CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Bawa Kereta Ke Restoran Selepas Belajar Di Youtube

13-4-2017 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5179| Komen: 23

Description: Bertempat di Ohio, Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun bertindak belajar memandu melalui YouTube sebelum memandu ke restoran McDonald's berdekatan rumahnya.
Lazimnya kita mendengar orang belajar sesuatu kebolehan seperti memasak dan sebagainya melalui laman YouTube.

Namun berita berikut memang di luar jangkaan kerana apa yang dibelajar itu adalah berbahaya kerana membabitkan keselamatan orang ramai dan diri sendiri.


Bertempat di Ohio, Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun bertindak belajar memandu melalui YouTube sebelum memandu ke restoran McDonald's yang berdekatan rumahnya.

Kejadian itu berlaku Ahad lalu, kira-kira jam 8 malam tanpa penegtahuan ibu bapa kanak-kanak itu berikutan dikatakan mereka berdua itu masuk tidur awal.

Memetik laporan saluran Fox 8, kanak-kanak itu memandu van milik bapanya sejauh 1.6 kilometer dengan adik perempuannya berada di tempat duduk belakang.

Difahamkan, untuk sampai ke restoran makanan segera itu, kanak-kanak itu perlu memandu melalui empat persimpangan, menyeberangi landasan kereta api dan beberapa selekoh tajam.


Dia bagaimanapun memandu dalam had kelajuan yang ditetapkan dan selamat sampai ke restoran itu.

Saksi yang melihat kanak-kanak itu memandu kemudiannya menghubungi keluarga dan pihak polis.

Polis sedang menyiasat kes ini dan belum membuat keputusan sama ada akan mengenakan sebarang tindakan terhadap kanak-kanak itu dan ibu bapanya.- CARI

sumber foto: internet

20

Bagus
30

Marah
24

Terkejut
19

Sedih
37

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 13-4-2017 03:34 PM
kite y dewasa nie pon teketar2 nk bwa...self confidence level low sgt...teroor bdk tue..
Quote insulin 13-4-2017 03:55 PM
Kereta auto memang sesiapa pun boleh bawa...
Quote matchstick 13-4-2017 04:07 PM
x rasa kagum pun..mujur x accident je. kalu accident adakah org akan menyalahkan mak bapak mcm kes2 di tanah air ini
Quote mieymiey 13-4-2017 04:09 PM
Budak-budak pun tau menepati had laju
Quote myakayina 13-4-2017 04:12 PM
pernah tengok video kat youtube budak bawah umur drive siap ambik kawan2 lain utk pegi sekolah..
Quote CiliPadiSedap 13-4-2017 04:26 PM
gear auto boleh lah adk.. akak dulu ujian jpj naik bukit enjin mati..  mengigil tekan klac.. klac dia pendek sangat dah modified racing..  kalau gear auto kak dh lulus driving school tu.. kokesen dpt gear auto sembang viral..
Quote intan_smsb 13-4-2017 04:29 PM
bahayanya
lepasni wajib sorokkan kunci kereta
tapi aku geram tengok budak2 kecik2 lagi da naik motor
mak bapak diaorg tak risau ke
Quote Artemesiaa 13-4-2017 04:33 PM
Pergi McD confirm lepas sebab keta auto balik belum tentu lagi sebab siap nak kena menjawab ngan polis dan parents bagai.
Quote ajinomotonosuga 13-4-2017 09:12 PM
Omputeh 8 taun dah macam malek nor

Melayu 40 taun macam ayam katik lagik, tak caya tanya Bell  atopun amir ai em sowiiiiiiii
Quote MarryPottet 13-4-2017 10:30 PM
siap bawak adik dia jadi passenger tuh, bawak van pulak tu
selain dr belajar teknik memandu kat yutub, mesti selama ni setiap kali dia naik kereta dia akan perhatikan dgn teliti setiap perbuatan driver & bertanya soalan
Quote RatuDunia94 13-4-2017 10:52 PM
Iols dulu masa umur 10 tahun ada gak plan nk cuba2 bawa kereta lps terpengaruh dgn filem "Kecil-Kecil Cili Api"..
Quote kentel 14-4-2017 08:10 AM
cheergirlz replied at 13-4-2017 03:34 PM
kite y dewasa nie pon teketar2 nk bwa...self confidence level low sgt...teroor bdk tue..

motip da ada lesen lama terketar-ketar bawak kete??? parkinson ka??
Quote faraway1 14-4-2017 08:26 AM
lapar ke nak, napa tak tepon delivery aje...
Quote cheergirlz 14-4-2017 08:33 AM
kentel replied at 14-4-2017 08:10 AM
motip da ada lesen lama terketar-ketar bawak kete??? parkinson ka??

kihkihkih...baru blaja laa..     
Quote cheergirlz 14-4-2017 08:35 AM
ajinomotonosuga replied at 13-4-2017 09:12 PM
Omputeh 8 taun dah macam malek nor

Melayu 40 taun macam ayam katik lagik, tak caya tanya Bell   ...

kihkihkihkih...realiti     
Quote lasagnaklcc 14-4-2017 08:36 AM
Sampai plak kaki dia... Akak kagum dik.
Quote moocoww 14-4-2017 08:39 AM
Siap bawak adik sekali...nasib la tak jadi apa2
Quote mdhelmi 14-4-2017 08:57 AM
auto la tu
masuk D, turunkan handbrek, jaga brek
xyah tekan minyak
Quote sssf83 14-4-2017 10:45 AM
budak ni pun jenis cepat belajar kut, compare dgn youtube videos and perhati cara parents dia drive.. boleh je dah cuba.. tapi mmg dia berani la.. bukan jenis hati kecik.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.063924 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top