CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tukar Lagu Tugasan, Nora Tak Mampu Bawa Lagu Genre Dangdut?

16-11-2016 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21493| Komen: 164|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Dalam program Gegar Vaganza ketiga (GV3) Ahad lalu, Nora diberi tugasan membawa lagu dangdut nyanyian Amelina, namun menukarnya dengan lagu Bring Me To Life nyanyian Evanescence.
Dalam program Gegar Vaganza ketiga (GV3) Ahad lalu, Nora diberi tugasan membawa lagu dangdut nyanyian Amelina, namun menukarnya dengan lagu Bring Me To Life nyanyian Evanescence.




Menurut Harian Metro, Nora Ariffin, 43, bagaimanapun menafikan dia tidak berani sahut cabaran tema rock dan dangdut dalam persembahan minggu keenam program itu.

Nora menjelaskan bahawa kesilapan teknikal daripada pihak produksi adalah punca berlaku banyak pihak terkeliru. 

"Kami sudah berbincang dengan produksi berkenaan lagu yang dipilih untuk dinyanyikan dan lagu Bring Me To Life memang ada dalam senarai ini.

"Bagaimanapun apabila pengumuman mengatakan minggu keenam akan tampil dengan konsep rock dan dangdut, saya akur dan terbuka untuk sahut cabaran dan akan menyanyikan apa saja lagu yang diberikan.

“Jadi, apabila muncul montaj lagu Rindu milik saya, ia bukanlah masalah besar dan saya bersedia menyanyikannya, tetapi rupa-rupanya ada kesilapan teknikal dan saya sepatutnya kena menyanyikan lagu Evanescence. Jadi, tidak timbul soal saya tidak berani menyanyikan lagu dangdut," jelasnya kepada Harian metro.

Nora yang tak mahu kalah menegaskan bahawa lagu Bring Me To Life lebih mencabar kekuatan vokalnya dan memerlukan lebih tenaga jika nak dibandingkan dengan Rindu.


Sumber foto: IG Nora Ariffin

"Lagu ini lebih rock daripada peserta lain tetapi saya akur dengan kehendak Astro. Saya akui agak terkejut apabila lagu Rindu diumumkan milik saya. Sebaik program berakhir saya minta kepastian daripada Astro dan mereka mengakui kesilapan yang berlaku," katanya.

Rasa-rasanya, jika dia tidak menukar lagu pilihan, mampu tak Nora bawa lagu tugasan diberi itu? - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-11-2016 05:07 PM
calling2 mat arof


acaner astro blh silap ni?
tp mmg mcm pelik jgk
mcmn lagu amelina sampai 2 dlm mgu yg sama plk

tp bring me to life ni laaaagi lah susah
Quote WhiskeyScotch 16-11-2016 05:10 PM
Menurut Harian Metro, Nora Ariffin, 34, bagaimanapun menafikan dia tidak berani sahut cabaran tema rock dan dangdut dalam persembahan minggu keenam program itu.

Sekejap, betul ke umur Nora baru 34? Tak percayalah.
Quote apedehal 16-11-2016 05:10 PM
what evahhh...cepat2 la keluar ok..u're so boring
Quote damian_lee 16-11-2016 05:13 PM

bring me to life .. kalau dia berjaya bawa ... memang best la .....
Quote prizadane 16-11-2016 05:14 PM
Lah..baya-baya aku je ahkak nora ni? Aku ingat dah tua... Wartawan ni tak buat keje ke hape?
Quote asudau 16-11-2016 05:16 PM
nora 34 tahun?
masa nora femes dengan lagu dipersimpangan dilema...aku baru 12 tahun gitu..
tapi kenapa pada tahun 2016 ini nora sebaya dengan aku plak?

atau nora lain ni..nora danish memang umur 34 tahun..heheh
Quote supernaturalee 16-11-2016 05:17 PM
damian_lee replied at 16-11-2016 05:13 PM
bring me to life .. kalau dia berjaya bawa ... memang best la .....

backup singer lelaki pun main peranan jgkklu ditiadakan
mcm something missing plak
mslhnya adakah mampu nora
& backup to complete each other

papepun ni lagu rock kedua dr nora



Quote batman_2007 16-11-2016 05:22 PM
Lagu dangdut tu lg senang nk pikat penonton.
Lagu rock ni ayooo kna meneran ni. Mesti krik krik krik kalau tak sampai
Quote iza.moha 16-11-2016 05:29 PM
Edited by iza.moha at 16-11-2016 05:35 PM

Da tu bring me to life tu siap ada rap lg tu kn...biarkn jelah dia....
Dulu dina dan nita penah kot bwk dlm malaysian idol ..x bleh pegi sgt sore...
Quote Star_el 16-11-2016 05:32 PM
Lagu bring me to life bukan lagu competition la. Tak sesuai langsung.
Quote jerut_dlur 16-11-2016 05:33 PM
kesilapan teknikal yang membuatkan nora buat 2 kali lagu rock, dan tidak dicabar dengan dangdut? rasanye sangat pelik..Jangan memperbodohkan peminat lah..cukuplah yang telah diperbodohkan setakat ni..
Quote shroom 16-11-2016 05:37 PM
Suara die ni xsesuai laa masuk bertanding... mcm sempott je suara die
Quote Kak_Beyonce 16-11-2016 05:47 PM
jerut_dlur replied at 16-11-2016 05:33 PM
kesilapan teknikal yang membuatkan nora buat 2 kali lagu rock, dan tidak dicabar dengan dangdut? ras ...

yela chuols...npe dia bwak lagu rock lg erk.?
sedangkan lagu dangdut dia xpenah try lagik..
ke dangdut dia mmg xbole bwk langsung.???
hurm...

Quote amylopectin 16-11-2016 06:00 PM
Lama betul nak betulkan kesilapan asteruk oii...alasan teknikal silap is sooo cheap
Quote jerut_dlur 16-11-2016 06:02 PM
Kak_Beyonce replied at 16-11-2016 05:47 PM
yela chuols...npe dia bwak lagu rock lg erk.?
sedangkan lagu dangdut dia xpenah try lagik..
ke d ...

dangdut ni tak cukup mencabar katanye, rock lebih susah..so dia nak yang lagi susah..
Quote pinkzara 16-11-2016 06:03 PM
WhiskeyScotch replied at 16-11-2016 05:10 PM
Menurut Harian Metro, Nora Ariffin, 34, bagaimanapun menafikan dia tidak berani sahut cabaran tema r ...

43 lah. Reporter ngantuk..pastu typo. Careless sungguh
Quote amylopectin 16-11-2016 06:04 PM
apedehal replied at 16-11-2016 05:10 PM
what evahhh...cepat2 la keluar ok..u're so boring

I second  uols..acik nora soooooo boring..lets pray she will be eliminated cumming sunday  
Quote LautBiru52 16-11-2016 06:09 PM
Suara acik nora ni da tak sesedap dulu..mohon terkeluar minggu ni
Quote netto_ 16-11-2016 06:12 PM
haihhh mcm tipu ja kesilapan technical bagai. nampak sgt mintak tuka lagu.

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057821 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top