CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mungkin Tak Bahaya, Tapi Takut Melarat" - Nourul Buang Ketulan Di Paha

30-12-2016 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18829| Komen: 105|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: "Saya sarankan sekiranya sesiapa yang mempunyai ketulan pada badan supaya segera berjumpa doktor. Minta pandangan mereka kerana itu lebih baik daripada membiarkan ia melarat."
"Saya sarankan sekiranya sesiapa yang mempunyai ketulan pada badan supaya segera berjumpa doktor. Minta pandangan mereka kerana itu lebih baik daripada membiarkan ia melarat."


Penyanyi, Nourul Wahab menasihati orang ramai agar prihatin ke atas perubahan yang berlaku pada tubuh dan segera lakukan pemeriksaan serta dapatkan rawatan sekiranya mendapati terdapat ketulan pada mana-mana bahagian tubuh. 


Sumber foto: FB Nourul Wahab

Noorul Huda Abdul Wahab, 38, semalam, selamat menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketulan di peha kanannya.

Menurut BH Online, ketulan itu tidak menjejaskan kesihatannya, namun dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini di masa hadapan.


"Alhamdulillah, saya hanya menjalani pembedahan kecil dan proses itu juga tidak mengambil masa yang lama. Tiada apa yang serius, cuma saya mengambil langkah berjaga-jaga demi masa depan. Mungkin hari ini ketulan itu tidak mengganggu, tetapi saya tidak tahu pada masa akan datang. 

"Saya dibenarkan pulang sebaik saja selesai pembedahan selesai," katanya kepada BH Online.


Sumber foto: BH Online

Menurut Nourul, mungkin sesetengah ketulan yang dikesan pada tubuh tidak berbahaya, namun ia dikhuatiri memberi kesan sehingga menjejaskan kesihatan apabila usia meningkat.

"Lebih baik mencegah sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Memang saya prihatin dalam penjagaan makanan dan menitikberatkan pengambilan makanan tambahan, tetapi kita tidak pernah tahu kemungkinan yang boleh berlaku pada masa depan. 

"Saya sarankan sekiranya sesiapa yang mempunyai ketulan pada badan supaya segera berjumpa doktor. Minta pandangan mereka kerana itu lebih baik daripada membiarkan ia melarat," katanya.

Semua tanda ini mungkin kelihatan seperti kecil dan tidak berbahaya, tetapi ia dikhuatiri boleh mengarah kepada kanser. - CARI
23

Bagus
13

Marah
23

Terkejut
23

Sedih
22

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakis_hutan 30-12-2016 06:17 PM
Ok, get well soon lah acik
Quote cicicumel 30-12-2016 06:19 PM
Juara GV 4 katanya
Quote GigaMom 30-12-2016 06:19 PM
Muda lg rupanya dia ni. Igtkn dh 40+
Quote Rayna90 30-12-2016 06:22 PM
Okayah time rehat kejap dr blog tu
Quote HannahMontana 30-12-2016 06:27 PM
Mrs Depp ??????????????!!
Quote noodle.baby 30-12-2016 06:28 PM
Langkah yang bijak.. sheolls ni conduct class zumba and exercise kan.. time ni lah nak rehat bebetul..
Quote lil_sparky 30-12-2016 06:42 PM
Benda tu risa kot
Quote Nenasketum 30-12-2016 06:48 PM
Ya awloh macam2 nama dia ni. Depp nyer mana?
Quote putehkundor 30-12-2016 06:50 PM
nourul ni sejak kahwin dgn jejaka perancis nampak makin gojes, makin urban...
Quote pocongkiutss 30-12-2016 06:50 PM
Nourul???
Quote shitakee 30-12-2016 06:55 PM
ingatkan ade retis baru nama Nourul..rupanya Nurul Wahab ni
Quote pinkypetal 30-12-2016 07:15 PM
shitakee replied at 30-12-2016 10:55 AM
ingatkan ade retis baru nama Nourul..rupanya Nurul Wahab ni

Tak silap i memang ejaan nama dia Nourul.bukan Nurul.
Quote hotmak 30-12-2016 07:31 PM
ini pun boleh jadi bahan berita
Quote imanda 30-12-2016 07:34 PM
Ingat nushrul alif kena bedah lagi td..
Quote mokcikKSKB 30-12-2016 07:46 PM
CARI-MAL replied at 30-12-2016 06:04 PM
"Saya sarankan sekiranya sesiapa yang mempunyai ketulan pada badan supaya segera berjumpa doktor. Mi ...

Anak aku pernah ada ni kat bwh tulang bahu blakang.lipoma..ketulan lemak.kejap je operation dia.
Quote hambaallah1709 30-12-2016 07:48 PM
alamak i pon ade ketulan kecik kat pangkal peha....
i noticed dulu2 kecik comel jer, skng lebih besar dari sebelum ni .... seram plak...
i ade personal insurans, boleh ke gune insurans untuk minor surgery? cover tak eh?
tak tanye lah plak agen insurans i tu..
Quote kechikchomel 30-12-2016 08:01 PM
terus picit2 peha sendiri takut de ketulan ke apa
Quote pinkzara 30-12-2016 08:04 PM
GigaMom replied at 30-12-2016 06:19 PM
Muda lg rupanya dia ni. Igtkn dh 40+

tahun depan 40.
reporter ni mmg sellau tak update umur.
tgk2 nanti, hingga 2020 pun umur dia still 38
Quote pinkzara 30-12-2016 08:06 PM
nurul depp ni kan kuat berherbalife.
nape tah, i nak syak yg herbalife tu la puncanya.
sbb hari tu terbaca 1 article, protien soya tu blh menyebabkan ketumbuhan atau cyst.

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.086164 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top