CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sudah Meninggal, Lelaki Dibelasah Kerana Didakwa Mencabul

30-5-2017 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 23879| Komen: 188

Description: Lima individu termasuk wanita ditahan bagi membantu siastan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma pada Ahad.Memetik laporan Astro Awani, lelaki tersebut dibelasah se ...
Kemaskini 3.34 ptg

Perkembangan terkini, lelaki yang koma selepas dibelasah kerana didakwa mencabul wanita, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, 12.30 tengah hari, hari ini. 


Memetik laporan Harian Metro, ini sekaligus menjadikan kes belasah itu kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI 

---------------------

Kemaskini 3.00 ptg

Lima individu termasuk wanita ditahan bagi membantu siastan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma pada Ahad. 

Memetik laporan Astro Awani, lelaki tersebut dibelasah selepas didakwa mencabul seorang pekerja kedai telekomunikasi dalam tandas sebuah kompleks beli belah di Alor Setar. 

Semua yang ditahan berusia belasan tahun hingga 20an, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar. 


Dikatakan dalam kejadian 4 petang Ahad, seorang lelaki didakwa cuba memeluk mangsa yang berusia 21 tahun dalam tandas sebelum menekup mulut mangsa.

Berlaku pergelutan hampir sepuluh minit sebelum mangsa dapat meloloskan diri dan meminta bantuan orang awam.

Lelaki terbabit kemudian dibelasah teruk di bahagian muka dan juga kepala sebelum diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) dan kemudian membawanye ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Suspek kini kritikal dan dirawat di zon merah akibat kecederaan parah di kepala. - CARI 

Mangsa. Foto: Astro Awani
21

Bagus
11

Marah
23

Terkejut
21

Sedih
24

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (126 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 30-5-2017 03:20 PM
alamak, tak psal plak pemangsa cedera
Quote harrypoter 30-5-2017 03:25 PM
kenapa dibelasah teruk sgt...
Quote pearl.silver 30-5-2017 03:26 PM
Jangan salah pukul org sudah
Quote Zasss777 30-5-2017 03:33 PM
Kalau mati lah lelaki tu, tak pasal yg belasah tu jadi pembunuh.
Quote Ayda89 30-5-2017 03:34 PM
Kan dah dapat...sangap sgt, tu makan nya haa
Quote batmana 30-5-2017 03:36 PM
yg belasah ni,
jenis tk blajar seni pertahankn diri, tk tau rasa kene belasah tu cmne. tu yg dia lenjan belasah aja
pesalah sorg, korag kumpul 10 org keliling
(sorg pkul kepala, sorg tendang perut, sorg tendang pinggang, sorg siku kepala, sorg pijak dada ) x 10 kali

anak gajah pun bole mati weii

tak pasal2 korg kene tuduh bunuh,
so, jgn jadi bahlul, serah pda polis sudah
Quote SuRiaGreeNz 30-5-2017 03:44 PM
Zasss777 replied at 30-5-2017 03:33 PM
Kalau mati lah lelaki tu, tak pasal yg belasah tu jadi pembunuh.

dah mati...

Lelaki dibelasah meninggal dunia, kes jadi kes bunuh

LELAKI yang koma selepas dibelasah di kompleks beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar, Ahad lalu kerana didakwa mencabul wanita dalam tandas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), 12.30 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kematian lelaki berusia 30 tahun itu dan berkata kes itu kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Lima individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun ditahan hari ini di Alor Setar berdasarkan gambar mereka dalam video yang ditularkan dalam media sosial.

“Terdapat lagi individu yang masih dikesan dan kita minta mereka serah diri segera. Suspek yang ditahan dijangka akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya hari ini.

Dalam kejadian 4 petang itu, lelaki terbabit didakwa cuba memeluk wanita berusia 21 tahun dari depan dengan menekup mulut mangsa sebelum wanita itu menggigit tangannya tetapi ditumbuk di perut.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari beberapa individu yang berada di luar tandas selepas terdengar jeritan mangsa menyebabkan lelaki itu dibawa ke tingkat bawah bangunan dan dibelasah.

Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) sebelum membawanya ke HSB untuk mendapatkan rawatan.

Ketika itu, dia berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Zon Merah HSB akibat kecederaan parah di kepala.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...jadi-kes-bunuh
Quote Ayda89 30-5-2017 03:46 PM
Astaghfirullahaladzim..Tak sempat taubat dah mninggal
Quote umbut 30-5-2017 03:47 PM
Nak merogol lah tu.. Mampos ko
Quote Felycya 30-5-2017 03:54 PM
Kot ye pon orang tu bersalah xboleh ke tangkap pegang dulu sampai polis datang.

Nk pukul pon beragak lh ikat dulu ke...
So.. Skrg puas hati lh.. BANGGA dapat bunuh penjenayah katanya.

Esok dalam kubur bangga cakap kt allah saya dh bunuh satu orang penjahat berapa ye pahala saya dapat aritu ??. :
Quote Zaien 30-5-2017 03:56 PM
dah jadi kes bunuh sudah..
Quote chinta89 30-5-2017 03:58 PM
jahattt sgt kan? no kesian for u ok kalau btl u cuba nk rosakkan hidup org!
Quote M.Rose 30-5-2017 04:02 PM
Kompem ke dia? Pkul2 manja dh la. Ni smpai meninggal.
Quote prettyuglybabe 30-5-2017 04:12 PM
elok la mampus dari kena tangkap lepas kena tangkap lepas lagi..
cuma tak pasal-pasal yang memukul tu la kena
Quote qistiena 30-5-2017 04:13 PM
takziah diucapkan..
Quote wongpenglim 30-5-2017 04:15 PM
M.Rose replied at 30-5-2017 04:02 PM
Kompem ke dia? Pkul2 manja dh la. Ni smpai meninggal.

Mak konperempuan sundal pelacur sial mak ko itewwww

Quote emelia1509 30-5-2017 04:21 PM
x pasal mangsa n semua yg pukul kena angkut ke balai..
Quote Zasss777 30-5-2017 04:21 PM
SuRiaGreeNz replied at 30-5-2017 03:44 PM
dah mati...

Lelaki dibelasah meninggal dunia, kes jadi kes bunuh

Ooppss ingat still koma. Adoiii tak sempat la nk tobat.
Quote xy_daen 30-5-2017 04:24 PM
Siap ada rakaman belasah bagai kan?


Mendapat la korang...

Lihat semua komen(188)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.056312 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top