CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jpj Lelong Kenderaan Awam

5-8-2013 05:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7304| Komen: 15

Description: Kota Bharu- Jabatan Pengangkutan Jalan (Jpj) Kelantan Berjaya Mengutip Nilai Rm9,300 Hasil Lelongan Sesi Pertama Tahun Ini Melibatkan Empat Kenderaan Awam.

Mat Rashid (tengah, kanan) meninjau kenderaan yang dilelong di JPJ Panji, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH

KOTA BHARU- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berjaya mengutip nilai RM9,300 hasil lelongan sesi pertama tahun ini melibatkan empat kenderaan awam.

Ketua Penolong Pengarah JPJ Kelantan, Mat Rashid Ismail berkata, sesi lelongan tersebut mengutip nilai paling tinggi RM7,900 melibatkan kereta jenis Proton Waja.

“Pada sesi lelongan hari ini (semalam), JPJ Kelantan mengutip nilai RM9,300 hasil lelongan empat kenderaan awam dan jualan dokumen lelong seperti buku serta kertas.

“Sesi lelongan ketiga ini membolehkan dua kenderaan didaftarkan dan dua lagi kenderaan skrap (lusuh) yang tidak boleh didaftarkan,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Lelongan Kenderaan Awam Sesi Pertama  2013, di Pejabat JPJ Panji, di sini, semalam.

Dalam majlis lelongan berkenaan yang bermula jam 9.15 pagi hingga 10 pagi, ia turut dihadiri 14 pembida yang datang dari negeri lain termasuk Kedah dan Perak.

Mat Rashid berkata, pada lelongan itu, selain kereta Waja, terdapat juga kereta Proton Wira dan Saga serta lori kecil.

Menurutnya, kutipan lelongan adalah hasil tindakan penguatkuasaan JPJ Kelantan yang disita kerana melakukan kesalahan undang-undang di jalan raya termasuk tamat tempoh cukai jalan.

“Dalam tempoh setahun, sesi lelongan diadakan sebanyak tiga kali dan untuk dua kali lelongan lagi, tarikhnya akan dijalankan selepas ini.

“Lelongan ini diadakan setelah kenderaan itu memenuhi syarat untuk dilelong setelah merujuk mahkamah dan bagi kenderaan skrap, pembida mesti mempunyai lesen perniagaan barangan lusuh,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 5-8-2013 11:10 AM
lelong ape 9k??
Quote AdamBillionaire 5-8-2013 11:25 AM
kena faham lelong kenderaan ni lg berisiko dari lelong rumah.


sebab rumah sebelum lelong kita boleh survey. cm kenderaan ni adam tak pasti plak ? JPJ kasi tengok? atau pun terus dtg terus beli kupon dan bid harga? wallahuallam.

sebaiknye bawa foreman atau mekanik untuk tengok2 kereta..nasib lah dpt kereta ok atau kereta barai..huhu
Quote rokiah_sisip 5-8-2013 11:30 AM
selalu org beli kete lelong..repair balik n jual semula dgn harga tinggi..
Quote sjnkishka 5-8-2013 11:40 AM
klu lelong2 camneh mmg rakyat dpt waja jela, keta2 yg power2 sume dh kena rembat kot
Quote lompatikam 5-8-2013 12:10 PM
kalau nak pakai sendiri aku tak galakkan. kecuali korang sanggup la.

selalunya pelupusan kenderaan selepas kereta tuh dah berpanas hujan lebih dari 5 tahun kat gudang simpanan...selama 5 tahun tuh, mmg tak pernah hidupkan engine tak penah bergerak. mmg konfirm karat kaw2.

pikir2lah.
Quote dragger 5-8-2013 02:00 PM
biasa beli kenderaan lelong ni org bengkel jer (nak buat kereta trek)

takpun tokey used car

klau nak guna sendri tak berbaloi, byk kot modal

melainkan yg kena rampas tu Subaru Imprezza STi ver.9, tapi dpt beli harga lelong tu RM10k.. sangat berbaloi (itupun kalau ada.. kalau ada pun org JPJ dah bedal dulu)  
Quote Maideen. 5-8-2013 02:05 PM
Tinggi jugak nilai Proton nih. Empat ketol sampai RM9,000.00
Quote axl_bach 5-8-2013 02:05 PM
dragger posted on 5-8-2013 02:00 PM
biasa beli kenderaan lelong ni org bengkel jer (nak buat kereta trek)

takpun tokey used car

harap laa ko nak dpt STi Ver9 kalo ada dorg dah rembat dulu laaa.....tinggal yg cikai2 jer laa habuan org awam

Quote dragger 5-8-2013 02:08 PM
axl_bach posted on 5-8-2013 02:05 PM
harap laa ko nak dpt STi Ver9 kalo ada dorg dah rembat dulu laaa.....tinggal yg cikai2 jer laa hab ...

tu lah

yg sisa2 je rakyat dpt..
Quote gogo2 5-8-2013 02:11 PM
Lepas raya rasanya banyak lelongan kereta yg akan berlaku..
Quote airfilterbersih 5-8-2013 02:12 PM
Maideen. posted on 5-8-2013 02:05 PM
Tinggi jugak nilai Proton nih. Empat ketol sampai RM9,000.00

Tentu @peYno bangga khennnn....
Quote axl_bach 5-8-2013 02:14 PM
airfilterbersih posted on 5-8-2013 02:12 PM
Tentu @peYno bangga khennnn....

bukan bangga ler bro,tp KEBANGGA,heheheheheh

Quote airfilterbersih 5-8-2013 02:18 PM
axl_bach posted on 5-8-2013 02:14 PM
bukan bangga ler bro,tp KEBANGGA,heheheheheh

Org urban je pakai Proton ni....mungkin sebab pintu die jem kot...
Quote Maideen. 5-8-2013 02:21 PM
airfilterbersih posted on 5-8-2013 02:12 PM
Tentu @peYno bangga khennnn....

Menunjukan permintaan tinggi lah tuh........
Quote jaa139 5-8-2013 02:38 PM
kawan haku beli kete lelong BMW cantik lagi 3/5 series aku lupa..rm7k..skang dah tak bawak dah jual mana ntah..
bergaya sakan bawak BMW datang keje

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.068115 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top