CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muslim London Sedekah 10 Tan Makanan Sempena Krismas

23-12-2016 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4381| Komen: 21

Description: Umat Islam di bandaraya London menyumbangkan 10 tan makanan untuk diberikan kepada gelandangan sempena Krismas nanti, kata pemimpin agama dana amal.

Umat Islam di bandaraya London menyumbangkan 10 tan makanan untuk diberikan kepada gelandangan sempena Krismas nanti, kata pemimpin agama dana amal.


Memetik laporan The Telegraph UK, Ketua Imam Masjid Timur London, Syaikh Abdul Qayum yang menganjurkan program ini bersama-sama badan amal Sumbangan Muslim berkata, usaha ini diinspirasikan oleh pegangan mereka.

“Pada musim sejuk ini apabila kita dikelilingi kemewahan tempat tinggal dan makanan panas adalah mudah untuk kita lupa orang sekeliling kita yang memerlukan bantuan."

“Oleh itu, dengan pegangan ini, kita mengambil bahagian dalam membawa makanan dalam jumlah yang besar. ”

Beratus-ratus orang berpusu-pusu ke Masjid Timur London hari ini untuk memberi makanan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal pada musim perayaan.

Penganjur menganggarkan lebih daripada tujuh tan makanan telah disumbangkan oleh perniagaan tempatan, sekolah, universiti dan pemimpin agama lain.


Sehubungan itu, Ketua Eksekutif Sumbangan Muslim, Jehangir Malik berkata, sebagai badan amal Islam pihaknya mahu melakukan sesuatu yang dapat membantu orang yang paling lemah di negara ini tanpa mengambil kira agama atau latar belakang.

Bilangan kasar geladangan di United Kingdom meningkat secara mendadak. Kerajaan menganggarkan lebih daripada 3,500 orang tidur di tepi jalan setiap malam pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding 2014.- CARI

sumber foto: http://www.telegraph.co.uk/
sumber foto: http://www.telegraph.co.uk/
sumber foto: http://www.telegraph.co.uk/

22

Bagus
23

Marah
22

Terkejut
28

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnakarinna 23-12-2016 01:34 PM
Bagusnya..imam masjid anjurkan, kumpulan agama lain pun turut beru sumbangan..diberi plak kepada semua tanpa kira kaum n anutan..mcm nilah contoh..

NGO kat malaysia perlu ikut dan amalkan ni..rasanya ramai dah mula cuma kecil2an.

Tapi jgn org politik menyibuk masuk campur la..kang kuar la pekataan dedak la..macai la..bosan
Quote kuzaime 23-12-2016 01:39 PM
Contoh yg baik..konsepnya sama2 share rezeki yg ada..
Quote rosasa 23-12-2016 01:42 PM
comelnya cikki baju hijau tu
Quote TabletSusu 23-12-2016 01:53 PM
Seronok bila tgk mereka2 yg kurang berkemampuan pun seronok dan happy sambut hari raya.. x kiralah depa sambut raya apa pun
Quote mamapea 23-12-2016 02:17 PM
mulianya hati diorg ni...semoga diberikan rezeki yg murah...Aamiinnn...
Quote ell768 23-12-2016 02:20 PM
bagus betul..x mengira agama...kalau kt sini kang kuar laa fatwa2 memacam..huhuhuuh
Quote white_musk 23-12-2016 02:21 PM
Gigeh letak Muslim aid pada baju.. Ye la jikalau tidal letak nanti org tak tau pulak yg org Muslim yang kasi bantuan..

Quote gagakbiru 23-12-2016 02:28 PM
white_musk replied at 23-12-2016 02:21 PM
Gigeh letak Muslim aid pada baju.. Ye la jikalau tidal letak nanti org tak tau pulak yg org Muslim y ...

Suka hati dia la..kau pulak yang panas  
Quote kentel 23-12-2016 02:48 PM
tered sebelah pulak sibuk bab zakat terhakis la ape la..,melayu melayu...

Quote lkick2113 23-12-2016 02:51 PM
white_musk replied at 23-12-2016 02:21 PM
Gigeh letak Muslim aid pada baju.. Ye la jikalau tidal letak nanti org tak tau pulak yg org Muslim y ...


Takkan lobai nak riAk kak
Quote hanisbunny 23-12-2016 03:05 PM
Alhamdulillah..baguslah tu..Islam bukan agama yg menyokong keganasan..teruskan usaha murni anda!
Quote Maideen. 24-12-2016 02:28 PM
Semoga omputih kat England percaya bahawa orang Isle terutamanya dari benua keling ni sebenernya bertoleransi........Prrrrrrrrpfffftght
Quote jazaa100 24-12-2016 03:50 PM
white_musk replied at 23-12-2016 02:21 PM
Gigeh letak Muslim aid pada baju.. Ye la jikalau tidal letak nanti org tak tau pulak yg org Muslim y ...

Kau ni selalu pandang serong......

Kau straight ke serong?...

Quote FARRAZOOL 24-12-2016 03:55 PM
Terbaikkkkk
Quote pyropura 24-12-2016 03:57 PM
Edited by pyropura at 24-12-2016 04:04 PM

Moslem kat london ni kira macam cina kat Msia lar, so nanti takde ke Dijek london atau Mimique london persoalkan niat depa iklas ke idak, atau cakap ini agenda DAPig london??  Bla bla....
Quote pyropura 24-12-2016 04:03 PM
white_musk replied at 23-12-2016 02:21 PM
Gigeh letak Muslim aid pada baju.. Ye la jikalau tidal letak nanti org tak tau pulak yg org Muslim y ...

Muslim Aid tu nama NGO lar .... Russell Brand pun penah participate dgn aktiviti depa  



https://i.ytimg.com/vi/PFPDQzUJo6E/maxresdefault.jpg
Quote pyropura 24-12-2016 04:05 PM
jazaa100 replied at 24-12-2016 03:50 PM
Kau ni selalu pandang serong......  

Kau straight ke serong?...

Yg aku tau kalkulator Lava tu serong sikit  
Quote glump 24-12-2016 04:07 PM
Zakat bukan hadiah atau sedekah yg sesiapa boleh bg.zakat ada salah satu rukun Islam dan hanya org islam keluar zakat.
Quote kemaruk 24-12-2016 04:11 PM
Baik bantu kanak2 syria dan palastine

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.051831 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top