CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jakim Sokong Keputusan Mengharamkan 'Pokemon GO'

8-8-2016 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6170| Komen: 48

Description: Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri daripada terjebak dengan permainan Pokemon Go.
Oleh : TS LOO


sumber foto: google image


Dalam satu kenyataan di laman Facebook Jakim semalam, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu yang tidak membenarkan umat Islam di negara ini bermain aplikasi Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.

Tambah beliau keputusan itu selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain termasuk Arab Saudi yang telah mengharamkan permainan Pokemon Go kerana boleh mengancam keselamatan sehingga meragut nyawa.


“Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.” 

Tegas beliau, pihaknya menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri daripada terjebak dengan permainan Pokemon Go.


“Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak Saddu Al-Zara’i iaitu kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudaratan kepada diri kita,” jelas beliau.


Permainan Pokemon Go yang menjadi fenome-na dunia semakin hangat diperkatakan di Malaysia selepas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan Me-syuarat Jawatankuasa Perundingan- Hukum Syarak Wilayah Per-sekutuan memutuskan permainan tersebut haram.- CARI




sumber info: www.kosmo.com.my
18

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 8-8-2016 12:52 PM
diam lah jakim...mopti pun sama
Quote Cloudfly 8-8-2016 12:59 PM
Alaahaii..senang cite ummah netizen semua berakal..tau benda x bfaedah main buat apa..buang mse..main tekan2 keyboard kt porum cari sdh..
Quote aHoi83 8-8-2016 01:02 PM
I olls kecik2 dulu main kawen2. Skrg teringat blk mcm bahaya je permainan tu
Quote violet1212 8-8-2016 01:06 PM
alaaaa... bukan salah game tu yg buat melalaikan.. ni sume terletak pd org yg main tu sendiriiii... yg dia pegi bahaya kan nyawa dia sendiri buat ape.. senang cite sendiri mau ingattttt
Quote nikola.tesla 8-8-2016 01:06 PM
Diorang ni tau ke tidak pokemon go tu apa benda?:
Quote RamboMandul 8-8-2016 01:24 PM
Pintu kuning Jalan Alor Bukit Bintang bila nak haramkan ? JAWABLAH !!! Siapa lagi kaulahh !!!
Quote kelapaparut 8-8-2016 01:40 PM
Bos jakim dulu comment mase miss tourism kat melaka ' xpe biarlah..' mentang2la miss tourism tu km melaka,nazeri taxi ade dan dif2 khormat umno yg lain ramai tgk,halal terus you..
Quote kelapaparut 8-8-2016 01:42 PM
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Musthapa enggan mengulas penganjuran pertandingan akhir Miss Tourism World 2015/16 di Melaka, esok yang disifatkan dua parti pembangkang Islam sebagai bertentangan syariat Islam dan adab ketimuran.
"Yang itu biarlah," kata Othman ringkas kepada pemberita pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK), di Putrajaya hari ini.
PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) Melaka dan beberapa NGO sebelum ini kesal dengan penganjuran pertandingan Miss Tourism 2015/16
Quote rosasa 8-8-2016 01:42 PM
jangan anak cucu cicit ko main nanti dah la pakcik oii..masa tu macam mana ko nak kata tidak
Quote sipendiam 8-8-2016 01:44 PM
gelek2 ala2 ereb tak harommmm ke... dimaafin aja dehhhhh
Quote zidane_ziege 8-8-2016 02:04 PM
Edited by zidane_ziege at 8-8-2016 02:58 PM

jakim cuba mempromosikan pokemon go..reverse psycology namanya ni..

