CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Amukan Sekumpulan Gajah, Lelaki Malang Terima 20 Jahitan

16-8-2018 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3096| Komen: 12

Description: Seorang lelaki berumur 33 tahun berdepan detik cemas apabila kereta Toyota Avanza yang dipandunya terlanggar seekor gajah di Batu 8, Jalan Mawai ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sed ...

Seorang lelaki berumur 33 tahun berdepan detik cemas apabila kereta Toyota Avanza yang dipandunya terlanggar seekor gajah di Batu 8, Jalan Mawai ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sedili, malam kelmarin.


Harian Metro melaporkan, mangsa, Mohd Khairul Abdul Karim berkata kejadian yang mencemaskan itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam.

Ketika kejadian, kereta dipandunya tidak sempat mengelak lalu terlanggar kaki salah seekor sekawan gajah yang berada di tengah jalan.

“Ketika itu kaca bertaburan dan apabila kakinya diangkat, kereta terus menggelongsong ke bawah,” katanya.

“Saya teringat pesanan penduduk kampung supaya melarikan diri. Saya keluar dan berlari 50 meter sambil meminta bantuan pengguna jalan lain.”

Tambahnya, walaupun gajah dilanggarnya itu kelihatan masuk ke dalam hutan berhampiran, namun 15 minit kemudian ia datang kembali bersama sekumpulan gajah. 


"Tak sangka ketika kami sedang menunggu kehadiran ambulans, sekawan gajah yang sama berpatah balik ke arah kereta saya lalu memijak kenderaan hingga remuk di bahagian hadapan sebelum melarikan diri ke hutan semula." 


Kredit foto: carian internet

Ekoran kemalangan itu, mangsa yang bekerja dengan Felda itu mengalami cedera di bahagian muka kiri membabitkan pipi, bibir dan kelopak mata hingga menerima 20 jahitan akibat hentakan.

Bagaimanapun bapa kepada empat anak meluahkan rasa syukur kerana sempat menyelamatkan diri setelah melanggar gajah berkenaan.- CARI
27

Bagus
41

Marah
24

Terkejut
23

Sedih
21

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 16-8-2018 04:40 PM
Comel je bawak geng datang serang balik. Pandai.

Salam takziah bang. Moga cepat sembuh.
Quote CiliPadiSedap 16-8-2018 05:48 PM
munchkin replied at 16-8-2018 04:40 PM
Comel je bawak geng datang serang balik. Pandai.

Salam takziah bang. Moga cepat sembuh.

15 minit tu tempoh masa gajah membawang di sogo lepas tu baru teringat ada kereta langgar kaki.
Quote munchkin 16-8-2018 05:55 PM
CiliPadiSedap replied at 16-8-2018 05:48 PM
15 minit tu tempoh masa gajah membawang di sogo lepas tu baru teringat ada kereta langgar kaki.

Jauh na sogo tu.
Quote Skuau 16-8-2018 06:03 PM
betul ke 'TER' langgar???
Quote CiliPadiSedap 16-8-2018 07:45 PM

fikir acik2 gajah xpandai shopping ke? ada petua orang lama2, kalau jumpa gajah jangan lari merangkak jadi tikus nanti gajah lari. orang tua yang bagi petua ni mati sebab kena libas belalai gajah
Quote munchkin 16-8-2018 07:46 PM
CiliPadiSedap replied at 16-8-2018 07:45 PM
fikir acik2 gajah xpandai shopping ke?  ada petua orang lama2, kalau jumpa gajah jangan lari  ...

Mana sempat pi sogo jauh. Lain hari ok lah. Kaki sakit kena langgar tu
Quote moonbug 16-8-2018 08:57 PM
Harap mangsa kemalangan yakni gajah yang dilanggar tu sembuh kakinya, tak melarat sampai infection ke apa.

Kalau kes macam ni, insurance kereta cover tak?
Quote keds 16-8-2018 11:21 PM
Gajah pun pandai bawa geng....
Quote Spicymami 17-8-2018 04:32 AM
Org kata gajah ni kuat berdendam yea.. Skali dia dendam dia akan cari smpi dapat biarlah seumur hidup dia pun.
Quote Spicymami 17-8-2018 04:32 AM
Org kata gajah ni kuat berdendam yea.. Skali dia dendam dia akan cari smpi dapat biarlah seumur hidup dia pun.
Quote batmana 17-8-2018 06:57 AM
Kene bawa tikus kalu lalu tmpt laluan gajah.dkatakan gajah takut dgn tikus.
Quote fox. 17-8-2018 12:31 PM
kau ingat hantu gigi jah boleh bawak geng

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.082255 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top