CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemas Kini] Tragedi Memancing Di Bukit Beruntung, Mayat Terakhir Ditemui

18-3-2017 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6385| Komen: 24

Description: Lima mayat kanak-kanak yang lemas dibawa arus deras ketika memancing di Sungai SKC Bukit Beruntung di sini pada petang Jumaat lalu telah ditemui, manakala dua lagi masih hilang.
Kemas kini 19 Mac 2.00 PM

Mayat terakhir mangsa yang dihanyutkan arus deras di anak Sungai Selangor kelmarin, Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, ditemui pada jam 1.15 tengah hari tadi. -CARI

____________________________________________________

Kemas kini 19 Mac 12.15PM

Mayat seorang daripada dua mangsa yang hilang dihanyutkan arus deras di anak Sungai Selangor, telah ditemui

Mayat yang belum dapat dipastikan identitinya itu ditemui kira-kira jam 11.15 pagi di tebing Sungai Selangor.

Waris kepada dua mangsa kini berada di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk proses pengecaman. -CARI

____________________________________________

Lima mayat kanak-kanak yang lemas dibawa arus deras ketika memancing di Sungai SKC Bukit Beruntung di sini pada petang Jumaat lalu telah ditemui, manakala dua lagi masih hilang.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, hanya seorang daripada kumpulan lapan murid sebuah sekolah rendah berusia antara 9-12 tahun selamat.

Menurut laporan Berita Harian, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Sani Harul, berkata semua mereka dilaporkan memancing dari tebing sungai ketika hujan lebat, sebelum dihanyutkan arus deras.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk dibedah siasat.

Pihak polis seramai 50 anggotanya akan terus memantau lokasi kejadian sehingga semua mangsa ditemui.

Masih dicari
Muhammad Aiman Kamarul, 12
Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10

Lemas
Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12
Amirul Hakimi Khairul Amru, 9
Shahrizwan Abdullah, 10
Shahrizat Abdullah, 12
Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11.

Penduduk diminta mengawal pergerakan anak-anak mereka di musim cuti sekolah, khususnya di kawasan parit,  lombong dan tasik, ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. -CARI

Foto: Harian Metro
28

Bagus
12

Marah
22

Terkejut
13

Sedih
28

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 18-3-2017 02:09 AM
mujor yg sorang budak tu diselamatkan oleh
abang bangla dan kawan kawan nya.kalu tidak habes semua 8 jadi arwah.berjasa jgk ummah bangla
Quote FOTHER-MUCKER 18-3-2017 02:10 AM










TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN: 17.03.2017 (1744)
ALAMAT : SUNGAI SKC BUKIT BERUNTUNG
BALAI TERLIBAT: BBP KUALA KUBU BHARU
JUMLAH ANGGOTA : 10

LAPORAN : SERAMAI 8 ORANG KANAK-KANAK LELAKI MELAYU BERUMUR 10-13 TAHUN TELAH LEMAS DIBAWA ARUS KETIKA MEMANCING DIMANA SEORANG BERJAYA MENYELAMATKAN DIRI MANAKALA 7 ORANG LAGI DALAM OPERASI PENCARIAN.

2 ORANG TELAH DIJUMPAI JAM 1844 PADA JARAK 50 METER DARI LOKASI TERAKHIR MANGSA LEMAS DAN DIPERCAYAI TELAH MENINGGAL DUNIA. 5 MANGSA LAGI MASIH DLM PENCARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SURFACE SEARCHING.

MANGSA : 1 SELAMAT, 2 MENINGGAL, 5 ORANG MASIH DICARI.

SEKIAN,TERIMA KASih.




Quote GegarVaganja 18-3-2017 02:40 AM
akusukaq replied at 18-3-2017 02:09 AM
mujor yg sorang budak tu diselamatkan oleh
abang bangla dan kawan kawan nya.kalu tidak habes semua ...

10x Ganja baca, kat mana ada ckp budak tu diselamatkan abangla?
Quote scorpionkiki 18-3-2017 03:40 AM
No 8 lagi...again..semua melibatkan budak
Quote insulin 18-3-2017 04:28 AM
Takziah kepada keluarga mangsa.

Dan pada masa depan, 7 orang gadis tercari-cari di manakah bakal suami mereka...
Quote MissNigga 18-3-2017 05:50 AM
GegarVaganja replied at 18-3-2017 02:40 AM
10x Ganja baca, kat mana ada ckp budak tu diselamatkan abangla?

speku heols local area tu .... so tau apa yang berlaku ....
Quote MissNigga 18-3-2017 05:52 AM
memancing kat sungai ke longkang nie???
Quote akusukaq 18-3-2017 07:36 AM
GegarVaganja replied at 18-3-2017 02:40 AM
10x Ganja baca, kat mana ada ckp budak tu diselamatkan abangla?

sumber berita aku bukan forum cari je.
Quote jazaa100 18-3-2017 07:40 AM
akusukaq replied at 18-3-2017 07:36 AM
sumber berita aku bukan forum cari je.

Dorang mancing kan sungai ke kat longkang besar sukaq?....


Kesiannya....baru nk cuti sek...
Entah entah mak pak dah plan nk pegi holiday...


Quote sebu1 18-3-2017 07:48 AM
akusukaq replied at 18-3-2017 07:36 AM
sumber berita aku bukan forum cari je.

Sbnrnye adik2 ni mancing kat mane
Quote akusukaq 18-3-2017 08:00 AM
Edited by akusukaq at 18-3-2017 08:26 AM
jazaa100 replied at 18-3-2017 07:40 AM
Dorang mancing kan sungai ke kat longkang besar sukaq?....




sungai skc bukit beruntung tempat kegemaran kaki pancing sebab byk ikan lampam,  baung bagai. musim hujan memang
banyak ikan.sambil mancing mandi manda, melihat ikan tiba 2 arus laju datang habes semua kena sapu
Quote akusukaq 18-3-2017 08:17 AM
thread ni dah ada sebenar nya.foto pun lebeh kurang sama
Quote Super-M 18-3-2017 09:12 AM
akusukaq replied at 18-3-2017 08:00 AM
sungai skc bukit beruntung tempat kegemaran kaki pancing sebab byk ikan lampam,  baung bagai. mu ...

maaf tanya.. sungainya yg atas tu ke? ke dr longkang menuju ke sungai.

dulu kat tempat aku ada gak budak mancing kat longkang besar, gerimis2,air tak deras, tapi tiba2 air deras datang,nasib situ banyak kayu2 budak tu berpaut tunggu bomba selamatkan. semua Alhamdulillah ok.
Quote akusukaq 18-3-2017 09:20 AM
sungai tu bersambung dgn longkang.hanyut dr sungai masa memancing.kerja mencari mangsa  lemas sampai  ke longkang. dua orang maseh hilang.
Quote hawk77 18-3-2017 09:31 AM
itu hari 8 orang main besikal tgh malam...

ini hari 8 orang mancing tgh hujan lebat...
Quote keren 18-3-2017 09:41 AM
orang tua tak guna, pandai beranak je, tak pandai jaga anak
Quote dubuk 18-3-2017 09:43 AM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Quote akusukaq 18-3-2017 10:52 AM
kalau dah selalu dilarang pergi ke sungai tu sbb bbrp kali kejadian yg sama berlaku , elok mk bapak lepok je budak budak 2 ni.lagi baik dr mati katak je mcm tu.
Quote mimiquee 18-3-2017 10:56 AM
kesiannyaaaaa

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.074016 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top