CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Isteri Tak Memahami, Faizal AF4 Kembali Menduda Untuk Kali Ketiga

12-7-2017 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27695| Komen: 210|Original author: Oleh: Myra Rozi

Juara Akademi Fantasia musim ke-4, Faizal memberitahu dia kini kembali menduda untuk kali ketiga selepas berpisah dengan bekas isterinya, Sahidatul Najiha.

Penyanyi berusia 33 tahun itu melafazkan cerai pada 12 Disember 2016 dan kes mereka masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.

Foto: IG Faizal
“Siapa yang mahu berkahwin dan bercerai banyak kali? Kalau boleh biarlah hanya sekali dalam hidup. Ini adalah satu perjalanan hidup yang perlu saya lalui.

“Saya maafkan bekas isteri dan terima dengan redha apa yang telah berlaku. Saya jadikan ini sebagai satu pengalaman yang bermanfaat di masa akan datang,” katanya pada Insta Online.

Foto: IG Faizal

Menurut Faizal lagi, bukannya mudah untuk mencari wanita yang benar-benar memahami kerjayanya sebagai seorang artis. 

“Saya sudah lakukan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Namun jika ini adalah ketentuan Ilahi, saya terima.

“Selama ini saya hanya berdiam dan tidak ceritakan kepada sesiapa kerana masih bersedih. Malah sehingga kini ada sedikit rasa kecewa," tambahnya.

Foto: Insta Online
Faizal sebelum ini pernah berkahwin dengan isteri pertama pada tahun 2009 namun bercerai empat tahun kemudian. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. Dia berkahwin semula pada tahun 2013 namun hanya mampu bertahan selama dua tahun.

Kali ketiga berkahwin pada 2015 dan telah dikuniakan seorang anak bernama, Nur Hanna Maleeka yang kini berusia sembilan bulan.

Apa pun, semoga Faizal tabah menghadapi dugaan dan bertemu jodoh tidak lama lagi. -CARI
13

Bagus
9

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 11-7-2017 10:57 PM
kerjaya?
Quote kucen_miang 11-7-2017 10:59 PM
Ini machiam kena panggil @dinopower
Quote dinopower 11-7-2017 11:01 PM
kucen_miang replied at 11-7-2017 10:59 PM
Ini machiam kena panggil @dinopower

spesis darat hulu tong.... lupa diri...
dadah... dok padang org undi  
Quote lasagnaklcc 11-7-2017 11:02 PM
Nape heols menyalahkan ex wife? Kalau dah sampai 3 kali kawen mungkin kena muhasabah diri kot. Kawen kejap2 plak tu.
Quote kikiharris 11-7-2017 11:05 PM
kalau baca statement tu mcm kau tu takda salah langsung
tiga kali cerai..mesti ada sebab
Quote debab76 11-7-2017 11:05 PM
Gosip Pra AFMegastar ke chuols?
Quote watieabe 11-7-2017 11:06 PM
Sendu sungguh la mung ni...
Kuo berita je cerai
Kuo berita je cerai
Quote kucen_miang 11-7-2017 11:09 PM
dinopower replied at 11-7-2017 11:01 PM
spesis darat hulu tong.... lupa diri...
dadah... dok padang org undi

Kerjaya apa dia?
Quote adel7 11-7-2017 11:09 PM
Muda lagi dah 3x cerai
Quote dinopower 11-7-2017 11:11 PM
kucen_miang replied at 11-7-2017 11:09 PM
Kerjaya apa dia?

ntah nyanyi tak mcm mana... ke laut jah  
aku rasa klau dah ngisap mmg ringan tgn pukul bini  
Quote ellejo 11-7-2017 11:19 PM
tak paham kerjaya sebagai artis konon
aku rasa bini ko tak paham kenapa ko takde kerja sebenarnya

susah la cakap dengan orang macam ni
Quote WajibulGhunah 11-7-2017 11:23 PM
Dia bermasalah le tu gamak nya kalau dah 3 kali cerai
Quote pisangbanana 11-7-2017 11:24 PM
ek elehh dia ni
Quote mummyNSA 11-7-2017 11:26 PM
Ada lagi ke dia ni dlm industri seni???
Quote toxicated 11-7-2017 11:28 PM
Kalau isi boranh, dekat occupation tu heshe tulis ape?
Quote makcik.karipap 11-7-2017 11:28 PM
bosan. next pls!
Quote fuyupoktek 11-7-2017 11:30 PM
Pelik lah ada jgk wartawan nk interview dia
Quote Rainrein 11-7-2017 11:34 PM
Perasan xde salah langsung dia ni. Dah tiga kal cerai maksudnye ko pun ada salah memana. Muhasabah diri tu dulu, jangan salahkan orang je. Lagi satu ko kasik alasan bekas bini x paham kerjaya sebagai retis, omg, joke of the year sangat. Ko tu bukan suam suam kuku tapi tahap sejuk beku dah tau.
Quote jasmeen 11-7-2017 11:38 PM
Baru aku faham maksud sendu di aidilfitri

Lihat semua komen(210)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.129364 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top