CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu bapa Diberi Cuti Tanpa Rekod Jika Anak Dijangkiti Penyakit Berjangkit

24-12-2016 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14418| Komen: 62

Description: Bermula 1 Januari ini, kakitangan awam dibenarkan memohon cuti tanpa rekod sehingga lima hari jika anak-anak mereka menghidap penyakit berjangkit yang perlu dikuarantin.

Satu lagi berita baik buat ibu bapa yang bekerja di bawah jabatan kerajaan.

Bermula 1 Januari ini, penjawat awam dibenarkan memohon cuti tanpa rekod sehingga lima hari jika anak-anak mereka menghidap penyakit berjangkit yang perlu dikuarantin.


Memetik laporan Bernama, perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dengan menyifatka keputusan itu dibuat bagi membolehkan ibu bapa dapat bersama dengan anak-anak yang sakit dan menjaga mereka.

Jelasnya, penyakit berjangkit yang dimaksudkan ialah seperti demam denggi berdarah, campak, penyakit tangan, kaki dan mulut, cacar air, difteria dan malaria.

“Ibu bapa akan dibenarkan untuk mengambil cuti sehingga lima hari selagi kanak-kanak itu berusia bawah 18 tahun; atau bawah 21 tahun jika mereka masih mengikuti pengajian peringkat tinggi.” 


Mengulas lanjut beliau berkata, ibu bapa boleh memohon cuti untuk tempoh masa lebih lama jika kanak-kanak itu masih diperakui sebagai sakit selepas tempoh lima hari itu.

Peraturan ini meliputi anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan 21 tahun ke bawah bagi anak-anak yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi. Had umur ini tidak terpakai bagi kanak-kanak yang kurang upaya dari segi mental dan fizikal.- CARI

sumber foto: http://www.beritasemasa.com.my/


7

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 24-12-2016 04:12 PM
Patutnya cuti tanpa rekord utk ank yg sakit dh lama dulu kerajaan laksanakan
Quote CiliPadiSedap 24-12-2016 04:57 PM
mommymonster82 replied at 24-12-2016 04:41 PM
Lahai..ni mmg dah lama ada dlm pekelilinglah..bukan benda baru pon....adoila

kan orang gov dh lama tahu ada cuti ni. adeh. nampak sangat yang tak tahu tu time ofis hour jual tudung kan pantry ofis
Quote cahaya_almas 24-12-2016 05:00 PM
mommymonster82 replied at 24-12-2016 04:41 PM
Lahai..ni mmg dah lama ada dlm pekelilinglah..bukan benda baru pon....adoila

Mmg ada ke cuti ni tuk jga anak yg skt...rasanya tak pernah tahu pn...cuti tnpa rekod sbb lain mmg adalah....
Quote mommymonster82 24-12-2016 05:12 PM
cahaya_almas replied at 24-12-2016 05:00 PM
Mmg ada ke cuti ni tuk jga anak yg skt...rasanya tak pernah tahu pn...cuti tnpa rekod sbb lain mmg ...

Ops salah faham sori..ini kuarantin anak... kena faham tau bukan sakit biasa..jaga anak sakit yg macam mana tu....yg sakit kena kuarantin sahaja... buakn demam biasa...yg ada dulu kuarantin diri sendiri je.. my bad...salah faham.

So kena tahu betul2 sakit mcm mana..jgn nanti igt demam biasa pon boleh.. n pada ibu bapa hafal betul2 pekeliling tu takut bos2 tak faham pulak... sb  igt kes pnh jadi dgn me..pekeliling dah keluar tp bos kata tipu..bertekak jugak..
Quote mommymonster82 24-12-2016 05:20 PM
CiliPadiSedap replied at 24-12-2016 04:57 PM
kan orang gov dh lama tahu ada cuti ni. adeh. nampak sangat yang tak tahu tu time ofis hour  ...

Ini utk anak2 ..so eloklah hafal betul2.. elok print n simpan kat meja tu..bila perlu n kalu bos xfaham. Amik bagi kat dia...  sbb bos pon kdg2 ada yg xleh pakai jugak..


