CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Pembelian Banglo: Lim Guan Eng Bebas Tuduhan Rasuah

3-9-2018 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9041| Komen: 129

Description: Malay Mail melaporkan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menggugurkan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dalam pembelian ba ...
Malay Mail melaporkan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menggugurkan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dalam pembelian banglo bawah harga pasaran.


Kedua-dua mereka telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 6 Julai lalu.

Kredit foto: www.malaysiakini.com

Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik semula semua pertuduhan terhadap mereka.

Ketika membacakan keputusan itu Hakim Hadhariah berkata, sejak perbicaraan dijalankan seramai 25 saksi telah dipanggil dan masih terdapat 20 lagi saksi yang mungkin dipanggil memberi keterangan selepas ini.

"Di mahkamah ini sepatutnya tak ada 'case installment', kena ada full stop tak boleh koma selepas kes sudah berjalan dengan 25 saksi dipanggil tiba-tiba nak tangguhkan kes seketika."


Jelas beliau, selepas mengkaji keseluruhan kes itu, kedua-dua mereka dibebaskan atas kedua-dua pertuduhan yang dihadapi tanpa perlu dipanggil semula pada masa akan datang.

Sementara itu, Guan Eng semasa ditemui di luar kamar mahkamah gembira dengan keputusan tersebut.

Pada Mac lalu, Guang Eng dan Li Koon mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan pindaan ke atas mereka.- CARI
23

Bagus
20

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
68

Bosan

Friends Rank (171 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 3-9-2018 10:53 AM
#malaysiabahalu

#inikitamiya
Quote hadibah 3-9-2018 10:55 AM
maka selama2nya la nama LGE tak bersih

Quote hadibah 3-9-2018 10:57 AM
ada peluang bersihkan, apek bodoh tak guna.

cambabs



Quote hadibah 3-9-2018 11:01 AM
bila pemerintah zalim tak adil

bala pun datang bertimpa timpa


'Angin seakan-akan puting beliung'




KUALA LUMPUR: “Angin kuat itu datang dalam sekelip mata, ketika kelam kabut untuk melarikan diri, kepala saya dihempap dahan pokok, saya ingat saya sudah mati,” kata mangsa kejadian ribut di Salak South Baru, Chin Kam Peng.

Ketika kejadian kira-kira jam 4.30 petang semalam, peniaga durian berusia 57 tahun itu berada di gerainya.

“Pada mulanya hujan renyai, langsung tiada angin, kilat serta guruh pun tiada maka saya fikir tiada apa yang perlu dirisaukan, saya terus duduk di gerai saya.

“Tetapi tidak sampai lima minit kemudian, tiba-tiba angin kuat datang, sekali lalu sahaja payung gerai diterbangkan dan gerai saya tumbang, saya panik dan cuba mencari tempat untuk berteduh.

“Ketika berlari menuju ke kawasan rumah kedai berhampiran, kepala saya ditimpa dahan pokok menyebabkan saya cedera di kepala dan mata kiri, kereta saya turut musnah dihempap pokok tumbang,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Pemilik gerai bunga bertentangan gerai Kam Peng, Parvathy, 68, pula berkata, ketika kejadian gerainya dijaga oleh anak lelakinya.

Katanya, ketika cuba melarikan diri, kaki anaknya itu tercedera akibat terpijak batu sementara gerainya rosak teruk dihempap pokok tumbang.

“Dia kemudian menelefon abang iparnya yang juga menantu saya memaklumkan kejadian itu sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Dia sempat bercerita kepada saya, dia lari akibat ketakutan selepas melihat angin itu mempunyai bentuk seakan-akan puting beliung,” katanya.

Kira-kira 800 meter dari lokasi itu, bumbung dan rumah milik seorang kontraktor, Lai Swee Sang, 63, mengalami kerosakan teruk.

“Ketika kejadian saya tiada di rumah, isteri saya menelefon saya memberitahu angin sangat kuat dan mengeluarkan bunyi seakan-akan orang menyanyi.

“Selain itu, dia juga melihat angin itu berbentuk seperti puting beliung yang kecil, selain rumah saya, rumah jiran yang lain juga turut rosak sama ada dihempap dahan pokok atau terkena bumbung zink yang berterbangan,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik kilang perabot, Hui Kwan Wai, 81, mengalami kerugian besar selepas beberapa bahagian kilangnya runtuh

“Saya bersyukur ketika kejadian semua pekerja saya baru sahaja meninggalkan kilang selepas habis bekerja.

“Kilang saya mengalami kerosakan yang sangat teruk, ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku di kawasan ini,” katanya.

Quote c===8 3-9-2018 11:03 AM
yey kebenaran terbukti akhirnya!!
mesti khir toyo hangin je kikiki
Quote lkick2113 3-9-2018 11:07 AM
Dah agak dah.... AG Ada kuasa mendakwa Dan menarik pendakwaan. So, AG Adalah Tommy Thomas Yg merupakan peguam Bela khalipap untuk kes ni.... Hehehehe...
Quote AbukRokok 3-9-2018 11:11 AM
wahhh mesti malam ni ada pesta hungry ghost festival
Quote arnauld 3-9-2018 11:12 AM
yay Malaysia balu hoyeah...mana pi rule of law hahaha hahaha hahaha
Quote spiderman80 3-9-2018 11:12 AM
Khalifah LGE sudah menjadi suci murni macam bayi baru dilahirkan.
Quote hadibah 3-9-2018 11:15 AM
han churrrrrrrrrrrrrrrr sudah malaysia ku

Quote Yahudi_Bisex 3-9-2018 11:15 AM
Yang dulu lambat sangat buat kerja sampai Si Tua Kutuk boleh jadi PM tu knape?
Quote lkick2113 3-9-2018 11:19 AM
@tobby  @badaksumbu
Berita menarik ni
Quote hadibah 3-9-2018 11:20 AM


salahguna kuasa

jahanam sudah malaysia ku







Quote dizekni 3-9-2018 11:25 AM


Dont wolly TOMMY,

apa you mo makan.. busatt miya pun talak hat..
Quote tobby 3-9-2018 11:27 AM
lkick2113 replied at 3-9-2018 11:19 AM
@tobby  @badaksumbu
Berita menarik ni

yg ni sebahagian dari perjanjian madey dgn kit siang & perlantikan tommy thomas sbg AG.  skrg kan dah nampak
Quote hadibah 3-9-2018 11:27 AM


takkan tak tolong bos kan??

takkan nak biarkan boss masuk jail kan??








Quote tobby 3-9-2018 11:28 AM
hadibah replied at 3-9-2018 11:20 AM
salahguna kuasa

jahanam sudah malaysia ku

terbaik meme ni ..
Quote kelana36 3-9-2018 11:30 AM
tunggu lah next PRU, BN ambik balik, tukar AG, dakwa balik LGE, bersihkan Najib...  

begitulah seterusnya sehingga bang jamil mampus....
Quote tobby 3-9-2018 11:32 AM
arnauld replied at 3-9-2018 11:12 AM
yay Malaysia balu hoyeah...mana pi rule of law hahaha hahaha hahaha

before this PKR pun question benda ni...
cant blame PKR to think evidence is overwhelmed.
how will they explain to rakyat?
CM changed land status for ms phang; then in return;
ms phang giv him a RM6mil bungalow for RM2.4mil.

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.052573 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top