CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Dicekup Keadaan Bogel

1-8-2013 09:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8221| Komen: 54

Description: Subang Jaya – Tidak Padan Dengan Usia Mereka Yang Sudah Layak Bergelar Datuk, Tiga Lelaki Lingkungan Umur 50 Hingga 60 Tahun Leka Mendapatkan Khidmat Urutan Batin Di Sebuah Rumah Urut Di Ss15, Dekat ...
SUBANG JAYA – Tidak padan dengan usia mereka yang sudah layak bergelar datuk, tiga lelaki lingkungan umur 50 hingga 60 tahun leka mendapatkan khidmat urutan batin di sebuah rumah urut di SS15, dekat sini.

Aktiviti tidak bermoral terbabit bagaimanapun terbantut apabila Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Ketika diserbu, pengunjung tua berkenaan sedang leka diurut dalam keadaan berbogel oleh tukang urut warga China berusia lingkungan 30-an.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas aduan pihaknya kemudian melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke rumah urut berkenaan.

Menurutnya, premis didapati mempunyai lesen sah daripada pihak majlis bagi menjalankan perniagaan bekam namun pengusaha melanggar syarat-syarat ditetapkan.

Katanya, pengusaha premis menawarkan khidmat seks dan urutan batin kepada pelanggan.

“Sebaik diserbu, anggota mendapati beberapa pelanggan sedang berbogel dan kesemua mereka berlari untuk memakai pakaian semula,” katanya.

Beliau berkata, majlis merampas peralatan urut dan menutup premis di bawah UUK 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat sekatan lesen dikeluarkan MPSJ.

Sementara itu, ketika serbuan dilakukan, seorang pelanggan pusat urut berkenaan didapati cuba menimbulkan kekecohan dengan bertindak memarahi pegawai MPSJ yang mengambil tindakan.

Kekecohan itu kemudian beransur reda apabila anggota penguat kuasa dan penjaga premis cuba menenangkan pelanggan berkenaan. Operasi berkenaan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 16 anggota.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 1-8-2013 08:58 AM
hrp2 peyno tak terlibat
Quote jonlabu 1-8-2013 09:01 AM
dino posted on 1-8-2013 08:58 AM
hrp2 peyno tak terlibat

dia area shah alam la
Quote dino 1-8-2013 09:04 AM
jonlabu posted on 1-8-2013 09:01 AM
dia area shah alam la

dekat la tuh
Quote Simunggu 1-8-2013 09:06 AM
mungkin dah penat terawih dan kimulai..tu sbb pg urut B2B to kan???  hehehe
Quote cegitu 1-8-2013 09:11 AM
Loklaq.....
Quote pakwetizzaqyah 1-8-2013 09:12 AM
berurut pun salah...bosan betul malaysia ni
Quote sapp73 1-8-2013 09:13 AM
tu namanya orang tua yang dah buang tebiat
Quote MiaYahya 1-8-2013 09:48 AM
urutan batin ye.
Quote izamahmed 1-8-2013 09:52 AM
lelaki tua jiwa muda
Quote shiro82 1-8-2013 09:52 AM
b2b datuk2 sekalian ya.....bulan puasa lak tu. hebak!!
Quote pisang69 1-8-2013 10:01 AM
jonlabu posted on 1-8-2013 09:01 AM
dia area shah alam la

bukan dia dok padang jawa ker....
Quote dino 1-8-2013 10:04 AM
pisang69 posted on 1-8-2013 10:01 AM
bukan dia dok padang jawa ker....

pisang tak terlibat kan.....
Quote manehnya 1-8-2013 10:05 AM
aduihh tok wan oiii... tok tak marah keww
Quote jonlabu 1-8-2013 10:05 AM
pisang69 posted on 1-8-2013 10:01 AM
bukan dia dok padang jawa ker....

kpg dia banting, dok shah alam, kije kilang proton...pasang pintu.
Quote pisang69 1-8-2013 10:08 AM
dino posted on 1-8-2013 10:04 AM
pisang tak terlibat kan.....

moga2 la x terlibat....
wa muda lg hokayyy.....motifff?
Quote prettyuglybabe 1-8-2013 10:10 AM
owner tak bayar duit kopi la ni. kalau bayar, bukak kedai cd pun takde sapa kacau
Quote ell768 1-8-2013 10:10 AM
tua yg x sedar diri kekdahnyer..
Quote izamahmed 1-8-2013 10:11 AM
jonlabu posted on 1-8-2013 10:05 AM
kpg dia banting, dok shah alam, kije kilang proton...pasang pintu.

amboi. jom gi lawat dia
Quote JDT 1-8-2013 10:11 AM
shiro82 posted on 1-8-2013 09:52 AM
b2b datuk2 sekalian ya.....bulan puasa lak tu. hebak!!

mana tau, datuk2 nie semua bukan melayu?? mungkin juga bangsa lain yang umur tarap datuk2..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058528 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top