Quote gigahertz 24-12-2016 05:25 PM
FARRAZOOL replied at 24-12-2016 08:12 AM
Patutnya cuti tanpa rekord utk ank yg sakit dh lama dulu kerajaan laksanakan

best la kerja kerajaan. itu cuti ini cuti. kalau swasta dah kena memo kalau mintak cuti 5 hari
Quote CiliPadiSedap 24-12-2016 05:38 PM
mommymonster82 replied at 24-12-2016 05:20 PM
Ini utk anak2 ..so eloklah hafal betul2.. elok print n simpan kat meja tu..bila perlu n kalu bos x ...

sis ada niaga kt pantry ofis ke sampai salah faham cuti takpe2 normal sama2 belajar daripada kesilapan. sy pun silap sbb sy bukan gov servant
Quote insulin 24-12-2016 05:40 PM
Baguslah kalau begitu.
Quote mommymonster82 24-12-2016 05:41 PM
CiliPadiSedap replied at 24-12-2016 05:38 PM
sis ada niaga kt pantry ofis ke sampai salah faham cuti  takpe2 normal sama2 belajar darip ...

Wakaka...dah xde dah peluang nak niaga dik..akak dah bukan penjawat lagi..wakaka.. dah menganggur ni.. so dah xde kastemer..kih3..

Tadi kawan yg xde anak wasap..aduilah..bukannya xkesian dia kata tapi penatlah lepas ni nak kena ganti kelas cikgu2 yg cuti tanpa rekod tu..... dahla penat ganti segala2 keja org yg cuti bersalin...

Me pulak serba salah nak jawab pe.....
Quote Nenasketum 24-12-2016 05:50 PM
Cuti ph dah lah banyak, nanti setahun keje cuma 7 bulan sajork. Hebak lah gomen
Quote kemaruk 24-12-2016 05:53 PM
Sakitnya pesakit dijangkiti penyakit berjangkit jangkitan jangkit-jangkit
Quote koko2 24-12-2016 06:18 PM
Syukran....tq gomen...
Satu lg sila semak elaun cecepat ya..
Hope ada penambahan b4 rays Pisa nnti
Quote koko2 24-12-2016 06:18 PM
Syukran....tq gomen...
Satu lg sila semak elaun cecepat ya..
Hope ada penambahan b4 rays Pisa nnti
Quote kemaruk 24-12-2016 06:25 PM
koko2 replied at 24-12-2016 06:18 PM
Syukran....tq gomen...
Satu lg sila semak elaun cecepat ya..
Hope ada penambahan b4 rays Pisa nnti ...

Bangkem pon nak rays pisa.. bunyi cam sedap
Quote zach2008 24-12-2016 10:20 PM
CiliPadiSedap replied at 24-12-2016 04:57 PM
kan orang gov dh lama tahu ada cuti ni. adeh. nampak sangat yang tak tahu tu time ofis hour  ...

Rasanya takde... Org rumah aku kena dlm tahun nih. Hfmd... Jabatan kesihatan keluarkan surat arahan utk di kuarantin utk anak aku. Org rumah aku pun diberi aurat kuarantin sbg penjaga. Tp jabatan tak nak terima. Kalau ada mc ok. Mana ada dr bg mc pada org yg tak sakit. Kalau sakit pun kronik sangat la 14 hari. Cuma bg aku, jabatan kesihatan pun kalau nak bg surat kuarantin jgn la sekali gus 14 hari. Mungkin berperingkat berdasarkan pemantauan. Last2 cuti tanpa gaji. Tak semua kerja gomen ada cuti tahunan
Quote Hana 24-12-2016 10:49 PM
mmg bestnyaa keje gomen. tu la. orang perempuan mmg sesuai keje kat gomen.
tapi, kalau karier woman, tak sesuai la. nanti bengang kat kolik yang memanjang cuti off record.
Quote CiliPadiSedap 24-12-2016 10:51 PM
zach2008 replied at 24-12-2016 10:20 PM
Rasanya takde... Org rumah aku kena dlm tahun nih. Hfmd... Jabatan kesihatan keluarkan surat araha ...

akak bukan orang gov. terlupa status akak pencari rezeki di siang malam hari
Quote nuralisa 24-12-2016 11:29 PM
Sapa nak kalau anak2 sakit ...
bukannya tiap2 tahun dapat cuti tu ...
Quote periakuning 24-12-2016 11:49 PM
Kena bagi contoh detail sikit penyakit ape....chicken pox hfmd buleh kut.....campak buleh tak?sakit mata buleh tak?

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057310 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top