CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cabul Penumpang Wanita, Pemandu Uber Dibelasah Sekumpulan Lelaki

8-6-2017 01:36 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14898| Komen: 132

Description: Seorang pemandu Uber didakwa mencabul penumpang wanita warga Vietnam menyebabkan dia dibelasah lebih dari 10 orang lelaki.


Seorang pemandu Uber didakwa mencabul penumpang wanita warga Vietnam menyebabkan dia dibelasah lebih dari 10 orang lelaki.

Memetik laporan Utusan Malaysia, dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, pemandu Uber terbabit didakwa membuka seluar dan menarik tangan mangsa supaya memegang kemaluannya ketika membawa mangsa dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Agryll di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek telah dipukul 10 lelaki termasuk suami wanita warga Vietnam berkenaan berhampiran sebuah restoran. 

Pemandu Uber terbabit cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri selain keretanya turut dirosakkan. 

"Suspek dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut." 


“Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk mengesan mereka yang memukul pemandu Uber itu.” 

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, adik ipar kepada pemandu Uber berkenaan, Amyrul Shazafry, tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dan menjelaskan mangsa telah difitnah sehingga cedera dibelasah sekumpulan lelaki. 

Kejadian itu turut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan videonya menjadi tular. - CARI

sumber: www.utusan.com.my
sumber : http://www.thereporter.my/



36

Bagus
31

Marah
29

Terkejut
30

Sedih
35

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (185 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakiselit 8-6-2017 01:43 AM
Samada pemandu uber tu tipu atau perempuan Vietnam tu tak nak bayar tambang lalu fitnah. Silap2 hari yg pukul masuk lokap.
Quote JohnDeSouza 8-6-2017 01:54 AM
sumber penang kini  http://lynk.my/qoPI  .  Detail pompuan  vietnam tu ada dlm fb penang kini.boleh tepek sini dak? Gambaq ja lum ada.
Quote RatuDunia94 8-6-2017 02:27 AM
Org malaysia ni kalau bab pukul no 1..
Quote tumpanglalu74 8-6-2017 02:37 AM
CARI-LTS replied at 8-6-2017 01:36 AM
Seorang pemandu Uber didakwa mencabul penumpang wanita warga Vietnam menyebabkan dia dibelasah  ...

Aku boleh bet.  THIS IS ORGANIZED CRIME against Uber.  Takde ape dia dapat pon kalo nak mencabul pompuan tu dalam teksi yang berdaftar siap terpampang wajah dia kat profile Uber app tu.

Orang bodoh boleh la pecaye..
Quote ^CUN_GILA~. 8-6-2017 02:43 AM
Edited by ^CUN_GILA~. at 8-6-2017 02:59 AM

Kalo adik laki aku kat Penang baca ni mesti gelak guling2..

Pompuan Vietnam kat tanah leluhur mamak ni kejenye servis mamak je..  Yang keje lap meja tu pon jadi..  Yang kawin dengan dorang tu either kawin kontrak ataupun handler or bapak ayam dia aje..

Ramai non-malays (I'm not naming races here) yang ambik upah jadi hasben pinjaman ni.  Dah common knowledge dah.  Kene le 'kawin' sebab nak visa ataupon PR.

Jugak dorang sendiri tak hingin pakai sebab takutkan kuman..  Hujung bulan ambik komisen..
Quote miszclassique 8-6-2017 02:51 AM
JohnDeSouza replied at 8-6-2017 01:54 AM
sumber penang kini  http://lynk.my/qoPI  .  Detail pompuan  vietnam tu ada dlm fb penang kini.boleh  ...

Tak jumpa pun detail2 perempuan tu.. tapi mmg kesian la dia ni kena pukul dgn tgh puasa lagi    
Quote imransulaiman 8-6-2017 02:55 AM
Jauh ke balai polis dari tempat kejadian tu?
Kalau betul pemandu uber tu tak salah, memang kesian dengan nasib yang menimpa..

Yang memukul tu semua orang vietnam ke?
Quote mujer_in_espejo 8-6-2017 04:35 AM
Kan mmg trend skg belasah ramai2  smpi puas. Hukuman di tgn org awam, mcm dah lupa polis tu wujud  utk tindakan.

