CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Berpuasa Penuh, Tapi Badan Makin Naik. Ini 5 Sebabnya

24-5-2018 02:09 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 2723| Komen: 0|Original author: Oleh: Faizal

Description: Amalan berpuasa dibulan Ramadan mewajibkan kita untuk tidak makan dan minum bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari. Bila menahan makan ini tentu ianya sesuatu amalan yang baik untuk mereka ya ...
Amalan berpuasa dibulan Ramadan mewajibkan kita untuk tidak makan dan minum bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari. Bila menahan makan ini tentu ianya sesuatu amalan yang baik untuk mereka yang henda berdiet menguruskan badan.

Foto: Google


Namun, ada sesetengah orang yang mengalami keadaan sebaliknya. Ketika di bulan Ramadan, berat seseorang itu semakin bertambah dan menjadi semaksin gemuk. Kenapa ini boleh terjadi?

Jom ikuti tip dan panduan tentang punca badan menjadi gemuk di bulan puasa yang dikongsi oleh Coach Yatie Nadzil di laman facebooknya.

5 Punca Anda Jadi Gemuk Di Bulan Puasa


Foto: Google


1. TAK BERSAHUR

Tidak bersahur langsung. Ada yang ber'sahur' seawal pukul 12 - 1 pagi. Sahur ibarat sarapan di hari biasa. Bersahur penting untuk tenaga kita di siang hari. Jadi bersahur lah dengan makanan yang sihat dan bernutrisi.

2. TIDUR LEPAS BERSAHUR

Lepas ber'sahur' pukul 12 - 1 pagi terus tidur. Ini salah satu punca kenapa badan jadi gemuk. Makanan perlukan sekurang-kurangnya 3 jam utk dihadam sebelum kita tidur.

3. MAKAN TERLALU BANYAK KETIKA BERBUKA


Balas dendam dalam erti kata lain. Yang ini ramai orang buat. Berbuka dengan juadah berminyak, tinggi gula, air beraneka jenis. Makan semahunya sehingga hampir habis waktu maghrib.

Foto: Google

4. MAKAN BANYAK LEPAS MOREH

Lepas habis solat terawih mesti ada yang pergi lepak di kedai mamak. Kita cenderung utk makan banyak di waktu ini dengan anggapan masa solat terawih dah pun 'bakar' kalori.

5. BANYAK TIDUR/TIDAK BERSENAM


Ramai yang jadikan alasan berpuasa untuk tidur sepanjang hari & tidak bersenam. Kita boleh buat senaman beban di sebelah malam atau banyakkan berjalan kaki ketika on the way ke tempat kerja. Kalori terbakar tanpa kita sedari! - CARI 
8

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039492 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top