CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Al-Jazeera Dedah Malaysia Pusat Penjualan Bayi, Polis Digesa Siasat!

26-11-2016 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3257| Komen: 2

Description: Sebuah agensi berita terkemuka dunia, Al Jazeera membuat satu pendedahan mengejut mengenai isu penjualan bayi di Malaysia menerusi sebuah laporan video bertajuk Malaysia: Babies For Sale – 101 East.
Sebuah agensi berita terkemuka dunia, Al Jazeera membuat satu pendedahan mengejut mengenai isu penjualan bayi di Malaysia menerusi sebuah laporan video bertajuk Malaysia: Babies For Sale – 101 East.


Memetik laporan Berita Harian, video berdurasi 25 minit yang disiarkan bermula semalam itu, memaparkan bagaimana Malaysia menjadi sebuah hub untuk menjual bayi di mana pembelinya boleh memilih bayi mereka sendiri berdasarkan jantina, bangsa dan warna kulit.

Oleh kerana proses undang-undang yang terlalu kompleks bagi mengambil anak angkat, ramai pasangan yang terdesak untuk mempunyai anak memilih untuk mengambil ‘jalan alternatif’ ini.

Apatah lagi dengan ketersediaan penyeludup-penyeludup bayi ini, jalan ini nyata kelihatan lebih cepat dan mudah untuk pasangan mendapatkan anak secara segera.

Para penyeludup bayi menggunakan kemudahan internet seperti laman sosial Facebook untuk mengiklan dan menjualnya, malah turut menyediakan katalog bayi bagi membolehkan pembeli memilih bayi mengikut citarasa mereka.


“Mereka lebih canggih sekarang, anda boleh memilih bayi secara atas talian. Ada bayi Cina, Melayu, Chindian, dah macam pasaraya,” kata Aktivis Hak Asasi Kanak-Kanak, Hartini Zainuddin dalam temubual bersama Al Jazeera.

Susulan pendedahan ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera menyiasat dan menahan semua pihak yang terbabit dalam urus niaga jual beli bayi di negara ini jika dakwaan itu benar.

Unit Komunikasi Korporat KPWKM dalam satu kenyataan, hari ini berkata, sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, pihaknya memang memandang serius isu terbabit.- CARI

sumber foto: Berita Harian

27

Bagus
14

Marah
27

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronapink 26-11-2016 03:04 PM
bangkem buka semalam lagi berita ni
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=2230163

ko baru jam ni nak buka..

baru bangun tidur ke wartawancari weh..

@spiderman80 @admin6

Quote ronapink 26-11-2016 03:05 PM
pas2 claim kata aku nak caras wartawan..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.149789 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top