CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

EXCO Pelajaran Melaka: Jangan jadikan jerebu alasan tidak ke sekolah

26-6-2013 05:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2387| Komen: 0

Description: MELAKA: Murid dan pelajar khususnya di Melaka diberi ingatan supaya tidak menjadikan jerebu sebagai alasan untuk sengaja tidak hadir ke sekolah sehingga boleh menjejaskan prestasi mereka dalam peperik ...
Jangan jadikan jerebu alasan tidak ke sekolah


MELAKA: Murid dan pelajar khususnya di Melaka diberi ingatan supaya tidak menjadikan jerebu sebagai alasan untuk sengaja tidak hadir ke sekolah sehingga boleh menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan nanti, kata seorang exco kerajaan negeri itu.

Datuk Md. Yunos Husin berkata, murid dan pelajar terutamanya yang mengambil peperiksaan awam pada tahun ini tidak harus mengabaikan persekolahan.

"Saya ingatkan anak-anak pelajar sekolah di Melaka dan (di seluruh) negara untuk menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM, jangan jadi satu alasan kita tak boleh capai keputusan cemerlang. Ini sebagai satu peluang untuk kita terus berusaha belajar bersungguh-sungguh mendapat keputusan terbaik pada peperiksaan yang diambil," katanya.


Md. Yunos pada masa sama meminta pihak sekolah supaya melawat rumah pelajar yang tidak hadir bagi memastikan mereka benar-benar tidak sihat kerana persekolahan itu sangat penting.

Beliau yang merupakan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka berkata demikian selepas melawat Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja di sini, hari ini.

Md. Yunos memberikan ingatan itu setelah 20 peratus pelajar di seluruh Melaka tidak hadir ke sekolah pada Selasa selepas semua sekolah di negeri itu ditutup sehari pada Isnin.

Dalam pada itu, Md. Yunos turut meminta ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka yang tidak hadir ke sekolah supaya mendapatkan rawatan kesihatan serta tidak melakukan aktiviti di luar rumah.

Sementara itu, guru besar SK Bendahara Seri Maharaja, Norhayati Husin berkata, 18 peratus pelajar tidak hadir ke sekolah hari ini mungkin disebabkan ibu bapa menganggap keadaan jerebu di negeri itu masih belum pulih.

Kata beliau, pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa mengenai keadaan anak-anak mereka apakah tidak hadir ke sekolah kerana masalah kesihatan akibat jerebu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan pada Isnin menyerahkan kepada ibu bapa untuk menentukan kewajaran anak-anak mereka ke sekolah dalam keadaan berjerebu sekarang.

Berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, sekolah wajib ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 300. Sekiranya bacaan IPU antara 250 hingga 300, Jabatan Pelajaran boleh merujuk kepada kementerian untuk pertimbangan arahan penutupan sekolah.

Di bawah pelan tindakan itu, semua sekolah yang berada di kawasan bacaan IPU kurang 250 dianggap selamat untuk beroperasi.

Dalam perkembangan berkaitan, keadaan jerebu di Melaka semakin beransur pulih apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 160 di Bukit Rambai pada pukul 7 pagi hari ini menurun kepada 147 pada pukul 2 petang. Bacaan di Bandaraya Melaka pada pukul 7 pagi ialah 135 dan turun kepada 127 pada pukul 2 petang.

Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim memaklumkan sehingga hari ini, lebih 1,200 pesakit mendapatkan rawatan di klinik di seluruh negeri bagi penyakit berkaitan dengan jerebu.

Beliau juga menasihati orang ramai agar segera mendapatkan rawatan kesihatan sekiranya sakit-sakit akibat kualiti udara tidak sihat sekarang.


1

Bagus
2

Marah
11

Terkejut

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.203944 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top