CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rintihan Peniaga Bila Shisha Diharamkan

31-7-2013 11:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6561| Komen: 46

Description: Beberapa Peniaga Shisha Di Sekitar Lembah Klang Melahirkan Rasa Kesal Susulan Pengharaman Terhadap Shisha Serta Penjualannya Kepada Orang Ramai. Peniaga Shisha, Zahri Affendi Berkata, Tindakan Kerajaa ...
KUALA LUMPUR 29 Julai - Beberapa peniaga Shisha di Sekitar Lembah Klang melahirkan rasa kesal susulan pengharaman terhadap shisha serta penjualannya kepada orang ramai.

Peniaga Shisha, Zahri Affendi berkata, tindakan kerajaan mengharamkan penjualan shisha sekaligus menutup peluang ekonomi peniaga shisha yang majoritinya orang Melayu.

"Ada peniaga shisha ini yang dah berkeluarga, kalau terus haram macam ni apa akan jadi dekat mereka," katanya kepada Rakyat News dalam satu temuramah di sini baru-baru ini.


Affendi yang memiliki 2 buah kedai shisha ini menjelaskan, kerajaan sepatutnya mengadakan perbincangan dengan para peniaga shisha sebelum membuat apa-apa keputusan.

Katanya, kerajaan disaran untuk memikirkan pelan sokongan bagi membantu para peniaga untuk memulakan perniagaan yang lain.

"Mereka(kerajaan) sepatutnya datang jumpa peniaga-peniaga dan kita boleh berbincang,

"Mungkin kerajaan boleh beri insentif untuk kami(peniaga) mulakan perniagaan lain," ujarnya.


Sementara itu, salah seorang penggemar shisha, Mohd Albaqirr Arfan mencadangkan pihak kerajaan melakukan kajian yang terperinci terlebih dahulu kerana dakwaan bahawa menghisap shisha lebih berbahaya dari merokok adalah tidak berasas.

Jelasnya, kandungan bahan kimia di dalam rokok adalah lebih tinggi berbanding dengan kandungan di dalam perasa shisha.

"Dikatakan shisha lebih bahaya dari rokok tetapi kandungan Tar dan Nikotin di dalam rokok sebenarnya lebih tinggi dari perasa shisha," ujarnya.

Albaqirr menambah, pengharaman ini boleh dianggap berat sebelah kerana kerajaan sepatutnya turut mengharamkan penjualan arak dan rokok yang telah lama difatwakan haram.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 17 Julai lalu memutuskan shisha adalah haram berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan hadis serta kaedah asas perundangan Islam.

Sehubungan itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

sumber : rakyatnews.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ushioz 31-7-2013 04:16 AM
cakap sajalah terus nak tongkat.
Quote fadzyjemi 31-7-2013 04:17 AM
sian.. baiklah niaga shisha dr niaga batu putih kristal tu
Quote Dzulqarnain 31-7-2013 04:45 AM
Itulah akibat berniaga dan peroleh untung sekian byk atas asap tanpa tribute kpd kerajaan (tax)
Quote timahterung 31-7-2013 04:55 AM
hisap jelah gula-gula muehehe
Quote ultraline 31-7-2013 05:01 AM
naseb e-cigar x haram
Quote maniack88 31-7-2013 06:06 AM
nak tongkat lettew

sebagai peniaga kena la ada plan sokongan in case jadi apa2
Quote Radzor 31-7-2013 06:17 AM
shisha haram.. arak rokok ok
Quote missmarvolo 31-7-2013 07:12 AM
juallah mende lain...

janji niat ikhlas dan jujur ketika berniaga

insya allah rezeki tu tuhan kasi banyak2...

ni x boleh jual je meroyan, kreatif le sikit, venture into something else

lagi bagus kalau u boleh guna alat2 shisha tu untuk create item lain (selain hisap shisha la kan)

aduan pandai buat, tapi resistance untuk bangun semula dan berusaha gigih tu jarang2 orang nak tulis dalam press sekali kan?
Quote Al-Patih 31-7-2013 08:06 AM
KUALA LUMPUR 29 Julai - Beberapa peniaga Shisha di Sekitar Lembah Klang melahirkan rasa kesal susulan pengharaman terhadap shisha serta penjualannya kepada orang ramai.Peniaga Shisha, Zahri Affendi berkata, tindakan kerajaan mengharamkan penjualan shisha sekaligus menutup peluang ekonomi peniaga shisha yang majoritinya orang Melayu."Ada peniaga shisha ini yang dah berkeluarga, kalau terus haram macam ni apa akan jadi dekat mereka," katanya kepada Rakyat News dalam satu temuramah di sini baru-baru ini.

meke sodap ajo nak haramkan ...tak ada pikiaq nak bagi cara ganti perniagaan lain ...
Quote honeybee1802 31-7-2013 08:13 AM
pe mende la nak niaga shisha ni jahanamkan tubuh bdn org len...
Quote eLiaD 31-7-2013 08:29 AM
asal nk haramkan jer mula babitkan agama supaya org islam x bantah...rokok dan arak tu bukan satu kaum er..
Quote drvn182 31-7-2013 05:40 PM
spesis bangang2 je hisap sisha ni
Quote kivio 31-7-2013 06:09 PM
drvn182 posted on 31-7-2013 05:40 PM
spesis bangang2 je hisap sisha ni

betol..
i sokong..
konon xnk bahaye rokok, lari kepada sisha..
padahal muka je lain, isi badan same jer..
Quote freebird 31-7-2013 06:12 PM
berniaga orang lebih untung daripada berniaga shisha..WOW!!
Quote sueism 31-7-2013 06:14 PM
Best ke shisha nie?
Quote AdamBillionaire 31-7-2013 06:21 PM
Radzor posted on 31-7-2013 06:17 AM
shisha haram.. arak rokok ok

shisha tak dapat kutip cukai per cubic asap. jd kerajan haramkan.

sama juga dengan forex pun diharamkan pasal xdpt kutip cukai.

tengok arak? disko? judi? semua halal sebab kerajaan dpt kutip cukai.. senang je mentaliti kerajaan.
Quote TuntungReturn 31-7-2013 06:24 PM

kerajaan rugi sebab tak dapat cukai
Quote TuntungReturn 31-7-2013 06:24 PM

kerajaan rugi sebab tak dapat cukai
Quote hzln 31-7-2013 06:42 PM
ada masalah ketidakseragaman dlm pelaksanaan undang2 di malaysia

berlambak premis yg dimiliki org islam spt restoren2 dan hotel2 tapi ada lesen utk jual minuman keras
lagi berganda2 berlambaknya kedai runcit yg dimiliki org islam yg menjual rokok, tak perlu lesen khusus pun utk jual rokok, walau ada ura2 utk itu

pun begitu, para peniaga shisha sepatutnya sadar diri, mereka jual barangan yg membahayakan kesihatan dan shisha hanya pendapatan sampingan sahaja dari perniagaan utama mereka
tidak sama dgn penanam pembakau, yg perlu dibantu utk mulakan penanaman tanaman lain, sbb itu pendapatan utama mereka, tanam tembakau saja yg mereka tau sepanjang hayat




Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.060486 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top