CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pemandangan Yang Melucukan, Jom Tengok Kambing Panjat Pokok Di Maghribi

4-5-2017 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16739| Komen: 69|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Apa reaksi anda agaknya bila ternampak kambing berada di atas pokok yang tinggi? Bukan seekor, tapi haiwan ini memanjat pokok secara berkumpulan.
Apa reaksi anda agaknya bila ternampak kambing berada di atas pokok yang tinggi? Bukan seekor, tapi haiwan ini memanjat pokok secara berkumpulan.


Perkara yang agak janggal bila berlaku di Malaysia kerana selama ini kita melihat kambing hanya meragut rumput di atas padang.

Namun ia adalah satu pemandangan yang sangat biasa dilihat di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi.

Foto: www.amusingplanet.com/
Jika datang ke sini, pengembara dapat melihat dengan mata sendiri kebolehan haiwan ini memanjat pokok Argan bagi mendapatkan buahnya yang manis.

Keistimewaan kambing asli yang berasal dari desa kecil bernama Tamri ini adalah mereka sangat mahir dalam menyeimbangkan diri.


Disebabkan buah argan adalah satu-satunya pilihan makanan yang ada untuk kambing di sana, maka haiwan ini sudah terlatih dari kecil untuk berusaha memanjat pokok bagi mendapatkan buahnya.

Foto: www.amusingplanet.com
Disebabkan keunikan yang tiada langsung di tempat lain di dunia, ia berjaya menarik jutaan pelancong untuk ke sini.

Kebanyakan mereka sangat teruja dan akan berteriak, "Kambing atas pokok, kambing atas pokok!"

Foto: www.amusingplanet.com
Bagi anda yang mahu merasakan sendiri pengalaman ini boleh datang mengembara ke Maghribi dan laluilah perjalanan dari Imsoune ke Tamraght.

Selain itu, kambing di atas pokok juga boleh dilihat di sepanjang perjalanan dari Marrakesh dan Essaouira.

Ayuh, rancang perjalanan anda. Bila lagi mahu melihat kambing memanjat pokok kalau bukan sekarang! -CARI
24

Bagus
13

Marah
22

Terkejut
21

Sedih
24

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 4-5-2017 06:19 PM
kenapa panjat pokok tuuuu
Quote Nenasketum 4-5-2017 06:40 PM
Panas sangat pasir tu.
Quote CiliPadiSedap 4-5-2017 06:49 PM
minyak argan ni banyak khasiat antaranya macam minyak kelapa darsita
Quote kimchipedas 4-5-2017 07:07 PM
Buah argan ni elok utk kegunaan diri kita bila kambing tu mkn buah argan maka daging dia pun sedap bila kita mkn x caya p try kat casablanca nuu
Quote Lollipop111 4-5-2017 08:12 PM
Don't care just nk tau, sedap tak drpd kambing biasa (kambing tak panjat)?
Quote matchstick 4-5-2017 08:36 PM
cantik gambar 1st tu
Quote Minyakyuyi 4-5-2017 09:18 PM
xjatuh ka dh pnjat ramai2 tuuu???
Quote CiliPadiSedap 4-5-2017 09:51 PM
akak nk tgk kambing ni makan durian dan panjat pokok durian.. yang tu baru akak pelik
Quote zackry14 4-5-2017 10:54 PM
Comelnyer
Quote aleesyasofia 5-5-2017 12:18 AM
first time tgk kmbing pjat pokok..
Quote AppleJack 5-5-2017 12:38 AM
pandai pilih dahan ye
Quote nolya 5-5-2017 01:09 AM
aleesyasofia replied at 5-5-2017 12:18 AM
first time tgk kmbing pjat pokok..

kalau tengok netgeo, ada kambing boleh panjat gunung lagi.Lagi teror.
Quote nolya 5-5-2017 01:09 AM
aleesyasofia replied at 5-5-2017 12:18 AM
first time tgk kmbing pjat pokok..

kalau tengok netgeo, ada kambing boleh panjat gunung lagi.Lagi teror.
Quote myakayina 5-5-2017 08:22 AM
ni lagi terer..


Quote JeepersCreepers 5-5-2017 10:21 AM
Sedap buah tu ye
Quote yayaachan 5-5-2017 10:25 AM
Alaaaa comelnyeeeee
Quote cacaumerba 5-5-2017 10:43 AM
sbb kan khasiat buah argan ni sgup kamben memanjat.. xgayat ke kat atas tu
Quote nozanoor 5-5-2017 11:30 AM
Hebat kambing ni
Quote intan_smsb 5-5-2017 12:10 PM
camne die panjat

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.096840 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top