Klu btul fitnah, abisla vietnam2 tu
Quote FanTasyCreaTioN 8-6-2017 05:02 AM
JohnDeSouza replied at 8-6-2017 01:54 AM
sumber penang kini  http://lynk.my/qoPI  .  Detail pompuan  vietnam tu ada dlm fb penang kini.boleh  ...

dah ada dah gambar .. tak tau la betul tak


Quote FanTasyCreaTioN 8-6-2017 05:07 AM


s.jpg
Quote FanTasyCreaTioN 8-6-2017 05:13 AM
GEORGE TOWN, 7 Jun — Sebaik saja seorang penumpang wanita memasuki teksinya, pemandu terus membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluannya.

Dengan pantas pemandu menarik tangan wanita itu supaya memegang kemaluannya.

Mangsa yang terkejut dengan kelakuan pemandu, terus menjerit meminta tolong, lantas keluar dari kenderaan, dikatakan sebuah teksi Uber.

Detik-detik cemas ini diceritakan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar.

Katanya, polis menahan seorang pemandu Uber selepas disyaki mencabul wanita berkenaan, seorang warga Vietnam yang menaiki kenderaannya dalam kejadian di Paya Terubong di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada kira-kira 3.50 petang ketika wanita berusia lingkungan 20-an itu menaiki teksi itu untuk perjalanan dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Agril di sini.

Katanya wanita itu berjaya keluar dari teksi suspek sebelum kenderaan itu bergerak.

Wanita itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada suaminya yang berada di kawasan sekitar.

Sang suami bersama 10 lelaki berjaya mengesan teksi berkenaan yang masih menunggu pelanggan.

Kumpulan itu bertindak memukul pemandu Uber berkenaan di Lintang Paya Terubong 1 serta merosakkan kenderaannya.

Anuar berkata pemandu Uber itu cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan mereka yang memukul pemandu Uber itu,” katanya.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Katanya, kejadian itu turut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan videonya menjadi tular. — Bernama
Quote FanTasyCreaTioN 8-6-2017 05:16 AM

Quote KILL_NANCY 8-6-2017 05:18 AM
FanTasyCreaTioN replied at 8-6-2017 05:02 AM
dah ada dah gambar .. tak tau la betul tak

haah dia la ni FC.
Quote FanTasyCreaTioN 8-6-2017 05:26 AM
takut juga lah kalo salah orang ..
kira betul la
Thanks

bideo ni lebih jelas

[youtube]Ct4IBlvslGY[/youtube]
Quote KILL_NANCY 8-6-2017 05:30 AM
bagi aku samada betina Vietnam tu tak nk bayar fare lalu bikin fitnah atau Sukri setan dalam diam.

tapi kalau ikut logik bebudak grab dgn uber ni mmg takut betul kalau rating jatuh so macam cerita betina ni rekaan.sebab mungkin si Sukri ni buat full time benda ni uber dgn grab pun dia ada daftar.mmg dia put high expectation pada FIELD ni for his daily income.takkan begitu bodoh dia nak isi pasir dalam periuk nasi dia sendiri?kan?tapi kalau dia setan dalam diam.well..interesting..hmm
Quote unno 8-6-2017 05:31 AM
cashhh,,,malon teksi cabul @pyropura
Quote KILL_NANCY 8-6-2017 05:32 AM
FanTasyCreaTioN replied at 8-6-2017 05:26 AM
takut juga lah kalo salah orang ..
kira betul la
Thanks

haah FC mmg betina tu.acah2 dont touch me i'm still virgin kekdahnye.
Quote KILL_NANCY 8-6-2017 05:38 AM
unno replied at 8-6-2017 05:31 AM
cashhh,,,malon teksi cabul @pyropura

sana lah kau.org nak borak sibuk je.busuk la kau bau surya
Quote FanTasyCreaTioN 8-6-2017 05:42 AM
KILL_NANCY replied at 8-6-2017 05:32 AM
haah FC mmg betina tu.acah2 dont touch me i'm still virgin kekdahnye.
bini orang tu



Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063134 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top