View: 2282|Reply: 17
|
Keji, Rakam Aksi Penyewa Mandi Berbogel, Pengusaha Inap Desa Didenda RM10,000
[Copy link]
|
|
sumber : Berita Harian
Susulan bertindak merakam aksi penyewanya mandi dalam keadaan bogel dengan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) di inap desa miliknya tiga tahun lalu, tertuduh yang merupakan pengusaha inap desa dihukum denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di Ipoh.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Siti Salwa Ja'afar selepas Lim Lai Heng, 45, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja kes itu dipanggil semula kelmarin untuk perbicaraan di peringkat bela diri.
Memetik laporan Berita Harian, perbuatan itu dilakukan tertuduh di Ipoh Garden Homestay, Taman Canning antara pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai 2014 membabitkan mangsa sekeluarga yang terdiri daripada lima perempuan dan tiga lelaki berumur 17 hingga 53 tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Azriah Zaid mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Siti Salwa dalam keputusannya menetapkan denda RM8,000 atau penjara enam bulan bagi enam pertuduhan yang membabitkan enam mangsa.
Manakala bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, Lai Heng didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan alasan pengakuan salah tertuduh dibuat terlalu lewat selepas dua tahun 10 bulan.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
aduh macam2 gila..nak sewa homestay pn dh tk berani |
|
|
|
|
|
|
|
tue sbbnya bila mndi kena pkai kain bshan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sial punya manusia.. padan muka ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana dia tau kena rakam ek? Terjumpa kat tumblr ke |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi anak beranak kau rakam ye jantan, tamak haloba betul |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknyalah. Punyalah jahat kau ye, pakcik. Pasang kamera dalam bilik air. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu2lah amalkan bila masuk bilik hotel ke homestay sila check dulu segala tempat. lubang aircond, bilik air terutamanya, bilik tidur bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahayanya...kdg masuk ja hotel/ homestay..lupa dah nk check |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya |
|
|
|
|
|
|
|
10,000 jer, murahnya maruah kita disisi undang2. Sepatutnya dipenjarakan sekali dan disebat |
|
|
|
|
|
|
|
kira 2 dalam satu si malaun ni boleh perdagangkan / jual- yg sangap tgok tubuh pompuan bogel, tngok yg pompuan mandi, yg sangap tgok lelaki bogel, tengok lelaki mandi....aku suspek keluarga yg dia rakam ni helok2 semua, org2 mcm ni biasanya dh aim siap2...mmg setan... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah dengar ada alat yg boleh detect spycam tapi akak terlupa. Ada sapa2 yg tau tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|