Quote xy_daen 8-8-2016 02:20 PM
Ni nak alihkan isu 1mdb je ni..:zz
Quote abbyhoney 8-8-2016 02:27 PM
bahaya games ni boleh mengancam nyawa sendiri dan org lain...bygkan tgh drive pun boleh tengok hp nk main games ni...  yg berjln sambil tenung hp sampai terjun laut pun ada... hari ni paper metro ada org tu terkejut sebab tengok ada org tgh hala  hp ke bumbung rumah dia.... kalau saya pun terkejut...mau kena halau org tu...
Quote ladyrosberg 8-8-2016 02:29 PM
Kalau main jugak jatuh taraf jd kafir harbi ke?
Quote fishcracker 8-8-2016 02:50 PM
Tak kira...nk download jugak
Quote qronaldo7 8-8-2016 02:58 PM
nikola.tesla replied at 8-8-2016 01:06 PM
Diorang ni tau ke tidak pokemon go tu apa benda?:

hahaha. itu la mslhnya. tau pun x men dgr bace2 je
Quote paus_biru 8-8-2016 02:58 PM
soh je menteri main sekali....
ok dh lepas tu
Quote zidane_ziege 8-8-2016 03:00 PM


1. Pokemon Go, bukan macam game lain, melibatkan keselamatan negara sebab minta izin untuk rakam semua benda, guna GPS.

➡ Dia bukan minta izin untuk rakam, dia minta permission untuk guna camera apps, GPS dan lain-lain untuk game jadi lebih interactive. Kalau tidak selesa dengan cara ini, bolehlah uninstall Facebook, Instagram, Twitter sebab itu lah super duper father punya guna GPS, camera apps dan segala butiran kita yang lain.

2. Pokemon Go tak boleh percaya, macamana kalau data semuanya jatuh dan dibocorkan? Habislah rahsia negara.

➡ Apa yang saya faham, big-big company mempunyai polisi mereka sendiri untuk privasi pengguna mereka. Apple dan Android lagilah banyak ada data kita. Jadi korang boleh buang telefon korang sekarang.

Dan tutup sekali Waze, Google maps sebab dia pun boleh tahu lokasi, peta dan rahsia negara juga mungkin terbocor.

3. Dia boleh aim kita sebab dia dah kenal siapa kita. Facebook pun dah boleh scan muka orang tanpa perlu tag gambar.

➡ Pertama sekali, kita semua ni siapa sampai dia nak aim kita? Pointer dekat universiti pun cukup-cukup makan. Keduanya, sistem Facebook boleh cam muka tu, dia dipanggil face recognition, dia akan calculate algorithm seperti jarak mata dengan hidung, jarak mulut dengan hidung. Tujuannya satu, untuk memudahkan kita tanpa perlu tag jika kita gunakan banyak kali wajah yang sama, mereka cuba jadikan pengalaman penggunaan Facebook lebih bernyawa.

4. Pokemon Go, itu haram, melalaikan.

➡ Pada saya, ianya bergantung pada individu, kalau kau main sampai lupa diri, itu memudaratkan, itu jatuh haram. Tapi kalau kau setakat nak main saja-saja, lepak-lepak dan chill untuk release tension, itu tiada apa masalah. Tangkap Pokemon je pun.

5. Pokemon bermaksud, Akulah Yahudi, Pikachu bermaksud aku selamanya yahudi.

➡ Ya, kaulah yahudi sebenarnya. Semua benda nak yahudikan. Cari makna maksud pokemon di Google. Namanya berasal daripada perkataan Jepun. Orang kita selalu macamtu, kalau tak suka atau takut dengan something, terus kaitkan dengan yahudi. Fitnah bukan sifat orang islam.

6. Itu agenda orang bukan islam untuk jatuhkan islam?

➡ Kita takut dengan bayang-bayang kita sendiri dan fikiran kita sentiasa dimomokkan dengan orang cuba nak jatuhkan kita padahal kita yang selalu jatuhkan diri kita sendiri.

7. Nak main Pokemon Go.

➡ Kau nak main, kau main. Kau tak nak main, tak perlulah nak condemn orang yang main.

Banyak lagi isu negara yang boleh kita debatkan sebenarnya.
Quote lil_bratz 8-8-2016 03:06 PM
Tengok2 pakcik pakai kopiah ni yg lagi overrr kuar mencarik pikachu nih..  

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070984 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top