CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Ini Buktikan, Wanita Berwajah Cantik Mudah Dapat Duit

29-7-2016 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6771| Komen: 7

Description: Pusat Penjagaan kecantikan Jepun,"Bellissima Beauty Clinic" sebelum ini demi promosi iklannya telah mengupah seorang model dan mekap dua jenis wajah iaitu cantik dan hodoh, kemudian berlakon memin ...
Oleh : TS LOO



Wajah cantik atau hodoh adakah ianya boleh mempengaruhi seseorang mendapatkan pinjaman dari orang yang tidak dikenali?


Demi promosi dan sebagai strategik pemasaran jenamanya, Pusat Penjagaan Kecantikan Jepun,"Bellissima Beauty Clinic" baru-baru ini telah mengupah seorang model dan mekapkan dua jenis wajah iaitu cantik dan hodoh, kemudian model tersebut disuruh berlakon meminjam duit daripada orang awam di sepanjang jalan. 

sumber foto: suntingan gambar dari video すみませんお金ください Price of beauty


Akhirnya didapati ketika berwajah cantik lebih disambut baik dan berjaya meminjam 15,800 Yen atau kira-kira RM606, manakala wajah yang bermekap hodoh hanya dapat pinjaman sebanyak 2000 Yen sahaja atau kira-kira RM77. 


Dalam rakaman video, model tersebut berpura-pura beritahu duit dompet dan telefon bimbitnya telah pun dicuri orang dan konon terpaksa meminta duit daripada orang yang tidak dikenali. 

Hasilnya, ketika model itu bermekap hodoh, orang ramai yang ditemui kebanyakan beritahu bahawa diri mereka tidak bawa duit keluar rumah. 

Sementara itu, apabila bermekap cantik dengan berpakaian yang sama seperti ketika berwajah hodoh dan bertindak meminjam duit daripada orang awam di tepi jalan hasilnya berbeza langsung. 

Kebanyakan orang mengeluarkan duit untuk membantu perempuan yang wajah bermekap cantik.




Paparan video menunjukan pada hakikatnya wujudnya ketidaksamaan dalam masyarakat kita, biarpun rakyat Jepun yang sering dianggap sebagai orang yang bersifat prihatin tetap memberi layanan yang lebih bagus kepada perempuan yang cantik.

Netizen berpendapat : " Kisah tersebut mengingatkan kita sebelum membuat pinjaman perlulah mekap wajah dulu!"

Tetapi ada pula menyatakan: disebabkan ianya merupakan iklan bagi sebuah pusat penjagaan kecantikan, jadi tidak boleh dijadikan sebagai contoh.- CARI




sumber info: https://www.youtube.com/watch?v=DC7hlqO5KjA
36

Bagus
7

Marah
26

Terkejut
19

Sedih
26

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oppol 29-7-2016 05:22 PM
Along tak pandang rupa,pinjam saja dengan along kalau rupa buruk..
Quote RatuDunia94 30-7-2016 12:23 AM
Normal la..  Manusia mmg suka tgk yg cantik2..
Quote merrissa 30-7-2016 12:38 AM
cehhhh iklannnn klinik kecantikannn....atleast xde la 18sx mcm kak bapook tuh.....
Quote bonggo 30-7-2016 11:43 AM
Kalau muka cantik, separuh masalah hidup kau dah settle..
Quote nikola.tesla 13-10-2016 12:02 PM
sapa yang suka puji orang jepun ni berbudi bahasa pembersih duduk hotel tak macam orang Malaysia bagus  tengok video ni.
Quote che_kembang 13-10-2016 06:30 PM
biasa la judge a book by its cover

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.178881 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top