashi, beliau berhenti berlakon sementara selepas drama itu tamat untuk menyelesaikan pengajiannya. Beliau kini aktif dalam lakonan TV, radio dan pertunjukan teater. Mengulas mengenai perkembangan drama Oshin, Kobayashi berharap stesen TV akan mula menayangkan siri itu walaupun telah 30 tahun berlalu kerana pengisiannya masih relevan sehingga kini.
Kredit Foto: CNN Indonesia
Dalam drama Oshin, beliau selalu digambarkan sebagai seseorang yang positif dan mampu menjadi inspirasi kepada golongan muda. Kobayashi berharap penonton dapat belajar sesuatu daripada watak Oshin.
Persoalannya, masih adakah penonton Oshin di Malaysia jika drama ini ditayangkan semula seperti di negara Jepun dan Indonesia? -CARI |