CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Anda Selamatkan Negara' - Robert Kuok Tabik Tun M

24-5-2018 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2831| Komen: 3

Description: Individu paling kaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok menabik hormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyelamatkan negara.
Individu paling kaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok menabik hormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyelamatkan negara.



Dalam salah satu kemas kini terbaru di Facebook Kelab Chedet, sebuah video yang dimuat naik memaparkan Robert Kuok berkata demikian ketika berjumpa Dr Mahathir di Perdana Putra, semalam.

"Saya tabik kepada anda. Anda telah menyelamatkan negara, dan tentulah dengan bantuan Daim (Tun Daim Zainuddin)," katanya.

Dr Mahathir menyambut kata-kata itu dengan tawa sambil menjawab "Tetapi saya juga perlu bantuan awak sekarang."


Foto: FB Kelab Chedet


Memetik BH Online, Robert Kuok yang kini menetap di Hong Kong hadir buat pertama kali pada mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), semalam selepas dinamakan sebagai salah seorang daripada lima anggota majlis terbabit pada 12 Mei lalu.

Selain diketuai bekas Menteri Kewangan, Daim, MPK  dianggotai bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Hassan Marican dan ahli ekonomi terkemuka Prof Jomo Kwame Sundaram. - CARI
19

Bagus
13

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alinone78 24-5-2018 12:03 PM
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/duta-china-temui-robert-kuok-berhubung-kerjasama-china-malaysia-176304

KUALA LUMPUR: Duta China ke Malaysia Bai Tian menemui ahli Majlis Penasihat Kerajaan Robert Kuok berhubung kerjasama China-Malaysia pada masa depan.

Pada pertemuan selama satu setengah jam itu, Bai Tian bercakap mengenai sumbangan Kuok kepada pembangunan Malaysia dan perkembangan hubungan China-Malaysia.

"Kami berharap beliau akan terus menyumbang kepada pembangunan kerjasama China-Malaysia pada masa depan," katanya dalam kenyataan hari ini, sambil menambah kedua-duanya bersetuju bahawa kerjasama yang mesra akan menjadi kepentingan asas kepada kedua-dua negara.

Menurut kenyataan itu, Bai Tian dan Kuok percaya Malaysia, sebagai sebuah negara yang penting di sepanjang laluan sutera maritim abad ke 21 di bawah inisiatif Jalur dan Laluan, dijangka mendapat faedah daripada kerjasama yang saling memberi manfaat dan menang-menang dengan China.

"Mereka ingat hubungan dua hala yang baik semasa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebelum ini, dan yakin dalam tempoh kerajaan baharu, hubungan China-Malaysia akan mencapai kemajuan yang lebih baik," katanya.

-- BERNAMA
Quote alinone78 24-5-2018 12:05 PM
Agak agak MOU dengan China tu dibatalkan ke. Dah la kapal terobang China ni dok lalu lalang kat Laut China Selatan
Quote tri-max 24-5-2018 12:09 PM
org tua makan dulu garam,
org muda makin geram
semoga sama2 pimpin tangan membantu Malaysia, *cough**cough* do u both need wheellchair?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.047734 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top