CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RELA Lesapkan 26 Laras Senjata Api, 12 Individu Ditahan

27-3-2017 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2631| Komen: 9

Description: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan hanya 26 laras senjata api milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dikesan hilang sejak awal bulan ini selepas semakan semula dilakukan
Saya mengesahkan setakat ini hanya 26 laras senjata api yang hilang walaupun daripada perkiraan awal sebanyak 44 senjata dilaporkan hilang. Sebanyak 11 daripada 26 senjata api dijumpai dan 12 individu telah ditahan."


Demikian pengesahan yang dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Terbuka Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ayer Keroh kelmarin.

Memetik laporan Bernama, beliau turut memaklumkan, 12 individu berusia antara 40 dan 60 tahun turut ditahan diutara tanah air termasuk anggota Rela yang disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan senjata api jabatan berkenaan.

Tambah beliau, beberapa lagi tangkapan akan dilakukan di Selangor bagi mengesan 15 lagi senjata api yang hilang. 

"Kita tahu siapa yang memiliki senjata api tersebut dan kita menasihatkan agar mereka menyerahkannya dengan segera kepada polis."

Mengulas lanjut, Khalid berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu berkenaan yang masih memiliki senjata api itu mengikut Akta Senjata Api1971. Namun bentuk hukuman terhadap mereka akan dipertimbangkan jika menyerahkannya sebelum ditahan polis. 

Semalam, akhbar melaporkan enam individu di Kedah dan Perak ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti jual dan beli sebahagian 44 laras senjata api milik Rela daerah Selama, Perak, yang dikesan hilang sejak awal bulan ini.- CARI

sumber foto: mstar


23

Bagus
17

Marah
21

Terkejut
8

Sedih
32

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ad_hoc79 27-3-2017 10:57 AM
gila berani curi pastu jual
Quote sebu1 27-3-2017 11:02 AM
Teruknyee
Quote sebu1 27-3-2017 11:03 AM
Elok dihukum gantung:zz
Quote CiliPadiSedap 27-3-2017 11:19 AM
kes terpencil je ni
Quote samasam90 27-3-2017 11:19 AM
baru je kemarin nampak 3 rela.
Quote NekNgah 27-3-2017 03:15 PM
Amboiii, beraninya.  

Tak fikirke, senjata api, mesti selalu buat audit.  

Lainlah penyapu ke, kerusi ke.....
Quote shamsadis 27-3-2017 09:47 PM
Mak ai M4 tu patutlah cina2 ni suka masuk rela beli jawatan
Quote akukah 27-3-2017 10:00 PM
shamsadis replied at 27-3-2017 09:47 PM
Mak ai M4 tu  patutlah cina2 ni suka masuk rela beli jawatan

Tu gmbar ntah dr mana reporter letak.. Rela hanya handle senapang patah je.. Mana ada M4
Quote ronapink 27-3-2017 10:26 PM
apa nak heran, rasanya senapang ni memang ada dengan depa,

mcm hak sendiri, setahun sekali je bawa pergi balai cek..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.045066 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top