CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

3 Maut Lebih 100 Cedera Akibat Tren Merempuh Stesen Hoboken, New Jersey

30-9-2016 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3430| Komen: 5

Description: Awal Pagi Khamis lalu, sebuah tren New Jersey Transit merempuh stesen Hoboken yang membabitkan tiga maut dan lebih 100 cedera.


Awal Pagi Khamis lalu, sebuah tren New Jersey Transit merempuh stesen Hoboken yang membabitkan tiga maut dan lebih 100 cedera.


Kemalangan itu juga menyebabkan kerosakan besar bangunan stesen berkenaan dan menghentikan perkhidmatan kereta api ketika waktu puncak.

Menurut jurucakap New Jersey Transit, Jennifer Nelson, kemalangan terbabit berlaku sekitar jam 8.45 pagi Khamis lalu ketika tren berkenaan menghampiri stesen di trek 5 dari Spring Valley, New York menerusi jaringan Pascack Valley Line.

“Ada mangsa mengalami pelbagai kecederaan, serta kritikal ketika ini.Terminal tren ditutup.” 

sumber foto: Getty


Paparan gambar yang tersebar di media sosial kelihatan di tempat kejadian, logam remuk, wayar dan serpihan bertaburan di lantai. Sebahagian siling stesen turut runtuh.

Pengacara WFAN John Minko yang kebetulan berada di tempat kejadian sempat menyaksikan kejadian beritahu saluran CBS2, “Tren tidak berhenti dan terus merempuh penghadang dan terus ke kawasan penyambut tetamu.”

Seorang penumpang, Lauren Berlamaino, berkata beliau sedang duduk di gerabak kedua tren apabila berlaku rempuhan.

“Kami menghampiri stesen, saya terfikir ia tidak berhenti. Perkara selanjutnya yang saya tahu, kepala saya ke depan, melanggar tempat duduk dan melantun, juga jeritan di sana-sini,”  katanya sambil memberitahu ramai penumpang dalam tren berdiri kerana tidak cukup tempat duduk.- CARI


5

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 30-9-2016 04:03 PM
Menakutkan kuat betul impactnya
Quote manjalara_01 2-10-2016 02:16 PM
Edited by manjalara_01 at 2-10-2016 02:19 PM

pd manja mmg naik train ni ade kelebihan bila banding naik kreta
yea la bile naik train xde trafik jam, accident pun jarang berlaku.

tp down sidenye skali accident ramainye yg cedera..aaiish..baru je tgk train to busan smlm..
Quote Angmo123 2-10-2016 10:16 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote kuewTiau 4-10-2016 12:58 PM
seriau plk bila hari-hari terpaksa jalan bawah trek monorel.
Quote Maxmixx 6-10-2016 07:31 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2022 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070102 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top