CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Muda Disamun Pemandu Teksi Di Kawasan Subang Jaya

19-7-2016 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4577| Komen: 13

Description: Seorang wanita yang berusia 28 tahun disamun pemandu teksi ketika menaiki sebuah teksi dari Taman Datok Haron, Petaling Jaya pagi kelmarin.
Oleh : TS LOO


sumber foto: facebook 


Seorang wanita yang berusia 28 tahun disamun pemandu teksi ketika menaiki sebuah teksi dari Taman Datok Haron, Petaling Jaya pagi kelmarin.

Menurut laporan The Star, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Mohammad Azli Sadari memaklumkan, kejadian tersebut berlaku semalam pada pukul 8/45 pagi. Ketika itu mangsa dikatakan menahan dan menaiki sebuah teksi jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang lelaki untuk ke Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.

Tetapi, pemandu teksi itu tiba-tiba memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan berdekatan dengan sebuah kompleks membeli belah di Jalan SS 16.

Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan meletakkannya di telinga kanan mangsa serta mengarahkan agar mangsa tidak bising dan keluarkan semua barangannya yang bernilai.


Bahagian telinga mangsa tercalar oleh pisau suspek sehingga luka sepanjang satu inci. 

Disebabkan ketakutan, mangsa menjerit meminta tolong ke arah luar tingkap, tindakan itu menyebabkan suspek meletakkan pisau dan satu objek menyerupai pistol di kepalanya.

Apabila mangsa diam, suspek menyimpan pistol terbabit dan merampas beg tangan mangsa.

"Setelah merampas beg tangan mangsa, mangsa kemudian diturunkan di SS15 berdekatan pejabat pos."

Menurut laporan, wanita tersebut mengalami kerugian sejumlah RM1500, termasuk sebuah telefon bimbit dan kunci rumah turut diambil oleh suspek. 

Berdasarkan pihak polis, pemandu teksi terbabit berumur kira-kira 40 tahun, jenis kereta teksi yang dipandu adalah Proton Wira. 

Orang ramai yang ada sebarang maklumat berhubung kes ini, sila segera mengubungi pihak polis menerusi talian 03-20529999.- CARI



27

Bagus
21

Marah
21

Terkejut
18

Sedih
25

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizzzek 19-7-2016 10:29 AM
@spiderman80 @medangmru
Quote shi_jewel 19-7-2016 10:33 AM
kesan dari ekonomi yg mendesak.tapi orang lain yg jadi mangsa..
Quote MamaMima711 19-7-2016 10:34 AM
Salah satu sbb nape org maybe lbh suka grab car/uber car
Quote Lina66 19-7-2016 10:51 AM

lebey suka amik grab car dari teksi kat KL

Quote oppol 19-7-2016 11:42 AM
Kenapa tak pakai bas?percuma lagi...
Quote misscendol 19-7-2016 01:25 PM
Haish malaysia mmg xselamat lorhhh. Haritu pegi jepon pon boleh tgk malam2 kat lorong ade perempuan berani jalan sorang2. Selamat sgt jepun
Quote fifilalala 19-7-2016 01:42 PM
Scarynyaaa alahai , banyak yg dh xselamat skrg ni
Quote qronaldo7 19-7-2016 02:22 PM
MamaMima711 replied at 19-7-2016 10:34 AM
Salah satu sbb nape org maybe lbh suka grab car/uber car

jom2 tukar. hehehe
Quote nut.legacy 19-7-2016 02:23 PM
kesian dia.. mesti trauma lepas ni nampak taxi...
Quote HazeLJoseph 19-7-2016 02:47 PM
Iols memang boikot taxi ,kalau terpaksa naik pun usha juga pakcik2 rupa lindungan kaabah sikit kan..

Tapi ,lagi layan lah ambil bus atau public transport lain.. asyik kena penaya dek pemandu taxi yang charge melampau lampau dari meter okey
Quote taji2906 19-7-2016 03:21 PM
dekat area paradigm mall, kelana jaya la kot...
Quote awaynepian 20-7-2016 05:35 AM
Kesian nyer.. luka tu..pagi2 buta dah kn samun..
Quote khairul88hazwan 21-7-2016 07:39 PM
Pakai la uber .dengar kata murah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053993 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top