CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dulu 'Lautan' Sampah, Kini Pantai Di Mumbai Ini Cantik Menawan!

30-5-2017 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16668| Komen: 70|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Kalau semua orang bersatu padu bekerjasama, tiada apa yang mustahil dilaksanakan. Seperti sebuah pantai di India ini yang dahulunya ditimbuni sampah sarap, kini bersih dan cantik mata memandang.
Kalau semua orang bersatu padu bekerjasama, tiada apa yang mustahil dilaksanakan. Seperti sebuah pantai di India ini yang dahulunya ditimbuni sampah sarap, kini bersih dan cantik mata memandang.




Nama Pantai Versova di Mumbai, India ini mungkin masih terdengar asing di telinga pelancong. Begitu juga dengan nama Afroz Shah, 33, seorang peguam Mahkamah Tinggi Bombay yang disanjung tinggi selepas berjaya mengubah 'wajah' pantai itu.

Usaha membersih itu pada awalnya dilaksanakan Shah dengan bantuan seorang jirannya pada Oktober 2015.

Melihat kesungguhan pasangan itu bertungkus lumus membersihkan kawasan pantai itu, orang ramai mula menyertai untuk memberi bantuan.




Sepanjang usaha itu, mereka disertai lebih 1,000 pembantu sukarela merangkumi pekerja dari syarikat-syarikat tempatan, pelajar sekolah serta bintang Bollywood!



Tidak hanya sampah di Pantai Versova, Shah dan pasukannya turut membersihkan 52 tandas awam di pantai berkenaan serta menanam 50 batang pokok kelapa.

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) menyifatkannya operasi pembersihan selama 85 minggu itu sebagai operasi terbesar di dunia yang menyaksikan lebih 5,000 tan sampah dihapuskan.



Usaha peguam berkenaan dihargai UNEP dan memberikannya ganjaran penghargaan 'Champion of the Earth' kerana menjadi warga India pertama mencapai kejayaan sedemikian.



Setiap tahun sebelum itu, Pantai Versova digunakan sebagai tempat pembuangan sampah tidak rasmi dan ia telah dianggap sebagai salah satu pinggir pantai paling kotor di Mumbai.


Foto: Mail Online

Semoga usaha dan kejayaan Shah itu menjadi inspirasi kepada semua orang untuk menyelamatkan pantai atau mana-mana kawasan tercemar lain di seluruh dunia. - CARI
30

Bagus
26

Marah
9

Terkejut
24

Sedih
16

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 30-5-2017 04:43 PM
Cantik hasilnya..
Quote whadda 30-5-2017 04:57 PM
kan elok bersih camtu
Quote mongoose_kidz 30-5-2017 05:21 PM
kudos utk lelaki tu...mmg terbaik la
Quote greantea 30-5-2017 05:21 PM
hendaknya bertahan lama la kebersihan itu ye
Quote MsKathryn 30-5-2017 05:26 PM
Kan nmpk elok dh bersih.
Quote rikamiyuki 30-5-2017 05:38 PM
Boleh mandi manda.kan bagus bersih camni
Quote mrizumi 30-5-2017 05:41 PM
Bagus la usaha tu..
Tenang mata tgok pantai..
Quote mommymonster82 30-5-2017 06:04 PM
Samph byk2 tu dorg longgok kat mana pulak?
Quote DeeHanania 30-5-2017 06:27 PM
Bru cantik mata memandang...
Quote DianaLoo 30-5-2017 06:42 PM
Cantik hasilnya..
Quote DianaLoo 30-5-2017 06:43 PM
Bagus la usaha tu..
Quote unoryah 30-5-2017 09:27 PM
siapa bintang bollywood yg ikut serta dalam gotong royong bersihkan pantai tu?
Quote ananyaperfume 30-5-2017 10:12 PM
Bila dah bersih Tenang mata memandang
Quote Arlina 31-5-2017 12:56 AM
its all bout the attitude..hope the will keep it clean
Quote love_ 31-5-2017 01:47 AM
1 tahun 6 bulan  juga kerja pembersihan siap dilakukan.
Syabas!!!
Quote Felycya 31-5-2017 03:26 AM
Jangan ada yg gatal pi buang lagi sampah sarap kt situ !!! :
Quote raihaneem 31-5-2017 03:56 AM
Gigih dan sabaq...baru nmpk tenang pantai tu
Quote cm_asamkumbang 31-5-2017 07:56 AM
haaa lega tengok..entah berapa tan sampah gamak nya
Quote amon_79 31-5-2017 09:19 AM
syabas... satu usaha yg patut dicontohi seluruh dunia

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.066543 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top