CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Viral! Kuih Kerbau Guling Unik Dan Popular Di Rantau Panjang, Ini Resipinya

31-5-2018 12:21 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 6850| Komen: 15|Original author: Oleh: Faizal|Location: facebook

Description: Menu viral di bazaar Ramadan masa kini siapa tak tahu Kuih Kerbau Guling. Kuih ini yang mula-mula diperkenalkan di sebuah bazaar Ramadan di Rantau Panjang kini menjadi trending dan ramai yang begitu t ...
Menu viral di bazar Ramadan masa kini siapa tak tahu Kuih Kerbau Guling. Kuih ini yang mula-mula diperkenalkan di sebuah bazar Ramadan di Rantau Panjang kini menjadi trending dan ramai yang begitu teruja untuk mencubanya. Tak kurang dari itu, ada juga yang mencuba untuk membuatnya sendiri.



Untuk makluman semua, kuih kerbau guling ini cukup terkenal di Kelantan dan juga selatan Thailand. Jika di Selatan Thailand ia dikenali sebagai kuih hitam. Namun jika di daerah Rantau Panjang ianya dikenali sebagai kuba guling.

Nama Kerbau Guling ini diambil daripada warna kuih ini yang hitam seperti kerbau dan berguling guling di dalam kelapa sebelum dihidangkan. Jadi dari situlah munculnya nama kerbau guling. Namun usah bimbang, walaupun namanya agak pelik, rasanya memang enak untuk dicuba.


Jom cuba resipi Kuih Kerbau Guling

Bahan-bahan


250gm tepung beras
200gm gula
150gm tepung jagung
1/2 sudu makan kapur
3 sudu tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (ambil air hitam sahaja & tapis) pastikan tempurung yang bersih
Air 1liter lebih (lihat pada kepekatan)
sedikit pewarna hitam (tambahan)
Secubit garam

Cara-cara membuatnya

1. Masukkan semua bahan di dlm kuali. Kacau sehingga sebati barulah buka api. Kacau semua campuran itu di atas api yang sederhana sehingga menjadi likat.


2. Sediakan loyang saiz 8 inci dan sapukan minyak. Tuangkan adunan yang sudah siap tadi. Tunggu sehingga sejuk. Selepas sejuk potong dan guling-gulingkan bersama kelapa muda parut yang dicampur sedikit garam.

Sedia untuk dinikmati. Macam mudah je kan? Selamat mencuba ya! - CARI 

2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • kiah78


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 31-5-2018 12:24 PM
tak kotor ke guna arang tempurung?
Quote myakayina 31-5-2018 12:54 PM
kuih viral sampai berebut rebut..ada chef kat youtube pun tak yakin guna arang tempurung tu..sudah nya tukar ke bamboo charcoal..ada kat kedai bakery..serbuk kaler hitam..
Quote meisapoya 31-5-2018 01:19 PM
Kuih ni rasa mcm kuih lompang ke?
Quote ayorsuam 31-5-2018 02:29 PM
Baru testing guna bamboo charcoal powder. Bau arang kuat, aku letak daun pandan. Sudahnya charcoal tu absorb bau pandan. Buka kang baru dapat rasa...
Quote kuihbakar 31-5-2018 02:34 PM
Dah beli . Sedap sangat. Rasa lemak, kurang manis. Balance. Pada tekak saya, saya bagi 5 bintang
Quote idakamaruddin 31-5-2018 02:35 PM
kuihbakar replied at 31-5-2018 02:34 PM
Dah beli . Sedap sangat. Rasa lemak, kurang manis. Balance. Pada tekak saya, saya bagi 5 bintang

mcm rasa kasuwi x?
Quote makneng 31-5-2018 02:43 PM
Yes mengingatkan mak pd kueh kaswi.. Tak pun lompang.
Quote kuihbakar 31-5-2018 02:54 PM
idakamaruddin replied at 31-5-2018 02:35 PM
mcm rasa kasuwi x?

I tak suka kasuwi. Kasuwi rasa kapur kan. Kerbau guling rasa ringan, tapi lemak berkrim. Nyummm
Quote idakamaruddin 31-5-2018 02:58 PM
kuihbakar replied at 31-5-2018 02:54 PM
I tak suka kasuwi. Kasuwi rasa kapur kan. Kerbau guling rasa ringan, tapi lemak berkrim. Nyummm

x pnh tau rasa kasuwi rasa kapur


Quote kuihbakar 31-5-2018 03:42 PM
idakamaruddin replied at 31-5-2018 02:58 PM
x pnh tau rasa kasuwi rasa kapur


Kan ada pahit2 sikit kasuwi tu. Pahit tu sebab kapur kan. Ke aku salah Ida ? Haha
Quote matchstick 31-5-2018 04:22 PM
tempting bila baca komen forumer kata sedap lemak2 rasanya. tp mengenangkan air arang tu mmg idok le aku nk makan
Quote Levespa 31-5-2018 05:11 PM
oo lagi sedap dari kasuwi eh? boleh la try buat
Quote ruhhi 31-5-2018 11:30 PM
lawak la kobau gulin
menarik ni. boleh try buat dengan mak
Quote e-mag 1-6-2018 08:35 AM
Byk jenih tepong kena letak.. Cenonet2 plaktu.. Remeh.
Quote minguk 4-6-2018 01:08 PM
jiran i buat katanya rasa macam kueh kaswi aje.. cuma berlemak sikit.. so i tak teringin pun nak rasa kalau macam tu rasanya...

tambahny lagi, menyesl buat satu adunan..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.118309 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top