CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditahan Polis Semalam, Musa Aman Dilaporkan Angkat Sumpah Hari Ini?

24-8-2018 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2348| Komen: 8

Description: Free Malaysia Today melaporkan, bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang ditahan polis semalam dijangka mengangkat sumpah sebagai Adun Sungai Sibuga petang ini.

Free Malaysia Today melaporkan, bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang ditahan polis semalam dijangka mengangkat sumpah sebagai Adun Sungai Sibuga petang ini.


Kredit foto:

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali, Musa Aman melalui pembantunya memaklumkan pejabatnya beliau mahu mengangkat sumpah hari ini.

“Mereka berjanji akan hadir di pejabat hari ini. Jadi, kami sedang membuat persediaan seperti biasa.” 

Beliau bagaimanapun berkata, tiada pengesahan sehingga kini sama ada upacara itu akan diadakan hari ini.

“Jika beliau datang, kami akan teruskan dengan upacara itu."


“Kami tidak tahu sama ada ia akan diadakan hari ini, tetapi mereka berjanji akan datang hari ini. Jika bukan hari ini, kami boleh menjadualkannya semula.”

Tan Sri Musa Aman wajib angkat sumpah sebagai Adun selewat-lewatnya pada 11 September atau beliau akan kehilangan kerusi DUN Sungai Sibuga yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu.- CARI

27

Bagus
32

Marah
29

Terkejut
27

Sedih
37

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (189 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zidane_ziege 15-8-2018 10:34 AM
Apahal dia ni cpt sgt cabut lari..tgk najib masih bebas lg apa..
Quote AbukRokok 15-8-2018 11:15 AM
punya pengecut musa ni
najib pun lg berani gentelman
Quote samasam90 15-8-2018 01:15 PM
lena tak musa aman tidur setiap hari? ke who cares jah...
Quote Modngengade 24-8-2018 07:53 AM
BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Selangor sejurus kembali ke Malaysia semalam, ditahan polis hari ini.

Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga ditahan jam 10 pagi.

Bagaimanapun, katanya, permohonan polis untuk menahan reman Musa mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ditolak Mahkamah Majistret.

“Betul, (Musa) ditahan jam 10 pagi (hari ini). Tapi gagal direman selepas ditolak oleh Majistret,” katanya dalam jawapannya melalui aplikasi Whatsapp kepada NSTP.

Berikutan keputusan mahkamah itu, Ramli berkata, Musa dibebaskan dengan jaminan polis.

Musa yang sebelum ini mendapat rawatan di sebuah hospital di United Kingdom pulang ke Malaysia melalui Singapura sebelum tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Selangor, semalam.

Beliau yang belum mengangkat sumpah sebagai ADUN dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 7:26 PM
Quote Simunggu 24-8-2018 09:10 AM
Rules of Law..TSMA buat yg betul..lawan di mahkamah pun tidak guna...
Quote dodolgemokgila 24-8-2018 10:13 AM
Cash kena tahan! Pandai lgi kau nak lari kan?
Quote buapakperut 24-8-2018 06:43 PM
camne nak angkat sumpah tengah berlakon tersadai dengan tongkat.
Quote imransulaiman 25-8-2018 01:14 PM
Sengaja balik supaya dapat angkat sumpah. Lepas angkat sumpah, tak mustahil dia hilang semula {:thief

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056833 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top