CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nombor Plat Motosikal Tema Raya

19-8-2013 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6937| Komen: 32


Motosikal remaja yang ditahan dengan nombor platnya telah diubah suai bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.                                                                                                                                   


Anggota JPJ ini menahan seorang remaja yang menunggang motosikal dengan nombor platnya telah diubah suai bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam Ops Khas Motosikal sempena Aidilfitri yang dijalankan baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan alasan buat golongan muda di negeri ini untuk mengubahsuai plat kenderaan mereka bertemakan musim perayaan, sehingga melanggar undang-undang jalan raya.
       
        Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, trend baru itu dikesan dalam Ops Khas Motosikal sempena Aidilfitri yang dijalankan pada hari raya kedua dan ketiga di Jalan Sungai Tong.
       
        “Terdapat tiga kes di mana dua melibatkan plat motosikal dan satu kes melibatkan kereta. Kes ini melibatkan nombor plat kenderaan yang didaftarkan di Terengganu dan terdapat juga yang didaftarkan di negeri lain.
       
        “Ini adalah kes unik yang pertama ditemui sepanjang pihak JPJ menjalankan operasi jalan raya pada musim perayaan,” katanya dalam sidang media selepas Ops Khas Motosikal di Jalan Sultan Muhammad, disini, semalam.
       
        Menurut Abdul Rahman, tindakan pemilik kenderaan mengubahsuai nombor plat kenderaan mereka boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini kerana nombor plat berkenaan tidak mematuhi syarat dari segi saiz dan jarak.
       
        “Walaupun pemilik kenderaan masih mempamerkan nombor pendaftaran di motosikal dan kereta milik mereka, sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian, ia menyukarkan pihak berkuasa mengesan nombor plat itu dari jarak jauh kerana saiznya telah dikecilkan.
       
        “Kita harap pemilik kenderaan terutama golongan muda dapat mengambil berat mengenai perkara ini, walaupun kita berada pada musim perayaan, ia bukan alasan untuk mengubahsuai no plat kenderaan sehingga melanggar syarat yang ditetapkan,” katanya.
       
        Sementara itu, statistik kesalahan lalu lintas JPJ Terengganu bagi Ops Perayaan Aidilfitri 2013 yang dijalankan bermula 1 hingga 16 Ogos lalu mengesan 1,541 kes di bawah 10 kesalahan utama.
       
        Antara kesalahan utama yang dikesan ialah tidak memakai topi keledar (271 kes), cermin gelap (171 kes) dan tidak mematuhi isyarat lalu lintas (155 kes), tiada perlindungan insurans (131 kes), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (125 kes) dan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) (113 kes).
       
        Selain itu, terdapat pengguna gagal patuhi notis temu siasat (89 kes),  gagal pamer nombor pendaftaran (88 kes), memotong garisan berkembar (60 kes), tidak memakai tali pinggang keledar hadapan (26 kes) dan lain-lain kesalahan (132 kes).


4

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekngucing 18-8-2013 09:24 AM
biarlaa
bodo punya polis
budak tu bukan rompak bank, rogol orang
Quote card_reader 18-8-2013 09:26 AM
xleh nak kreatif......
Quote mea 18-8-2013 09:41 AM
Napa x bubuh dpn motor..
Quote kivio 18-8-2013 09:50 AM
ganu kite....
ganu oh ganu....
ikang masing sunggoh
Quote batmana 18-8-2013 10:13 AM
mak bapak bagi budak2 sekola bwa moto sndiri, ni la hasilnya...
Quote slyfynx 18-8-2013 10:28 AM
JPJ, sile la saman pampu HID aftermarket. Lampu kelip2 blkg kete.
Sgt annoying.
Quote tongkatwaran75 18-8-2013 10:32 AM
sekngucing posted on 18-8-2013 09:24 AM
biarlaa
bodo punya polis
budak tu bukan rompak bank, rogol orang

bodo punyer kucen geleng...
pi masuk utan la...
klu taktau undang2,,,

Quote Irwan-Ahmad 18-8-2013 12:25 PM
kalu bendera jalur gemilang atau muka kak mah konpem selamat
Quote kakikuDibibirmu 18-8-2013 12:33 PM
terengganu darul aidilfitri
Quote pehbedah 18-8-2013 12:54 PM
tadi aku baru dipotong oleh 8 bijik kereta mewah..pesen katak pisang yg leper tuuu...kaler purple..kuning..merah..hitamm...no kereta tersangat lahh tak nampak...ok saja yg tuu..
Quote TanSriJess 18-8-2013 12:56 PM
bodowh

letak di beskal dah laa
Quote edee_91 18-8-2013 12:59 PM
tongkatwaran75 posted on 18-8-2013 10:32 AM
bodo punyer kucen geleng...
pi masuk utan la...
klu taktau undang2,,,

awak bergaduh dengan sekngucing ke?

Quote myralolx92 18-8-2013 01:00 PM
mcm bodo je. kan dah kena saman sng sng je duit melayang
masa aku raya kt terengganu haritu ada jgk nampak.
style sgt ke?
Quote edee_91 18-8-2013 01:05 PM
Irwan-Ahmad posted on 18-8-2013 12:25 PM
kalu bendera jalur gemilang atau muka kak mah konpem selamat

haha kompom2..
Quote wafeenaulia 18-8-2013 01:06 PM
Tu ponnnn nk kecoh hbs raya sure dia cabut kot
Quote boyagombak 18-8-2013 06:13 PM
sekngucing posted on 18-8-2013 09:24 AM
biarlaa
bodo punya polis
budak tu bukan rompak bank, rogol orang

Ko no pakei no plat sexngucing ke, ni kia tema sex ke ngucing
Jgnle malu2 kucim, lps taruk no plat tu sila update gambo di thread ini, facebook & utube
Quote boyagombak 18-8-2013 06:14 PM
No plat BOYA jpj segan nk saman
Quote ChildrenOfBodom 18-8-2013 07:58 PM
sekngucing posted on 18-8-2013 09:24 AM
biarlaa
bodo punya polis
budak tu bukan rompak bank, rogol orang

jpj la bang
Quote lolipopmanish 18-8-2013 08:09 PM
mane tau abam jpj tahan sbb nak mintak alamat umah ke boleh dorang dtg beraye

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.082155 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top