CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanita Hamil Anak Luar Nikah, Siapa Pemuzik Tak Bertanggungjawab Tu?

3-5-2018 05:12 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 25594| Komen: 141|Original author: Oleh: Amirah

Description: Seorang lagi wanita telah membuat pengakuan kepada media bahawa dia telah hamil anak luar nikah dan mahukan pasangannya yang merupakan seorang pemuzik bertanggungjawab atas perbuatannya itu.
Seorang lagi wanita telah membuat pengakuan kepada media bahawa dia telah hamil anak luar nikah dan mahukan pasangannya yang merupakan seorang pemuzik bertanggungjawab atas perbuatannya itu.


Foto: Berita Harian
Siapa pemuzik yang dimaksudkan itu? Dia tidak pula mendedahkan namanya namun apa yang diketahui pemuzik itu merupakan ahli kumpulan rock tempatan yang popular.

Wanita yang dikenali sebagai Sofia itu sedang sarat mengandung anak hasil hubungannya dengan pemuzik tersebut.


Menurut Sofia, pemuzik itu sudah berjanji untuk tidak mengabaikan anak dan dirinya namun sejak 18 April lalu hubungan mereka dingin dan akhirnya putus begitu sahaja.

“Saya tampil kerana mahu dia bertanggungjawab dan tunaikan janji sejak hari pertama dia tahu saya hamil. Dia yang halang saya gugurkan janin ini dan berjanji akan bernikah. Tetapi, selepas kandungan saya masuk lima bulan, dia tiba-tiba berubah,”

Dia amat menyesal dengan apa yang berlaku dan menuntut supaya pemuzik itu tampilkan diri dan bertanggungjawab kerana sejak hari pertama lagi lelaki tersebut mengetahui akan kehamilannya. Lelaki itu merosakkan telefon bimbitnya supaya wanita ini tidak dapat menghubunginya lagi.

“Saya buntu kerana tidak dapat bercakap dengannya, malah dia juga melarikan diri. Keluarga dan rakannya juga tidak dapat membantu saya. Saya tidak pandang rupa dan harta, sebaliknya menerima dirinya kerana dia tidak sama seperti lelaki lain. Saya terpedaya dengan sikap lembutnya.

Bayi ini tidak berdosa dan saya tidak mahu dia malu dengan statusnya apabila besar nanti. Mr X tidak patut buat begini. Saya tidak pernah berkira, malah sudah banyak berkorban terutama ketika dia berdepan masalah kewangan,” katanya pada Berita Harian.

Hubungan cintanya dengan pemuzik itu telah terjalin selama setahun sehingga mereka terlanjur. Kini dia amat mengharapkan agar lelaki itu tidak lama melarikan diri dan kembali padanya.

Berat sungguh masalah begini. Ada baiknya pemuzik tersebut selesaikan masalah ini sebelum rahsia dirinya terbongkar. Nanti lagi malu dan mengaibkan. - CARI
1

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beeeee 3-5-2018 05:13 PM
pemuzik? uda jering hahahahaah
Quote cha-cha 3-5-2018 05:18 PM
Who are yussssss..... like for real... siapaaaaa wei
Quote prizadane 3-5-2018 05:19 PM
pemuzik rock popular mana? banyak kot band rock...silap-silap yang tak berapa nak famous pun sebenarnya
Quote allshares 3-5-2018 05:21 PM
Kt tunggu dan lihat!
Quote grouper 3-5-2018 05:24 PM
X payahlah cr die nk kawin. Lagi teruk bila dh kawin nnt. Maybe mintak tanggjawab die sbg bapa je la.
Quote akakvouge 3-5-2018 05:25 PM
dia ckp drummer kannn...
Quote Amina_Mirza 3-5-2018 05:27 PM
grouper replied at 3-5-2018 05:24 PM
X payahlah cr die nk kawin. Lagi teruk bila dh kawin nnt. Maybe mintak tanggjawab die sbg bapa je la ...

Ada peruntukan ke dalam undang2 sivil ttg kewajipan bapa terhadap anak out of wedlock? Kesian nasib anak2 mcm ni.kena tanggung umpat keji dek khilaf mak bapak
Quote CiliPadiSedap 3-5-2018 05:28 PM
beeeee: pemuzik? uda jering hahahahaah

Uda xmain drummer, uda kan main gitar. Ni rocker jering main drumer
Quote damian_lee 3-5-2018 05:28 PM
Kumpulan rockz fofuler ... ???
Tapi drummer ...
Popular mcm mana pun .. drummer biasanya always sendu .. kecuali estranged punya drummer tu .. itupun sebab sedap mata memandang...
.
.
Tapi what do you expect la kan
Rock star life style mmang mcm tu ..
Quote jula7 3-5-2018 05:30 PM
no clue nok...
nextttt
Quote virgo19 3-5-2018 05:32 PM
tau pulak cakap bayi tak berdosa, tak nak bayi malu dgn status bagai, masa buat perkara terkutuk tu tak pikir. kalau pun ko berjaya kawin dgn lelaki tu, status budak tu tetap anak luar nikah.
Quote Thanatus 3-5-2018 05:35 PM
Mesti pemuzik tuu jenis tak berapa hensem sgt... sbb dia kata tak pandang rupa
Quote matseh 3-5-2018 05:58 PM
kalau zaman 80an dulu senang, ada 8 group saja. Senang nak teka.
Quote edoraixora 3-5-2018 06:14 PM
kalau concern sangat pasal baby tu, patutnye mase berzina tu pakailah protection
ni tau nak sedap jerr, tak nyabor2 nak berzina
bukannye muda remaja lagi, dah tua bangka pun tak reti berpikir
Quote kebayan 3-5-2018 06:20 PM
siapakah?? drummer tua ke?
Quote pearl.silver 3-5-2018 06:22 PM
Dah ada kn tred speku ni sebelum ni
Quote SLAManya 3-5-2018 06:24 PM
Paksa pun belum tentu dia nak sayang n terima awak tu sis
Next time pakai kondom ye sis. Dah tua pun nak kena ajar ke
Quote delia3003 3-5-2018 06:26 PM
damian_lee replied at 3-5-2018 05:28 PM
Kumpulan rockz fofuler ... ???
Tapi drummer ...
Popular mcm mana pun .. drummer biasanya always se ...

Kan? Band ni biasa frontman/penyanyi je popular, yang lelain sendu melainkan ada rupa, macam Shah gitaris kumpulan Slam, Qi drummer OAG
Quote Nenasketum 3-5-2018 06:28 PM
Dah memandai kan, jaga lah sendirik. Kang ko pulak kena dakwa kat mahkamah.

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.112885 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top