CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Pejabat Exco Dipecah Masuk

21-7-2014 12:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4183| Komen: 14

Description: Tiga Pejabat Exco Yang Terlibat Ialah Pejabat Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Ke-Sejahteraan Bandar Dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Jalaludin Alias; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan ...
SEREMBAN 20 Julai - Empat buah bilik termasuk tiga pejabat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Exco) di Wisma Negeri dipecah masuk petang semalam.

Tiga pejabat Exco yang terlibat ialah pejabat Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Ke-sejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaludin Alias; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Tun Hairudin Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Abd. Razak Ab. Said.

Menurut Jalaludin, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 2 petang, namun disedari kira-kira empat jam kemudian oleh pihak keselamatan.

"Antara barangan milik saya yang dilarikan ialah iPad dan disket. Setakat ini kita masih menyiasat sama ada dokumen rasmi turut hilang daripada simpanan.

"Selain pejabat saya, dua lagi pejabat Exco dan sebuah stor Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang terletak di aras yang sama turut dipecah masuk," katanya ketika ditemui hari ini.

Ini merupakan insiden kali kedua berlaku melibatkan pejabat Exco dipecah masuk selepas pejabat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli pada 25 September lalu.

Pemeriksaan mendapati suspek memasuki bilik tersebut dengan meme-cah tombol pintu dan cermin sebelum menggeledah dan melarikan barangan berharga.

Jelas beliau, satu laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat oleh unit keselamatan pejabat (SUK) pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Baharuddin Mustapha menjelaskan, pihaknya menerima laporan polis berhubung insiden itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



PEJABAT salah seorang Exco yang dipecah masuk di Wisma Negeri, di Seremban, semalam.


12

Bagus
22

Marah
27

Terkejut
13

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 21-7-2014 10:07 AM
masih guna disket?

atau disket apa ni?
Quote ryer25 21-7-2014 10:11 AM
mikasa posted on 21-7-2014 10:07 AM
masih guna disket?

atau disket apa ni?

disket ada gambar babyrina kot?
Quote drivethru 21-7-2014 10:13 AM
mmmmmmm......misteri sgt.
Quote mikasa 21-7-2014 10:13 AM
ryer25 posted on 21-7-2014 10:11 AM
disket ada gambar babyrina kot?

kalau ada gambor macam tu...susah bini nak check...

Quote airfilterkotor 21-7-2014 10:15 AM
floppy disk kahh...?
Quote mikasa 21-7-2014 10:17 AM
airfilterkotor posted on 21-7-2014 10:15 AM
floppy disk kahh...?

ni mesti pencuri yang baru hari jumaat keluar penjara selepas 15 tahun meringkup kat dalam.....

Quote ryer25 21-7-2014 10:17 AM
mikasa posted on 21-7-2014 10:13 AM
kalau ada gambor macam tu...susah bini nak check...

collectible items tu
Quote chaintea 21-7-2014 10:35 AM
Masih pakai disket? Wah kagum
Quote cmf_premierleag 21-7-2014 10:44 AM
aku masih lagi simpan disket zaman2 aku blajo kat campus dulu2
saja simpan buat kenangan
mana tau kut2 lagi 30 thn bleh jual kat pasaran antik sothebys new york...bleh dpt juta2 USD ke
Quote missyqaldina 21-7-2014 10:48 AM
tahun 2005 last year untuk pkai disket aku rase...
sbb mse tu nak anta lab test kt lect..
Quote abas8888 21-7-2014 12:51 PM
pencuri ketinggalan zaman ni...
Quote Al-Patih 22-7-2014 07:26 AM
pak guard poyi man ....????
Quote gaara_X 22-7-2014 07:46 AM
cari duit petty cash ke....
Quote senahsanasini 22-7-2014 07:51 AM
Pjbt exco buat pe masuk, masuk rumah len kli baru kayeeeeeee

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.061971 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top