CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seronok Tapi Seram, Cabar Diri Melawat Hantu Di Tempat 'Keras' Bangkok

8-5-2017 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13773| Komen: 70|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Tiada siapa mampu menafikan keenakan masakan Bangkok, Thailand serta gedung membeli belah yang menawarkan pelbagai barangan menarik dengan harga yang murah di sana.
Tiada siapa mampu menafikan keenakan masakan Bangkok, Thailand serta gedung membeli belah yang menawarkan pelbagai barangan menarik dengan harga yang murah di sana.


Namun semua itu sudah biasa dan 'cliche', apa kata kalau ke Bangkok nanti cabar diri anda dengan mengunjungi beberapa destinasi yang dikatakan 'keras' dan seram.

Mungkin berbaloi untuk menambahkan pengalaman. Jom semak tempat apa yang paling seram ada di sini.

1. Baiyoke Hotel tower 2

Foto: Bangkok.com
Anda rasa kesunyian dan keseorangan? Menginap sahajalah di sini bersama 'teman ghaib'. Walaupun hotel ini adalah salah bangunan tertinggi di Asia Tenggara, ramai yang mendakwa mengalami kejadian aneh di sini. Bahkan pada tahun 2012, ada tiga orang staf yang jatuh secara misteri dari tingkat 68 bangunan ini.


2. Ghost Tower

Foto: Travelog.me
Bangunan ini menerima julukan sebagai tempat kesukaan syaitan-syaitan di Bangkok. Bangunan yang terbengkalai ini sepatutnya dibangunkan sebagai sebuah apatmen mewah, namun banyak kecelakaan yang berlaku. Bermula dari arkiteknya yang didakwa membunuh, tanah kawasan ini juga dahulunya adalah tempat perkuburan kuno. Menurut sumber Okezone,ada satu jasad yang mati tergantung dan membusuk ditemui di sini.

3. Lapangan Terbang Suvarnabhumi

Foto: www.orientalescape.com
Terkejut bukan? Sebenarnya ia bukan kisah yang baru kerana kebanyakan pekerja ini memang tahu benar mengenainya. Tapak lapangan ini juga dulunya kawasan perkuburan.Hati-hati bila mahu ke tandas, takut terserempak dengan Poo Ming, jelmaan orang tua yang menjaga kawasan kubur dahulu.

4. Kuil Mae Nak

Foto: Thaiworldview.com
Kisah seorang isteri bernama Mae Nak ini memang sangat popular di Thailand. Apa yang seram adalah Mae Nak sudah meninggal dunia namun suaminya yang baru balik dari berperang langsung tidak mengetahui tentang kematian isterinya itu. Hantunya dikatakan berkeliaran menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Jadi bagi anda yang mahu melihat sendiri penampakannya secara langsung, bileh kunjungi kuil Mae Nak yang terletak di Jalan Sukhumvit.

5. Muzium Forensik

Foto: Happytrips.com
Muzium ini dipenuhi dengan organ dan tubuh manusia yang telah menjalani hukuman mati atau orang yang meninggal disebabkan pelbgai penyakit. Bukan sahaja tubuh orang dewasa, malah tubuh kanak-kanak penuh di sini. Disebabkan itu, ramai yang pernah mendengar tangisan dan roh anak-anak kecil ini bermain dalam muzium.

Bagaimana, agak-agak cukup berani atau tak nak cuba pergi salah satu destinasi di atas? Ayuh, jangan jadi pengecut! -CARI
18

Bagus
8

Marah
16

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikNano 8-5-2017 04:55 PM
wow..tempatnya cantik tp menyeramkan bila bab2 benda xnampak ni
Quote harrypoter 8-5-2017 05:01 PM
wow hebat
Quote mirandanicky1 8-5-2017 06:39 PM
Scarynyaaaa
Quote obical 8-5-2017 08:37 PM
Saya tak berani
Quote Revolver 8-5-2017 08:41 PM
takpe la... terimakasih aje la...
Quote pearl.silver 8-5-2017 08:53 PM
Ooo mae nak tu bini pee mak citer handu lawak tu ke..
Kisah benar ek..tak sangka
Quote MissVixen 8-5-2017 10:00 PM
Ghost tower tu menarik betul
Quote WhiskeyScotch 8-5-2017 11:16 PM
Bestnya! Baru thrill! I likeee!
Quote dakewa 9-5-2017 04:28 AM
Tatottt!!
Quote mawarmatahari 9-5-2017 08:57 AM
taknak la..merosakkan getaran aku je...
Quote mewo 9-5-2017 09:07 AM
Iols terasa nak p visit pla muzium tuuu..

Quote munahtingtong 9-5-2017 10:07 AM
I didn't noe abt the hotel tu....tapi di Thailand ni mmg lumrah kan
most cita hantu2 seram2 mostly from Thailand
yg kuil Mae Nak tu bukan dari cita Nang Nak tu ke???
Quote fox. 9-5-2017 10:12 AM
akak takut
Quote CrowneGlory 9-5-2017 10:25 AM
takde penyakit cari penyakit
Quote lindarafee 9-5-2017 10:26 AM
x pelah. kat malaysia pun byk tempat berhantu
Quote Daisyna 9-5-2017 10:42 AM
x rare epot bangkok berhantu...
Quote vanillaninja 9-5-2017 11:00 AM
No thanks
Quote chinta89 9-5-2017 11:49 AM
wahhh mae nak! iols suke cte tu, kelakar sgt seram tapi komedi
Quote Artemesiaa 9-5-2017 11:57 AM
Macam pilem seram Thai je ulasannya

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.061551 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top