CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa 33 Pertuduhan Rasuah, Exco Johor Mengaku Tidak Bersalah

19-4-2017 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2370| Komen: 19

Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latiff Bandi bersama seorang perunding hartanah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan rasuah berkaitan hartanah berjumlah lebih RM30 juta.


Memetik laporan Bernama, tertuduh bersama Amir Shariffuddin Abd Raub bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua 33 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir untuk menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah lot Bumiputera kepada pembeli awam serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi projek Eco Botanic Pulai.

Amir pula dituduh menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai upah untuk dirinya dan Abd Latif untuk melakukan transaksi yang sebenarnya dengan badan awam, iaitu mendapatkan kelulusan pelepasan pengurangan bayaran wang sumbangan tabung berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Masri Mohd Daud dan Amir Nasruddin. 


Abd Latff diwakili oleh barisan lapan peguam diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2 juta seorang dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan. 

Hakim menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.- CARI

sumber foto: http://antarapos.com/



24

Bagus
35

Marah
21

Terkejut
21

Sedih
37

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (166 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 19-4-2017 04:42 PM
penyangak nak lepaskan diri...smpai 8 ekor anjing dia upah utk jaga diri
Quote chinta89 19-4-2017 04:47 PM
33 pertuduhan...
Quote kecimpret 19-4-2017 04:56 PM
amik ko 33 pertuduhan



tp yg masuk bullshet utama dan utusan..pemuda pkr yg ada 1 pertuduhan
Quote -electrifying- 19-4-2017 05:15 PM

biasa bro
Quote cucukpin 19-4-2017 05:17 PM
adam rosly pun ngaku tak bersalah.



Quote cucukpin 19-4-2017 05:18 PM
nuar sampai sekarang mgaku tak bersalah.



Quote aHoi83 19-4-2017 05:21 PM
Elok la dia n adam di hukum mati saja. Satu tali kongsi 2 kepala. Jimat masa
Quote nazurah 19-4-2017 05:22 PM
tok, tok.... tak cukup mewah ke hidup sampai cenggitu banyak rasuah

kalau sabit kesalahan ni... jenuh nak membayor denda
Quote CiliPadiSedap 19-4-2017 09:29 PM
aHoi83 replied at 19-4-2017 05:21 PM
Elok la dia n adam di hukum mati saja. Satu tali kongsi 2 kepala. Jimat masa

tali mati tu harga dia rm 18000, lebih mahal daripada iphone 8.. sekali guna xboleh guna lagi..
Quote CiliPadiSedap 19-4-2017 09:30 PM
nazurah replied at 19-4-2017 05:22 PM
tok, tok.... tak cukup mewah ke hidup sampai cenggitu banyak rasuah

kalau sabit kesalahan ni... j ...

Declare muflis je.. di sebalik dia mngkn ada jerung lain.. akak cuma nak tahu siapa developer terlibat
Quote aHoi83 19-4-2017 09:44 PM
CiliPadiSedap replied at 19-4-2017 09:29 PM
tali mati tu harga dia rm 18000, lebih mahal daripada iphone 8.. sekali guna xboleh guna lagi..

Mahalnya !!!!! Org lain bunuh diri pakai tali biasa je  
Quote CiliPadiSedap 19-4-2017 09:56 PM
aHoi83 replied at 19-4-2017 09:44 PM
Mahalnya !!!!! Org lain bunuh diri pakai tali biasa je

ada terjadi kes org xmati sebab tali tu tak membunuh jd di saat tu mula beli tali mahal..

dekat hujung tali tu ada pemberat which is bertujuan patahkan tengkuk.. bagi out terus.. akak dulu pernah rombongan sambil belajar hari anti dadah .. jd dpt pegang tali gantung.. bagi akak tali kasut akak lagi lawa daripada tali gantung itu.. rasanya cm sumbu pelita hari raya..



Quote Cekla 19-4-2017 10:42 PM
Pengkhianat agama dan bangsa
Quote MarryPottet 20-4-2017 12:33 AM
indon & salahlaku rasuah berpisah tiada
cer sprm buat dna test kat kesemua pesalah rasuah, diyakini majoritinya mempunyai dna indon
pemilik dna indon dgn nilai rasuah yg TERPALING hagong adalah yg songlap rm2.6b tu
Quote xy_daen 20-4-2017 01:10 AM
RM30 jota tu kira baru standard exco negeri? Kalau Menteri? Kalau PM?
Quote nazurah 20-4-2017 11:02 AM
CiliPadiSedap replied at 19-4-2017 09:30 PM
Declare muflis je.. di sebalik dia mngkn ada jerung lain.. akak cuma nak tahu siapa developer terl ...

cuba google nama tertuduh kedua tu... tengok apa yang keluar
Quote lostnfaun 21-4-2017 06:01 AM
Mcm tak hot jer hal2 belah selatan nie... Ramai yg tukang cover ke
Quote Pajeri_Nenas 21-4-2017 07:12 AM
dia xdpt bayaq duit jaminan, Masuk lokap.yg sorang  lg boleh balik
Quote ElmoRed 21-4-2017 07:49 AM
nazurah replied at 20-4-2017 03:02 AM
cuba google nama tertuduh kedua tu... tengok apa yang keluar

I google kuar pasal berita rasuah je. Ada yg lebih interesting ke?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.146565 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top