CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belum Terlambat Untuk Putera Harry Batalkan Perkahwinan-Abang Meghan Markle

3-5-2018 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12221| Komen: 115

Description: Abang tiri Meghan Markle secara terus terang mengatakan yang hari bahagia Putera Harry bakal menjadi kesilpan terbesar dalam sejarah perkahwinan diraja.
Abang tiri Meghan Markle secara terus terang mengatakan yang hari bahagia Putera Harry bakal menjadi kesilpan terbesar dalam sejarah perkahwinan diraja.

Disebabkan itu, Thomas Markle Junior telah menulis surat terbuka, menyatakan yang ianya masih belum terlambat bagi Putera Harry untuk membatalkan perkahwinan itu.

Foto: Hello Magazine
The Mirror UK melaporkan, Thomas yang merupakan adik beradik sebapa menyifatkan Meghan adalah seorang yang membosankan, berfikiran cetek dan bongkak.

Malah menurutnya, perkahwinan itu adalah 'kisah dongeng yang palsu' dan hanya bakal menjadi bahan jenaka kepada kerabat diraja Britain.

Thomas

Surat tersebut dikongsikan kepada In Touch Weekly:



Foto: In Touch
"Semakin dekat dengan tarikh perkahwinan diraja, ia menjadi semakin jelas bahawa ia satu kesilapan terbesar dalam sejarah perkahwinan diraja."

"Meghan Markle sudah jelas bukan wanita terbaik untuk kamu.

"Saya pelik kenapa kamu tidak nampak sikap sebenar Meghan selama ini yang jelas di mata dunia.

"Cubaan Meghan untuk berlagak seperti seorang puteri sama macam pelakon Hollywood gred C, dan ia sudah lapuk."

Katanya, bapa mereka dibebani masalah hutang untuk memastikan cita-cita Meghan bergelar pelakon menjadi kenyataan.

"Apa jenis manusia yang menggunakan bapa sendiri sehingga muflis dan kemudian melupakannya di Mexico sehingga muflis disebabkan oleh hutang-hutang Meghan.

"Dan bila tiba masa untuk membayar balik, dia lupa bapanya sendiri macam dia tak pernah kenal.

"Nampak jelas popularitinya di Hollywood telah membuatkan dia lupa diri.

"Dia juga tidak menjemput keluarga sendiri, tapi menjemput orang luar ke perkahwinan itu. Siapa yang lakukan begitu?

Thomas mengakhiri suratnya dengan: "Meghan masih adik saya, dia adalah keluarga.

"Jadi apa sahaja yang berlaku kepada dirinya, sama ada dia mahu melupakan yang dia mengenali saya atau seluruh keluarganya, keluarganya sepatutnya diutamakan." -CARI

9

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 3-5-2018 05:33 PM
Dengki lettew. Kalau dia shallow pun, harry suke, pedehal
Quote moonbug 3-5-2018 05:44 PM
Uh oh. Drama dah start
Quote berusjamban 3-5-2018 05:49 PM
Muka heols mcm Gold Member dalam Austin Powers
Quote yuliss 3-5-2018 05:59 PM
menyampahh nye dgn megan family ni dr sisfer bapak bestpren now abg tiri plk x habis2 dok menyalak kt harry jgn kawen megan bgai.siap merayu queen E kononnn meghan ni bwk kebururukan kpd britain royalty.
hellooo queen e aman2 jah bless couple ni cuma nt queen x attend wedding je la sbb ketua church kt uk sana kan.queen ngn philip racist bless je si meghan ni even status janda,black celebrity dgn dtg dr broken family lg. dgr2 lg queen lg favor meghan dr kate yelaaa atleast meghan ni activis.independent working women bgai banding ngn kate tu pemalas katanya sehari pun xpenah kje in her life mujoo rajin produce pewaris je jahhh
Quote arareez 3-5-2018 06:06 PM
Mungkin sis @OrenTheReturn boleh memberi sepatah dua kata
Quote KakaKiah 3-5-2018 06:10 PM
Ingatkan meleis je ada dengki2 ni
Quote RatuDunia94 3-5-2018 06:32 PM
Lantak la.. Ingat keluarga diraja tu suci sgt ke? Kentut busuk gak..
Quote delia3003 3-5-2018 06:38 PM
Meghan ni pelakon gred apa kat Hollywood sana? C? D? Tak pernah dengar nama dia sebelum dengan Harry

