CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyakit Generasi Digital : Sindrom Penglihatan Komputer

5-9-2013 06:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8169| Komen: 56

Description: Sakit Belakang, Sakit Kepala, Leher, Bahu, Penglihatan Kabur, Bebola Mata Kemerahan, Kekeringan Mata Selepas Berjam-Jam Berada Di Hadapan Komputer Adalah Gejala Biasa.
                  
            
Diancam CVS kerana terlalu lama duduk di depan komputer

Sakit belakang, sakit kepala, leher, bahu, penglihatan kabur, bebola mata kemerahan, kekeringan mata selepas berjam-jam berada di hadapan komputer adalah gejala biasa.

Mungkin ada yang tidak kisah dengan keadaan itu. Tetapi jika dibiarkan berterusan tanpa mengambil sebarang rawatan ia mungkin mendatangkan mudarat lebih parah.      


Jangan terkejut, selepas membuat pemeriksaan doktor, anda didapati mengalami Sindrom Penglihatan Komputer (CVS).   CVS adalah sindrom masalah mata dan penglihatan disebabkan oleh penggunaan komputer terlalu lama serta dialami oleh individu yang berasa tidak selesa pada mata dan kurang jelas ketika melihat skrin komputer.      
      
Dalam dunia tanpa sempadan ini, penggunaan komputer dan gajet adalah satu gaya hidup tidak kira dalam kalangan pekerja, pelajar atau kanak-kanak seawal usia menggunakannya untuk pelbagai aktiviti.

Bagaimanapun, pernahkah terfikir, ketekunan menghadap komputer ini akan membuatkan kesihatan mata terjejas dan emosi terganggu apabila gejala CVS melanda. Walaupun ada yang menyedari berada terlalu lama di hadapan komputer akan merosakkan dan menjejaskan kesihatan mata, tanggungjawab sebagai pekerja atau pelajar membuatkan komputer ibarat sahabat baik dan sukar dipisahkan.

Agak membimbangkan, kesan sindrom yang mengancam jutaan pengguna komputer itu turut menjadi antara sebab masalah rabun awal dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, ia perlu ditangani sebaik mungkin.


Masalah generasi digital

Saranan seperti cuba mengelakkan duduk terlalu lama di hadapan komputer dan kerdipkan mata sekerap mungkin di hadapan komputer, dilihat membantu meringankan gejala CVS.

Realitinya, apabila mata berkerdip ia sebenarnya membantu melembapkan mata yang kering akibat terlalu fokus pada skrin komputer atau tumpuan terhadap gajet lain.

Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO), Murphy Chan, berkata kira-kira 60 peratus penduduk dunia mengalami satu daripada gejala CVS atau lebih atau pada bila-bila masa saja hanya dalam sehari.

Katanya, peratusan 60 peratus itu diperoleh bagi pengguna komputer yang menggunakan komputer melebihi tiga jam sehari tanpa rehat.  

“Gejala ini semakin biasa dialami oleh generasi muda, termasuk kanak-kanak disebabkan mereka sentiasa terdedah kepada pelbagai gajet termasuk komputer, tablet dan telefon pintar. Mereka disifatkan sebagai generasi digital.

“Saya juga boleh katakan, sesiapa saja pernah dan terus mengalami gejala CVS seperti sakit belakang dan bahu atau mengalami kemerahan dan kekeringan pada mata. CVS berlaku dalam kehidupan seharian manusia.

“Ketika di tempat kerja, kita terlalu dekat dengan skrin komputer tanpa rehat mencukupi. Selain itu, sebagai pekerja, kita terlalu berterusan fokus dengan kerja yang menghadap komputer. Masa yang diambil pula panjang.

“Di rumah pula, jika tidak menggunakan komputer sama ada remaja atau kanak-kanak, tumpuan mata diteruskan pula dengan gajet dan telefon pintar tanpa rehat. Ibu bapa mungkin beranggapan dan fikir mudah, dengan memberikan anak bermain gajet mereka tidak bising dan mengganggu mereka. Sebab itulah anak kecil pun ada mengalami masalah rabun,” katanya.

Selain dua faktor itu, Murphy berkata, alam sekeliling juga mengaitkan CVS dengan pengguna. Bekalan cahaya yang tidak mencukupi di pejabat antara sebab kepada gejala CVS apabila mata perlu fokus akibat kekurangan cahaya.

“Keadaan komputer yang mengalami kontras rendah menyebabkan mereka yang bekerja dalam waktu panjang, mengalami CVS, selain berada dalam keadaan tidak selesa sepanjang masa,” katanya turut berharap penggunaan komputer diaplikasi dengan cara betul.


INFO:

Panduan penjagaan mata ketika berhadapan komputer


  • Berkelip selama 20 saat selepas 20 minit berhadapan dengan komputer.

  •   Jangan terlalu fokus kepada skrin terlalu lama. Pastikan berhenti seketika.

  •   Gunakan lampu bilik yang baik dan terang.

  • Sesuaikan pencahayaan dan kontras komputer.

  • Lakukan penambahbaikan kepada skrin komputer.

  • Berkerdip sekerap mungkin bagi melembapkan mata.

  • Pastikan berehat selepas menggunakan komputer.

  • Jangan menggunakan komputer melebihi empat jam tanpa henti.

