CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Hidap Penyakit Kaki Gajah, Miliki Kaki Seberat 150 Kilogram

7-5-2017 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4352| Komen: 18

Description: Doktor memberitahu seorang lelaki dia menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan kakinya membesar beberapa kali ganda saiz normal dan dia tidak mungkin hidup melebihi usia 20 tahun.
Doktor memberitahu seorang lelaki dia menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan kakinya membesar beberapa kali ganda saiz normal dan dia tidak mungkin hidup melebihi usia 20 tahun.


Tujuh tahun kemudian, Liu Zhongqiu, 26, masih hidup mengatasi ramalan berkenaan dan dia percaya ia adalah satu keajaiban.



Memetik Mail Online, media tempatan melaporkan lelaki berasal dari Fuxing, China itu menghidap penyakit elefantiasis atau kaki gajah yang berpunca daripada sejenis jangkitan cacing bawaan nyamuk sejak kecil.

Walaupun mengatasi ramalan doktor, penyakit itu menyebabkan kakinya membesar sehingga mencecah berat 150 kilogram selain menyebabkan dia kesukaran untuk membuang air kecil.


Liu mendakwa dia sudah berputus asa untuk melihat kakinya kembali normal dan kini dia hanya mampu berjuang meneruskan hidup.

Apa yang paling ditakuti Liu adalah melihat kakinya 'meletup' apabila bangun pada waktu pagi.

Sejak mengetahui mengenai penyakitnya itu, Liu merantau ke serata China bagi mencari pakar yang mampu merawat penyakitnya itu.


Foto: Mail Online/AsiaWire

Liu kini mengemis di jalanan di Wuhan di wilayah Hubei dan menggunakan wang itu bagi membiayai kos rawatannya di sebuah hospital di situ. - CARI
15

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-5-2017 03:30 PM
kt malaysia ramai kena penyakit ni kaki untut... kawasan lombong dan kawasan lain elakkan ye.. sebab berisiko kena..

4 daripada 100 orang akan kena sakit ni di malaysia
Quote Mary_jane 7-5-2017 03:41 PM
Oh yela sakit untut. Kesian dia mengemis je
Quote bellxx 7-5-2017 03:42 PM
wehhh besarnyaaa !!! kesiannnn
Quote Voyagers 7-5-2017 04:00 PM
memang tak boleh pulih ke kalua kena
Quote febreze 7-5-2017 04:11 PM
meletup macam mana tu?
Quote sekngucing 7-5-2017 04:14 PM
pegi mati ajelaa dek
dunia ni tak perlua manusia lemah mcm kau
Quote chinta89 7-5-2017 04:19 PM
nyamuk jenis yg mcmne kalau geget jd penyakit ni, dan mmg x leh diubati ke??
Quote beautifulliar 7-5-2017 05:16 PM
Aduh kesiannya..tak semua orang dilahirkan bertuah
Quote lazim 7-5-2017 06:12 PM
Eh tp aku ada bc hospital blh operate buang lebihan dgg tu.. ada tgk komen kt fb akak srg tu dh ok lps operate kaki untut dia
Quote NekNgah 7-5-2017 09:02 PM
Kasihan, tak ada bantuan dari kerajaan atau NGO ke sampai kena mengemis....
Quote BuNSSS 7-5-2017 09:08 PM
Ni nama dy filariasis..disbbkan nyamuk pembawa roundworm ( parasite ) dari manusia  lain yg dijangkiti.kalau kaki gajah mcmni dah teruk sgt2 dah..
Quote anish911 7-5-2017 10:04 PM
chinta89 replied at 7-5-2017 04:19 PM
nyamuk jenis yg mcmne kalau geget jd penyakit ni, dan mmg x leh diubati ke??

Kalau dh mcm ni memang dh x bole kembali normal.. Nyamuk yg bw penyakit ni ada jer kat malaysia.. Dn ada jer org yg dapat penyakit ni di pedalaman sabah.
Quote anish911 7-5-2017 10:06 PM
chinta89 replied at 7-5-2017 04:19 PM
nyamuk jenis yg mcmne kalau geget jd penyakit ni, dan mmg x leh diubati ke??

Nyamuk yg bawa penyakit ni terdiri dr nyamuk mansonia sp.  Tp x semua ada bw cacing parasit tu yer..
Quote ffbeauties 8-5-2017 12:19 PM
CiliPadiSedap replied at 7-5-2017 03:30 PM
kt malaysia ramai kena penyakit ni kaki untut... kawasan lombong dan kawasan lain elakkan ye.. sebab ...

Maknanya ramai jugaklah yg dah kena penyakit ni kat Malaysia...   kesiannya
Quote Pajeri_Nenas 8-5-2017 12:47 PM
potong kaki Terus ok ke?
Quote CiliPadiSedap 8-5-2017 01:55 PM
wq1234 replied at 8-5-2017 12:52 PM
michael kors bags, celine bags, burberry sale, cheap mlb jerseys, oakley sunglasses cheap, air max 9 ...

tolong jgn jual minyak kelapa darsita kat sini
Quote chinta89 8-5-2017 03:04 PM
anish911 replied at 7-5-2017 10:04 PM
Kalau dh mcm ni memang dh x bole kembali normal.. Nyamuk yg bw penyakit ni ada jer kat malaysia..  ...

ade tgk2 gmbr org yg kena penyakit ni.. btw mmg x leh sembuh eh??

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.097420 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top