CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Tuntut Hutang, Tapi Dilibas Pedang Samurai Pula

16-3-2018 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4820| Komen: 15

Description: Lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mengugut seorang lelaki menggunakan pedang samurai, Selasa lalu.
Lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mengugut seorang lelaki menggunakan pedang samurai, Selasa lalu.


Foto: Internet


Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di kediaman suspek di Felda Sahabat, Lahad Datu ketika mangsa datang ke rumahnya bagi menuntut hutang.

Menurut sumber, suspek berusia 51 tahun itu membeli pembesar suara berharga RM65 daripada mangsa dan berjanji akan membuat bayaran secara ansuran.

"Bagaimanapun, ketika mangsa datang ke rumah suspek untuk menuntut hutang, suspek bertindak kasar dengan menghempaskan pembesar suara itu sebelum masuk ke dalam rumah dan keluar semula sambil membawa senjata tajam dipercayai pedang samurai.


"Berikutan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian itu sebelum suspek ditahan pada 3.40 petang, kelmarin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian. - CARI
10

Bagus
13

Marah
5

Terkejut
11

Sedih
5

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 16-3-2018 06:23 PM
Kesian org pakistan tu.....


* selalu pakistan yg jual pembesar suara, jam dinding, karpet etc....
Quote shernazz 16-3-2018 06:33 PM
Bangang btol
X sedor diri.plak tu
Harap debik sket sedas dua.dlm lokap
Quote samasam90 16-3-2018 06:52 PM
jazaa100 replied at 16-3-2018 10:23 AM
Kesian org pakistan tu.....



warga asing vs warga asing ke?
Quote jazaa100 16-3-2018 06:54 PM
samasam90 replied at 16-3-2018 06:52 PM
warga asing vs warga asing ke?

akk rasa lah....



Quote tanakkampung1x 16-3-2018 06:54 PM
Pembesar suara bukan barang wajib

Kalau RM65 pun bayar ansuran, baguslah tak payah beli bang
Quote samasam90 16-3-2018 06:59 PM
tanakkampung1x replied at 16-3-2018 10:54 AM
Pembesar suara bukan barang wajib

Kalau RM65 pun bayar ansuran, baguslah tak payah beli bang

khuenssss. . kerja apa entah kat lahad datu tu sampaikan  brg 65 hinggit pun nak bayar ansuran.. dahlah bayar ansuran, masih tak mampu.. bagus pulang negara asal balik..
Quote mtjcmc 16-3-2018 06:59 PM
Pedang samurai mampu pulak beli, nie rm65 susah nak bayar, aiyooo
Quote moonbug 16-3-2018 09:58 PM
RM65 pun nak tetang orang. Bayar jelah dah kau hutang. Tak nak bayar pun bagi balik pembesar suara tu. Habis cerita
Quote Jorja 16-3-2018 10:08 PM
Sibuk nak beli speaker.. duit tak ada
Quote jazaa100 16-3-2018 10:23 PM
Jorja replied at 16-3-2018 10:08 PM
Sibuk nak beli speaker.. duit tak ada

Nak berkaraoke dik....
Quote alesandra 16-3-2018 10:59 PM
Edited by alesandra at 16-3-2018 11:02 PM
samasam90 replied at 16-3-2018 06:52 PM
warga asing vs warga asing ke?
toksah la heran ..org melayu pun brg 30 hengget pon gigih berutang dgn bangla.
Quote PongKang 16-3-2018 11:38 PM
paki vs pilak
Quote multinicky 17-3-2018 04:52 PM
nk smule ke tokkk...
Quote Skuau 17-3-2018 08:53 PM
jazaa100 replied at 16-3-2018 10:23 PM
Nak berkaraoke dik....

bagaikan samurai-xpdc.
Quote sehirkedi 17-3-2018 09:44 PM
Jahat tol. Dah berhutang liat nak bayar. Kemain ade pedang samurai bagai. Samseng taik kucing betul

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055762 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top