CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nombor Plat 'Malaysia 1' Pecah Rekod, Dibida Pada Harga RM1.11 Juta

24-8-2018 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2591| Komen: 12

Description: Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, nombor plat pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia 1’ telah dibida pada harga RM1,111,111 atau RM1.11 juta sekali gus m ...

Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini, nombor plat pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia 1’ telah dibida pada harga RM1,111,111 atau RM1.11 juta sekali gus menjadi nombor tertinggi pernah dibida dalam sejarah.


Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Malaysiakini, Menteri Pengangkutan berkata jumlah jualan kesemua 10 nombor khas tertinggi bagi ‘Malaysia’ adalah bernilai RM3.6 juta.

"Hari ini kita buktikan dengan hanya 10 nombor sahaja, kita boleh raih RM3.6 juta."

Anthony Loke berkata demikian di sidang media yang diadakan untuk mengumumkan hasil pembidaan bagi siri nombor pendaftaran khas 'Malaysia', yang dikeluarkan oleh kementerian itu bersempena dengan bulan Merdeka siang tadi.


Tambah beliau, "ketirisan" berlaku apabila kerajaan, ketika di bawah pentadbiran BN sebelum ini mengeluarkan nombor khas itu kepada badan bukan kerajaan dan syarikat untuk dijual dengan harga tender sebanyak RM1 juta bagi setiap siri.

"Kerajaan kehilangan kira-kira RM100 juta dari segi pendapatan hasil pembidaan nombor pendaftaran khas kenderaan di bawah pentadbiran BN terdahulu."

Sementara itu, beliau berkata, nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020’ dikhaskan bagi kegunaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kenderaan rasminya.- CARI
21

Bagus
14

Marah
33

Terkejut
28

Sedih
25

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 24-8-2018 04:02 PM
‘RM100 juta hilang dalam bidaan nombor plat khas di bawah BN’
| August 24, 2018

Menteri pengangkutan berkata, ketirisan berlaku apabila kerajaan terdahulu mengeluarkan nombor khas kepada NGO dan syarikat untuk dijual pada harga tender RM1 juta bagi setiap siri.

Anthony Loke berkata, bidaan nombor pendaftaran khas akan dibuka setiap 2 bulan bagi menambah hasil kerajaan. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mendedahkan kira-kira RM100 juta hilang dari segi perolehan hasil pembidaan nombor pendaftaran khas kenderaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, ketirisan berlaku apabila kerajaan BN menjual nombor plat khas kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat pada harga RM1 juta untuk setiap siri.

“Satu siri katakan kita kumpul RM5 juta. Dah terdapat 30 lebih (siri sebelum ini). Jadi, sudah lebih RM100 juta ketirisan yang sepatutnya kerajaan kutip,” katanya dipetik Bernama ketika mengumumkan hasil pembidaan siri nombor pendaftaran khas “MALAYSIA” sempena Hari Kebangsaan 2018 hari ini.

Loke berkata, bidaan nombor pendaftaran khas akan dibuka setiap 2 bulan untuk menambah hasil kerajaan.

Sementara itu, beliau berkata, nombor pendaftaran khas “MALAYSIA 1” mencatat bidaan tertinggi – RM1,111,111 dalam sejarah.

Katanya, nombor itu menjadi milik syarikat pelaburan di Johor Bahru, Aldi International Sdn Bhd, yang turut berjaya membida “MALAYSIA 2” pada harga RM422,000 dan “MALAYSIA 4” (RM162,000).

Loke berkata, kerajaan turut meraih RM3.62 juta melalui jualan 10 nombor pendaftaran tertinggi bagi siri “MALAYSIA 1 hingga MALAYSIA 999”.

“Kerajaan telah dapat hasil kutipan keseluruhan untuk pendaftaran khas MALAYSIA sebanyak RM13.16 juta.”

Bagaimanapun, katanya, nombor pendaftaran “MALAYSIA 2020” dikhaskan untuk kenderaan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PM akan membawa kereta plat MALAYSIA 2020 pada sambutan Hari Merdeka.”
Quote Pixie902 24-8-2018 04:08 PM
Mana perginya duit tu?
Quote Maideen. 24-8-2018 04:17 PM
Najib songlap lagi ka?
Quote jcopy 24-8-2018 04:18 PM
pi report polis la bahlol tolol punya menteri

tuduh sana sini duit hilang, tapi taknak repot polis

bangang nak mampos

Quote jcopy 24-8-2018 04:20 PM
triap hari melalak mengonggong itu hilang, ini hilang

serupa anjing kurap banyak kudis je ini menteri2 bahlol lebih bodoh dari menteri pasola

Quote laksmanabentan 24-8-2018 04:33 PM
suruh ler Lim Guan Eng check dan bentang kan ler...
jangan main petik jer....
Quote rashiman 24-8-2018 04:33 PM

RM100 juta tak hilang, Itu cara kerajaan nak bantu NGO2 mendapatkan dana untuk memberi khidmat kpd rakyat.
Quote leylapple 24-8-2018 04:52 PM
rashiman replied at 24-8-2018 04:33 PM
RM100 juta tak hilang, Itu cara kerajaan nak bantu NGO2 mendapatkan dana untuk memberi khidmat kpd ...

aku rasa rashiman punya komen kali ini lebih baik berbanding pro pembangkang yang lain...


Quote jcopy 24-8-2018 04:54 PM
setiap hari mesti ada sorang menteri buat statement bodoh, pastu mahacai2 bertungkus lumus tegakkan statement bodoh menteri tu

Quote tipuware 24-8-2018 11:16 PM
Mcm dh zikir plak nak salahkan kerajaan lama
Quote moonbug 24-8-2018 11:50 PM
Cantik no tu
Quote G-Pitts 25-8-2018 04:41 AM
Itu bukan ketirisan la. Itu cara kerajaan dulu macam mana nak handle nombor2 pendaftaran khas ni. Sambil2 tu kerajaan boleh bantu NGO2 untuk mendapatkan dana. Lain kerajaan, lain la cara mengurus & berniaga dengan rakyat. Lain la kalau duit hasil bidaan hilang masuk poket barulah boleh kata ketirisan.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.280870 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top