CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terhidu Gas Ammonia, Tujuh Pelajar Sesak nafas Dikejarkan Ke Hospital

16-8-2018 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1689| Komen: 2

Description: Pag tadi, tujuh orang pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang di Shah Alam mengadu sakit tekak dan sesak nafas.

Pag tadi, tujuh orang pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang di Shah Alam mengadu sakit tekak dan sesak nafas.

Kredit foto: www.projekmm.com


Memetik laporan Bernama, Pengetua sekolah, Lin Peck Poh berkata beliau mengesyaki kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi itu berpunca daripada kebocoran gas ammonia kilang ais yang terletak bersebelahan dengan sekolah tersebut.

Menurut Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim, empat daripada pelajar berkenaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang manakala bakinya termasuk guru dihantar ke Hospital Shah Alam.

“Kesemua mereka kini berada dalam keadaan stabil.” 

Kredit foto: carian internet


Manakala memetik laporan Kosmo, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, hasil pemeriksaan mendapati bacaan di dalam kilang di kawasan mesin adalah 200 part per milion (PPM) manakala bacaan di luar kawasan kilang adalah normal.

"Kejadian tersebut dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemilik kilang tersebut membaiki sepenuhnya lima tangki yang menyalurkan gas amonia ke mesin memproses ais."

"Kini anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja menyahcemar kuantiti gas amonia di dalam kawasan kebocoran tersebut."

Berikutan kejadian itu, sesi persekolahan di sekolah itu terpaksa dibatalkan.- CARI





24

Bagus
29

Marah
22

Terkejut
29

Sedih
42

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-8-2018 01:05 PM
Uish
Gws wahai adek adek sekelian...
Quote moonbug 16-8-2018 08:59 PM
Macam takde je keluar thread pasal pekerja kilang ais tu yang meninggal 2 orang tu?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.045584 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top