  • Lakukan senaman mata.

  •   Jarakkan diri anda dengan komputer.

  • Bayi berusia enam bulan, kanak-kanak dan pelajar pra sekolah sudah sepatutnya perlu menjalankan pemeriksaan mata.
                                

8

Bagus
1

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melia_star 5-9-2013 03:38 PM
aku tak rabun jauh tp bila agak lama ngadap computer, bila aku melihat dikejauhan mataku terus agak kabur....pejam celik mata balik baru normal semula.....adakah?
Quote NIXAR 5-9-2013 03:40 PM
info ini bagus utk forumer. tambah2 budak2 CI. pasal dr pagi ke malam bwk ke pagi esok dok depan kompita
Quote razhar 5-9-2013 03:41 PM
melia_star posted on 5-9-2013 03:38 PM
aku tak rabun jauh tp bila agak lama ngadap computer, bila aku melihat dikejauhan mataku terus agak  ...

umur bape?
Quote razhar 5-9-2013 03:41 PM
sebaik2 nya biar EMP melanda bumi..terus back to stone age...
Quote nurfariezza 5-9-2013 03:46 PM
NIXAR posted on 5-9-2013 03:40 PM
info ini bagus utk forumer. tambah2 budak2 CI. pasal dr pagi ke malam bwk ke pagi esok dok depan kom ...

hahah...b'sambung2...
klu ade yg best ckit lg r...
Quote NIXAR 5-9-2013 03:47 PM
nurfariezza posted on 5-9-2013 03:46 PM
hahah...b'sambung2...
klu ade yg best ckit lg r...

iya....ummah2 di CI sebegitu....balik dr keje pas mandi, solat terus masuk balik porem. bulan posa kalu pas terawih je penuh blk

maka wajar amik sikit info kesihatan ini

Quote nidzhar 5-9-2013 03:48 PM
melia_star posted on 5-9-2013 08:38 AM
aku tak rabun jauh tp bila agak lama ngadap computer, bila aku melihat dikejauhan mataku terus agak  ...

hang dok terperap dalam bilik tanpa tingkap dengan cahaya yang cukup kah?
kalau gitu mmg mata kau akan mereng sekejap


Quote nidzhar 5-9-2013 03:49 PM
NIXAR posted on 5-9-2013 08:40 AM
info ini bagus utk forumer. tambah2 budak2 CI. pasal dr pagi ke malam bwk ke pagi esok dok depan kom ...

yang jenih gini bukan rabun mata jer bang..hati, otak sekali jahanam
Quote NIXAR 5-9-2013 03:52 PM
nidzhar posted on 5-9-2013 03:49 PM
yang jenih gini bukan rabun mata jer bang..hati, otak sekali jahanam

sgt noks.....ada masa2nya simptom melanda. harus bertabahla yg lelain.....mengidap penyakit kekdahnye
Quote AdamBillionaire 5-9-2013 03:54 PM
urm. mata aku ok je. just bila lama tgk screen, akan rasa urat2 belakang mata bergoyang sedikit.. hurm..
Quote melia_star 5-9-2013 03:54 PM
razhar posted on 5-9-2013 03:41 PM
umur bape?

acik dah tua dek razhar.....agaknya selaput katarak dah bertimbun kt mata....
Quote PostBanhammer 5-9-2013 03:54 PM
Dan2 lepas baca thread ni, aku terus kelip2kan mata.
Quote melia_star 5-9-2013 03:56 PM
nidzhar posted on 5-9-2013 03:48 PM
hang dok terperap dalam bilik tanpa tingkap dengan cahaya yang cukup kah?
kalau gitu mmg mata kau ...

ianya terjadi bilamana berada di opis ni semasa bekerja....kt umah kalu terperap takdok plak jadi apa2.....
Quote namirulmukminin 5-9-2013 03:56 PM
NIXAR posted on 5-9-2013 03:47 PM
iya....ummah2 di CI sebegitu....balik dr keje pas mandi, solat terus masuk balik porem. bulan posa ...

Hahahaha... mesti ko 24 jam duk depan komputer... tau je bila masa orang masuk bila masa orang kuar..
Quote NIXAR 5-9-2013 03:57 PM
Lakukan senaman mata.


senaman mata mcm ni   
Quote nurfariezza 5-9-2013 03:58 PM
NIXAR posted on 5-9-2013 03:47 PM
iya....ummah2 di CI sebegitu....balik dr keje pas mandi, solat terus masuk balik porem. bulan posa ...

kan...nak2 plak ade cite best yg nk d bahan..
mmg xigt nk wt ape dah..heheh
Quote Modngengade 5-9-2013 03:59 PM
petua2 kat atas harus diamalkan....selalulah juga teteskan mata dgn eyedrop...
Quote nidzhar 5-9-2013 04:01 PM
buat macam adik ni

http://www.wikihow.com/Exercise-Your-Eyes
Quote cmf_rambutan 5-9-2013 04:06 PM
orang tua dulu2 kalau tengok tv dekat2 mesti bising.... tambah2 tv kaler... suruh dok jauh2 kalau tak mata rosak... skang nih budak2 kecik layan ipad.. komputer.. kat umah plak tv 60 inci.. ambik

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.065236 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top