CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Wanita Dirantai Hilang Tanpa Jejak

24-1-2017 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3937| Komen: 19

Description: Kelmarin (Ahad), polis menemukan seorang wanita dalam keadaan berantai di bahagian leher dan badan di hadapan Kompleks 3K, Serdang Raya, Kuala Lumpur.
Kelmarin (Ahad), polis menemukan seorang wanita dalam keadaan berantai di bahagian leher dan badan di hadapan Kompleks 3K, Serdang Raya, Kuala Lumpur.


Foto: mStar Online

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisoner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata sehingga kini, pihak polis masih belum menerima aduan daripada wanita berusia 29 tahun itu berhubung kejadian dia dirantai.

Menurut Megat, selepas dibebaskan anggota bomba dan polis kira-kira jam 9 pagi kelmarin, wanita berkenaan telah diambil seorang lelaki yang mendakwa sebagai abangnya.

“Lelaki itu yang mengaku abang mangsa dikatakan telah membawanya pulang, namun sehingga kini tiada laporan polis diterima, malah lokasi serta lelaki berkenaan pergi juga tidak dapat dikesan.


“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh tampil di balai-balai berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Tambah Megat, pihak polis hanya mempunyai maklumat mengenai nama, umur dan alamat yang tertera pada Mykad mangsa.

Menurut siasatan polis, mereka telah mengenal pasti kediaman mangsa, namun mendapati rumah itu tidak berpenghuni dan telah lama ditinggalkan.

Terdahulu, pihak bomba dan penyelamat berjaya memotong rantai berkenaan selepas menerima panggilan daripada orang ramai sebelum mangsa diserahkan kepada keluarganya yang hadir.

Menurut Utusan Online, wanita itu dipercayai berasal dari Taman Muhibbah dan dikatakan dirantai ahli keluarganya sendiri selepas berlaku perselisihan faham. - CARI
15

Bagus
24

Marah
13

Terkejut
25

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 24-1-2017 11:44 AM
Lorr.. elok p serah balik kt family.. sdgkn dirantai drumah sdri.. pastu minta org ramai pulak bantu utk beri maklumat... ntah2.. abg kandung tu apa yg anaiya ppuan tu ka.. mental ka... adesss... konpiuss...
Quote abangbeca 24-1-2017 11:55 AM
Apa ke cilakak polis2 ni.. Org tu kena rantai kat femili sampai susah2 abam bomba gi lepas, ko leh bagi lak dia balik kat femili.. Pastu mintak org ramai bagi maklumat utk ko cari balik?  
Quote umie 24-1-2017 12:00 PM
patutnya sebelum bg balik kat abg angkut gi balai dulu tanye camne bole kena rantai sampai hitam kaki tu.  Aparaaaa....itu pun nak kena ajar ker??
Quote Themilo 24-1-2017 12:03 PM
semalam iols dengar berita kat radio mana ntah, katanya family cikki nih rantai dia, sebab tak tahan dengan pe'el cikki ni kuat minum & mabuk-mabuk.. so, dia dirantai family untuk mengelakkan cikki ni membirah tak tentu pasal & mabuk..

jiran-jiran kat kawasan tu pun cakap, bukan setakat mabuk, cikki ni pun pernah keluar bogel..

mentally retarded agaknya...
Quote paz 24-1-2017 12:06 PM
Ooo itu citernya.
Quote ad_hoc79 24-1-2017 12:10 PM
perempuan ni mabuk kan... abangnye geram, tu yg rantai
selalu mabuk sejak bercerai. agaknye asik menyusahkan aje
aku lupa mana aku dengar cerita ni
Quote CrowneGlory 24-1-2017 12:25 PM
bodohnya polis...mengaku abang je bg lepaskan?? walau memang abang betul tak ke patut g siasat dulu....
Quote gaara_X 24-1-2017 12:28 PM
dirantai digelangi seksa....ahaks!!
Quote pearl.silver 24-1-2017 01:21 PM
Klu mental hntr gi hospital..bujan rantai gitu..iskisk
Quote chinta89 24-1-2017 01:29 PM
abangbeca replied at 24-1-2017 11:55 AM
Apa ke cilakak polis2 ni.. Org tu kena rantai kat femili sampai susah2 abam bomba gi lepas, ko leh b ...

ak yg baca pun geram!
Quote me12345 24-1-2017 02:30 PM
Senangnye keje polis. ..kot iye abangnyee. . Ntah2 mangsa perdagangan manusia. ..
Quote me12345 24-1-2017 02:30 PM
Senangnye keje polis. ..kot iye abangnyee. . Ntah2 mangsa perdagangan manusia. ..
Quote Star_el 24-1-2017 02:43 PM
aik hanya bole siasat kalau ada report? Even if there is evidence of suspicious/criminal activity?
Quote grouper 24-1-2017 02:59 PM
X buat report polis x siasat le..mamat driver lori kena pukui tu pun polis suh report polis gak walaupun die x mau..kes ni byk benda yg berape clear
Quote SelakLangsir 24-1-2017 03:42 PM
i think this woman is being chained by the family.
sb she's a drunkard kn? claimed by the family.
tp dia lari, pastu berjaya ditangkap.

mungkin la. assumption je ni
Quote hanasensei 24-1-2017 03:46 PM
Bila dgr kt berita smlm..rsa mcm nk ckp bodoh lak.. knapa xsiasat..lpas mcm tu..dh la kena rntai kat leher skli.
Quote giyomi 24-1-2017 03:49 PM
citer apa ni...takan sesiapa jer dtg mengaku abang, pakcik atau balak terus dibenarkan ikut, ntah2 bapak ayam ker yg nak jual gadis tu...heiii makin merapu polis sekarang ni. masa serah kat orang tak periksa , tetiba nak cari balik. Patut lar ramai sgt bebudak hilang tanpa kesan.
Quote Changa 24-1-2017 03:50 PM
ngok nya kau dek!!!

dah kena rantai dengan fmaily sendiri then family sendiri datang kutip memang la tak kan ada laporan polis dek.

gila ke apa nak lapor polis atas perbuatan sendiri?
orang gila pun takkan datang balai polis lapor heshe sendiri membunuh or mencuri ke apa.
Quote arinn 24-1-2017 03:51 PM
manolak poi heh org yg kono gantai tu....misteri bona nie.....

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060216 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top