CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

68 Pasport Rakyat Malaysia Yang Sertai Daesh Dibatalkan - Zahid

8-8-2016 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3117| Komen: 7

Description: Kerajaan telah membatalkan 68 pasport rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan Daesh di negara-negara terlibat dengan militan itu.
Oleh : TS LOO



Kerajaan telah membatalkan 68 pasport rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan Daesh di negara-negara terlibat dengan militan itu.


Demikian yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor, kelmarin.

Tambah beliau, pembatalan itu berkuat kuasa dua minggu lalu selepas mendapat arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.    


"Jika mereka pulang ke negara ini, tindakan perundangan akan diambil terhadap mereka mengikut Akta Imigresen." 


Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno turut memaklumkan dalam ucapannya, terdapat dua keluarga iaitu di Shah Alam dan Ipoh, Perak, bertindak menjual rumah, restoran dan kereta masing-masing untuk menyertai perjuangan militan Daesh di Syria.    


Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjejaki lapan butir bomtangan yang dipercayai masih berada di tangan militan Daesh di negara ini. 

Beliau berkata, dua daripada 10 bom itu telah digunakan dalam serangan disebuah pusat hiburan di Puchong, pada Jun lepas. 

Tambah Ahmad Zahid, isu membabitkan militan Daesh bukan satu pengalihan atau sengaja diadakan untuk menakutkan rakyat kerana ia adalah ancaman sebenar. - CARI



2

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 8-8-2016 11:26 AM
Cash lah xdpt berketupat rendang di tanah air. Makan aja lah daging dhob salai di padang pasir
Quote torsotiger 8-8-2016 02:20 PM
lagi bagos 68 passport ni bg kat org yg beratur panjang nak renew passport.

http://www.naeldaily.com/2016/08 ... ssport-renewal.html

pengalaman renew passport yg x masok akal !
Quote dani-rox 8-8-2016 07:56 PM
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno turut memaklumkan dalam ucapannya, terdapat dua keluarga iaitu di Shah Alam dan Ipoh, Perak, bertindak menjual rumah, restoran dan kereta masing-masing untuk menyertai perjuangan militan Daesh di Syria.


keluarga2 bodow... pasport dibatalkan, bergentayanganlah korang di Syria tu sampai mampos.
Quote pinksarah 8-8-2016 08:21 PM
Sampai jual segala aset utk join militan?

Speechless baca..

Mmg taksub bebenar dah org2 mcm ni..
Quote -electrifying- 9-8-2016 10:30 AM
Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa
Quote torsotiger 9-8-2016 01:21 PM
-electrifying- replied at 9-8-2016 02:30 AM
Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa

korban tidor nak renew passport

Quote -electrifying- 9-8-2016 02:37 PM
torsotiger replied at 9-8-2016 01:21 PM
korban tidor nak renew passport

Ekekekeke.... Skrg nk buat or renew passpoart dh mcm apa ntah...
Punyala ramai manusia, lebih2 lg UTC Pudu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.099623 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top