CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peng Soon-Liu Ying 'Naib Juara' Final All England

12-3-2017 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2323| Komen: 15

Description: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada Lu Kai-Huang Yaqiong dari China dengan 21 -18, 19 - 21 dan 'rubber set' 16-21 dalam aksi sengit kira-kira 90 minit pada final ...

Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada Lu Kai-Huang Yaqiong dari China dengan 21 -18, 19 - 21 dan 'rubber set' 16-21 dalam aksi sengit kira-kira 90 minit pada final Siri Super Premier All England, sebentar tadi.


Memetik laporan Astro Awani, pada perlawanan separuh akhir, Peng Soon-Liu Ying mengenepikan pencabar mereka Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dengan 21-17 dan 21-15.

Lu Kai-Huang Yaqiong pula sebelum ini mengalahkan pasangan tuan rumah, Chris Adcock-Gabrielle Adcock dengan 19-21, 21-12, 22-20.

Untuk rekod pertemuan, Peng Soon dan Liu Ying masih belum dapat mengatasi lawan mereka itu bermula di Terbuka Korea dan Terbuka Perancis pada 2015 dan Terbuka Australia tahun lepas. 

Sebelum ini, Peng Soon dan Liu Ying sekadar menamatkan cabaran mereka di pusingan separuh akhir All England pada 2012 ketika tewas kepada pasangan Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir dari Indonesia pada 2012. - CARI


sumber foto: The Star



14

Bagus
9

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zonan4 12-3-2017 10:46 PM
LCW baru je menang .... cepat buat kerja wartawan....
Quote cendolsantan 12-3-2017 10:47 PM
tahniah buat pasangan beregu negara ini, biarpun Liu Ying baharu sembuh daripada kecederaan lutut tetap memberikan aksi membanggakan, Teruskan usaha anda berdua ... Malaysia yakin boleh
Quote Andyscenes 12-3-2017 10:59 PM
Tahniahhhh
Quote aleesyasofia 12-3-2017 11:15 PM
tahniah.. malaysia mendunia.. thniah jgk bt dato lcw.. juara all england
Quote RatuDunia94 12-3-2017 11:16 PM
Masih x bole buang badi nervous ke final yer.. Dorang ni time suku akhir n semi main lg ok dr final.. Apa pon tahniah..
Quote haiku 12-3-2017 11:37 PM
Banyak good news hari ni untuk sukan Malaysia

LCW, Nicole & team hockey semua menang
Quote haiku 12-3-2017 11:40 PM
Seminggu dua ni mmg bnyk good news

Diving & cycling menang pingat

Rekod baru 100m wanita
Quote WhiskeyScotch 12-3-2017 11:43 PM
Tahniah diucapkan atas kemenangan perak. Sekurang-kurangnya tidak pulang dengan tangan kosong.
Quote Diann 13-3-2017 12:15 AM
Boleh heart attack tengok dorang main, tapi last-last tersungkur. Ingat dah boleh menang masa tengok mula-mula.

Mujur DLCW mengubat kecewaan daku.
Quote oppol 13-3-2017 12:49 AM
Tahniah! Tahun depan cuba lagi...
Quote jalfa 13-3-2017 12:53 AM
Tak apa sayang peng soon....awak tetap juara dihati saya...
Quote devilito2 13-3-2017 08:00 AM
tahniah.... umpire  buat hal.... kalo x boleh menang dah second set
Quote sssf83 13-3-2017 09:26 AM
Congratulationssssss
Quote Star_el 13-3-2017 09:32 AM
lol tajuk tu "Naib juara" aku ingat ada maksud tersirat ape tadi

Congratulations!
Quote grouper 13-3-2017 11:01 AM
One of the best game they ever played. Set 2 patut blh menang...sayangnya.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.102525 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top