CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Kena Ikut Jejak Tun M, Pak Lah Jarakkan Diri Dari UMNO - Nazri Aziz

15-8-2018 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2627| Komen: 1

Description: “Kita susah selagi terus dibayangi Najib, jadi beliau mesti faham dan mengikut jejak Tun Mahathir dan Pak Lah."
“Kita susah selagi terus dibayangi Najib, jadi beliau mesti faham dan mengikut jejak Tun Mahathir dan Pak Lah."

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata demikian ketika menyarankan mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak supaya menjarakkan diri daripada parti bagi membolehkan transformasi kepemimpinan baharu dilancarkan.


Foto: The Malaysian Insight

Menurut Nazri, konsep itu diamalkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas berundur sebelum tampuk kepimpinan diambil alih Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Walaupun ketika itu Dr Mahathir adalah Ahli Parlimen Kubang Pasu, beliau mengundur diri 100 peratus, sekali gus membolehkan Abdullah memimpin parti dengan baik dan membawa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004.




“Perkara sama bila Pak Lah serah jawatan Presiden UMNO kepada Najib. Pak Lah pun Ahli Parlimen Kepala Batas, tetapi beliau memberi ruang penuh kepada Najib memimpin parti dan kita terus menang dalam pilihan raya.

“Sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menjadi Presiden dan saya setuju dengan Khairy Jamaluddin bahawa sebenarnya Najib mesti ikut apa yang sudah dilakukan Tun Mahathir dan Pak Lah.

“Kena bagi ruang sepenuhnya kepada Zahid sebagai presiden baharu. Sudah tentulah beliau (Ahmad Zahid) segan nak cakap, ini bukan soal setia atau tidak setia.


Foto: The Star

“Maknanya jauhkan diri terus supaya Datuk Seri Ahmad Zahid boleh memimpin parti kerana ini bukan soal kesetiaan,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, semalam.

Tambah Ahli Parlimen Padang Rengas itu, tindakan Najib mencampuri urusan parti termasuk turun padang berkempen menyebabkan parti itu turut terpalit dengan kes dihadapinya.


Foto: FMT

“Saya percaya Tun Mahathir dan Pak Lah sayangkan parti, sebab itu mereka menjauhkan diri, takut-takut ada stigma mereka terpalit pada parti,” ujarnya. - CARI
28

Bagus
29

Marah
32

Terkejut
23

Sedih
33

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (175 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 15-8-2018 07:51 AM
rasanya ini lumrah sifat manusia biasa....banyak aku kenal bosses GLC & swasta...dah naik pangkat masih nak pegang tanggungjawab lama..sukar nak lepaskan bayang bayang lama...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041358 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top