Rezeki dia dapat kawen putera raja Britain.
Quote dani-rox 3-5-2018 06:39 PM
tolak title prince dan reta berjuta pound.... harry dan meghan sesungguhnya sekufu. sama2 perangai hazabedah.

british royal family pun bukan suci sgt... beratus tahun Saxe Coburg and Gotha survive dgn pelbagai isu dan skandal sampai melibatkan pembunuhan. anyhoo, baguslah meghan masuk family nih, more drama gituh.
Quote kibodwatriuh 3-5-2018 06:43 PM
dani-rox replied at 3-5-2018 06:39 PM
tolak title prince dan reta berjuta pound.... harry dan meghan sesungguhnya sekufu. sama2 perangai h ...

hahahaha itulah sama hauk jah.
Quote sufi^_^ 3-5-2018 06:45 PM
delia3003 replied at 3-5-2018 10:38 AM
Meghan ni pelakon gred apa kat Hollywood sana? C? D? Tak pernah dengar nama dia sebelum dengan Harry ...

Berlakon drama Suits kat chanel diva.
Tu aje.
Quote delia3003 3-5-2018 06:49 PM
Edited by delia3003 at 3-5-2018 06:53 PM
sufi^_^ replied at 3-5-2018 06:45 PM
Berlakon drama Suits kat chanel diva.
Tu aje.


Thank you (iols malas nak google)

Iols jarang tengok drama bersiri sebab tu tak kenal melainkan yang betul2 popular je. Pelakon2 filem kenal ler jugak.


Harry tu pun pewaris ke-6 takhta, kalau Kate beranak lagi, turun anak tangga lagi. Itu pasal ler kot diorang tak kisah sangat
Quote wajevo 3-5-2018 06:51 PM
Kalau dorang ni meleis, berbakul-bakul acik bawang ngutuk sambil kata itulah melayu, melayu tu, melayu ni, dah tahun 2018 lah,, sambil tak Sadar diri tu specis meleise gak.
Padahal perangai hauk ni mana-mana bangsa pun ada.
Quote monkaS 3-5-2018 06:51 PM
dani-rox replied at 3-5-2018 06:39 PM
tolak title prince dan reta berjuta pound.... harry dan meghan sesungguhnya sekufu. sama2 perangai h ...

jgn lupa berapa kali incest wincest sebab nak bagi bloodline pure

Quote sukacactus 3-5-2018 06:53 PM
Bau2 dengki sgt
Eh org kalau dah suka, apa dia kesah backgroud segala
Quote arareez 3-5-2018 06:54 PM
monkaS replied at 3-5-2018 06:51 PM
jgn lupa berapa kali incest wincest sebab nak bagi bloodline pure

Kawen adik bradik ka ? Rasanya stakat sepupu bukan incest
Quote monkaS 3-5-2018 07:02 PM
arareez replied at 3-5-2018 06:54 PM
Kawen adik bradik ka ? Rasanya stakat sepupu bukan incest

adik beradik direct tak kot
tapi semua sepupu kahwin sepupu berterusan sampai gene pool tak pergi jauh
ramai mati sebab complication hemophilia
lagi ramai yang ada 'habsburg jaw'
europe tu royal family semua kira2 balik ada la kait sana sini


Quote dani-rox 3-5-2018 07:02 PM
monkaS replied at 3-5-2018 06:51 PM
jgn lupa berapa kali incest wincest sebab nak bagi bloodline pure

kan? seluruh kerabat diraja europe tu persis satu parti incest sebegitu.
btw saxe coburg nih nasib baik keturunan dah mula kawen di luar keluarga royal, kalo tidak memang bakalan rupa inbreed mcm family dia org belah habsburg.

Quote monkaS 3-5-2018 07:07 PM
nasib baik kate dengan william tu bila kahwin reporter dah check dulu
consider sangat selamat gene sebab jarak 11 cousin
senang cerita dah tak kenal
aku pun tak kenal dah cousing kepada cousing aku
ni plak cousin kepada cousin kepada cousing dan begitu la seterusnya sampai 11

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.344558 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top