CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Selepas Nasi Lemak Anak Dara, Kini Abang Kacak Penjual Cendol Pula Buat Wanita Tak Keruan

20-12-2016 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10985| Komen: 34|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Kisah Nasi Lemak Anak Dara di Seksyen 7 Shah Alam menjadi tular di media sosial sejak..


Kisah Nasi Lemak Anak Dara di Seksyen 7 Shah Alam menjadi tular di media sosial sejak September lalu hingga membuatkan gerai nasi lemak tersebut tidak pernah lekang dengan pelanggan terutamanya kaum lelaki.


Peniaga muda Siti Hajjar Ahmad sibuk melayan pelanggan Nasi Lemak Anak Dara di Seksyen 7, Shah Alam, 3 Oktober 2016. — Foto oleh Choo Choy May

Selain keenakkan nasi lemaknya, populariti Nasi Lemak Anak Dara mula mencanak-canak naik di media sosial kerana keayuan wajah penjual dan pemilik perniagaan nasi lemak itu, Siti Hajjar Ahmad. Penangan Nasi Lemak Anak Dara "bukanlah biasa-biasa" kerana Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pun sanggup datang ke gerai nasi lemak tersebut bagi menyerahkan borang permohonan lesen penjaja selepas gerai milik Siti Hajjar disaman oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tidak mempunyai lesen penjaja. 


Kisah populariti Nasi Lemak Anak Dara tidak terhenti di situ sahaja, apa yang lebih memeranjatkan apabila Nasi Lemak Anak Dara turut disebut dalam ucapan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

“Terkini pula, saya dapat tahu,... telah viral tentang Nasi Lemak Anak Dara di Shah Alam yang diusahakan oleh seorang graduan wanita muda dari universiti tempatan. Kasihan, katanya, dah kena saman pula,” kata Datuk Seri Najib Razak, sambil tersenyum, ketika menyentuh masakan-masakan popular di negara ini ketika ucapan Bajet 2017 pada Oktober lalu.

Selepas kisah Nasi Lemak Anak Dara meletup-letup selama beberapa bulan di media sosial, kini kisah seorang penjual cendol berwajah kacak dan berbadan sado pula mula tular sejak beberapa hari lalu. Beberapa keping gambar penjual cendol ini dimuat naik Farah Liyana menerusi akaun Twitternya semalam dan menjadi viral sehingga mendapat lebih 10,000 perkongsian.

Bukan sekadar kacak bergaya, malah penjual cendol di Ipoh Perak itu mula menjadi bualan hangat di kalangan netizen kerana keenakkan cendolnya yang sangat memuaskan hati pelanggan.




Alhamdulillah, nampaknya rezeki abang kacak penjual cendol ini akan lebih murah selepas ini. Apa yang anda boleh ambil pengajaran dari dua kisah yang viral ini adalah mengenai kegigihan dan sifat pandai berdikari yang ada pada mereka berdua. Walaupun mereka kacak atau cantik, mereka berdua tidak sesekali memilih pekerjaan. Tabik!  - CARI


20

Bagus
22

Marah
20

Terkejut
29

Sedih
21

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 20-12-2016 05:24 PM

taste apa minah tu cakap macam tu hensem? kalau macam tu hensem, kat kilang aku ni bersepah la hensem
Quote emelia1509 20-12-2016 05:24 PM
Sedap nye makan cendol..

tapi tempat iols ni hujan, kalo tak nak jugak pekena dendol..
Quote felinecat 20-12-2016 05:26 PM
menecewakan....
Quote felinecat 20-12-2016 05:27 PM
farah liyana ni budak bru habis spm kot
Quote jajahoney 20-12-2016 05:38 PM

ntah2 boyfee farah liyana tu. saja promote lettuew
Quote hijrah8 20-12-2016 05:52 PM
wnwa05 replied at 20-12-2016 05:24 PM
taste apa minah tu cakap macam tu hensem? kalau macam tu hensem, kat kilang aku ni bersepah la hen ...

Kelang byk bangladesh ngan nepal jek.. ini melayu tulin..  melayu tulin.. islam.. bukan atest cam acong tolol
Quote mrizumi 20-12-2016 05:52 PM
Muka dpn2 ada x?ni dr tepi xleh nk judge hnsem ke x..haha
Quote syadq 20-12-2016 06:17 PM
Terlalu kacak tu takde lah. Tapi enak mata memandang
Quote ayunasia 20-12-2016 06:25 PM
helokkk la jugak... sipi2 pun
Quote zuri154 20-12-2016 06:40 PM
ni cendol anak teruna ker?
Quote drivethru 20-12-2016 09:20 PM
Amboi acik kepam berturban yuna berkaca mata hitam pasar malam, pun x lepaskan peluang minum cendol anak ikan.
Quote Lagubestbest 20-12-2016 09:51 PM
Cendol panas ada tak? Haha
Quote Aneem 20-12-2016 10:16 PM
Untung jadi cantik dan hensem.
Jual apa pun laku.
Quote net_level 20-12-2016 10:41 PM
walaupun kacak itu subjektif tapi iols rasa heols average/typical malay look jer
Quote alieyrina 20-12-2016 11:10 PM
Ehh aku nampak cam ensem jah..mcm baru menginjak ke alam kedewasaan pun ada jugak..aku rasa dia seganla nk pandang org amik gambar..
Quote lasagnaklcc 20-12-2016 11:15 PM
Utk kebanyakan penjual cendol, kira dia hensem lahhhhh
Quote whadda 20-12-2016 11:26 PM
Puas aku kelip2 mata aku.. tang mane ensemnye.. tapi boleh la klo banding ngan mamak jual cendol kat tmpat aku ni
Quote liyamariska 21-12-2016 12:03 AM
mcm trend lak guna rupa paras dan penampilan menarik utk promosi perniagaan...

yg gigih dok viral pun beria2 dok mempromosi sakan...
Quote AlienGurlz 21-12-2016 01:32 AM
Hensem la tu. Ada iras2 Aeril Zafril sikit.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062647 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top