CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disamun Ketika Menjamu Selera, Mangsa Rompakan Diminta Bantu Siasatan Polis

8-5-2017 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2315| Komen: 0

Description: Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil membantu siasatan berhubung kejadian samun berparang di sebuah restoran makanan Korea di Taman Melawati yang kini viral dalam media sosial.
Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil membantu siasatan berhubung kejadian samun berparang di sebuah restoran makanan Korea di Taman Melawati yang kini viral dalam media sosial.


Memetik laporan Bernama, selain menggesa kerjasama masyarakat, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias turut memaklumkan pihak polis kini menjalankan siasatan berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari restoran berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.” 

Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam semalam, enam lelaki bersenjatakan parang dan memakai topi keledar meluru masuk ke premis berkenaan dengan mengacukan parang sebelum mengarahkan mangsa untuk menyerahkan barangan berharga.

Menurut saksi, sebelum beralih keluar dari restoran selepas rompakan dilakukan, salah seorang penyamun dikatakan bertindak memaki hamun seorang pelanggan. 

Mangsa antaranya ialah pekerja serta pelanggan restoran itu dan kerugian yang dialami sebanyak RM29,745.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, ketika kejadian hampir 20 pelanggan sedang menikmati makanan masing-masing. 

Beberapa lelaki berkenaan kelihatan meluru masuk ke restoran dengan dua daripada mereka mengacukan parang ke arah pelanggan sebelum merampas beg mereka. 

Kejadian kurang dari satu minit menyebabkan semua pelanggan tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang keselamatan diri.- CARI



sumber : BH TV

35

Bagus
27

Marah
32

Terkejut
20

Sedih
47

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (187 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.039652 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top