CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keji, Rakam Aksi Penyewa Mandi Berbogel, Pengusaha Inap Desa Didenda RM10,000

4-8-2017 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4242| Komen: 18

Description: sumber : Berita HarianSusulan bertindak merakam aksi penyewanya mandi dalam keadaan bogel dengan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) di inap desa miliknya tiga tahun lalu, tertuduh yang merupakan ...
sumber : Berita Harian


Susulan bertindak merakam aksi penyewanya mandi dalam keadaan bogel dengan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) di inap desa miliknya tiga tahun lalu, tertuduh yang merupakan pengusaha inap desa dihukum denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di Ipoh.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Siti Salwa Ja'afar selepas Lim Lai Heng, 45, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja kes itu dipanggil semula kelmarin untuk perbicaraan di peringkat bela diri.

Memetik laporan Berita Harian, perbuatan itu dilakukan tertuduh di Ipoh Garden Homestay, Taman Canning antara pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai 2014 membabitkan mangsa sekeluarga yang terdiri daripada lima perempuan dan tiga lelaki berumur 17 hingga 53 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Azriah Zaid mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.


Siti Salwa dalam keputusannya menetapkan denda RM8,000 atau penjara enam bulan bagi enam pertuduhan yang membabitkan enam mangsa. 

Manakala bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, Lai Heng didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan alasan pengakuan salah tertuduh dibuat terlalu lewat selepas dua tahun 10 bulan.- CARI


14

Bagus
19

Marah
20

Terkejut
22

Sedih
31

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 4-8-2017 03:48 PM
aduh macam2 gila..nak sewa homestay pn dh tk berani
Quote ice_sky92 4-8-2017 03:55 PM
Cash la kan.....
Quote aleesyasofia 4-8-2017 04:34 PM
tue sbbnya bila mndi kena pkai kain bshan..
Quote myakayina 4-8-2017 04:38 PM
sial punya manusia.. padan muka ko..
Quote AvaAdore 4-8-2017 07:51 PM
Macam mana dia tau kena rakam ek? Terjumpa kat tumblr ke
Quote putehkundor 4-8-2017 08:29 PM
Amboi anak beranak kau rakam ye jantan, tamak haloba betul
Quote insulin 4-8-2017 09:29 PM
Selayaknyalah. Punyalah jahat kau ye, pakcik. Pasang kamera dalam bilik air.
Quote precious_chicas 4-8-2017 09:34 PM
selalu2lah amalkan bila masuk bilik hotel ke homestay sila check dulu segala tempat. lubang aircond, bilik air terutamanya, bilik tidur bagai.
Quote raihaneem 5-8-2017 12:26 AM
Bahayanya...kdg masuk ja hotel/ homestay..lupa dah nk check
Quote spenderterselit 5-8-2017 01:33 AM
Jahatnya
Quote nisako 5-8-2017 08:55 AM
aduh {:yameteh
Quote giyomi 5-8-2017 12:59 PM
10,000 jer, murahnya maruah kita disisi undang2. Sepatutnya dipenjarakan sekali dan disebat
Quote rykall 5-8-2017 01:09 PM
kira 2 dalam satu si malaun ni boleh perdagangkan / jual- yg sangap tgok tubuh pompuan bogel, tngok yg pompuan mandi, yg sangap tgok lelaki bogel, tengok lelaki mandi....aku suspek keluarga yg dia rakam ni helok2 semua, org2 mcm ni biasanya dh aim siap2...mmg setan...
Quote LavaUollss 5-8-2017 01:46 PM
pernah dengar ada alat yg boleh detect spycam tapi akak terlupa. Ada sapa2 yg tau tak?
Quote ShiningStars 5-8-2017 05:28 PM
Celaka betul {:dot
Quote pichee 5-8-2017 11:10 PM
Gila sex nye
Quote Pink_Purple 15-8-2017 05:38 PM
jahatnya        

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.095535 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top