CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cipta Alat Khas Utk Tangani Masalah Asap Rokok, Pelajar Universiti Dipuji

21-7-2016 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4858| Komen: 4

Description: Baru-baru ini, memetik laporan People's Daily Online, seorang pelajar Universiti dari bandar Nanning, China telah mencipta satu alat pernafasan luar biasa yang dipasang di bahagian kepalanya supaya da ...
Oleh : TS LOO


Pelbagai langkah telah diambil oleh kebanyakan negara termasuk negara kita dalam usaha menjamin kepentingan golongan yang tidak merokok. 


Antaranya menambah zon larangan merokok dan mengenakan tindakan ke atas perokok yang melanggar kawasan-kawasan larangan tersebut.

Namun adakala bagi sesetengah perokok yang tegar mereka sanggup mengadai nyawa orang lain demi memuaskan ketagihan dirinya terhadap batang rokok itu. 

Justeru bagi golongan yang tidak merokok terpaksa mencari jalan manangani masalah sedemikian.

Baru-baru ini, memetik laporan People's Daily Online, seorang pelajar Universiti dari bandar Nanning, China telah mencipta satu alat pernafasan luar biasa yang dipasang di bahagian kepalanya supaya dapat menyalurkan udara bersih untuk dirinya.

Tindakan pelajar tersebut disebabkan rakan sebiliknya di hostel dikatakan semuanya merupakan perokok tegar dan tidak tahan dengan keadaan asap rokok, justeru dia mendapat idea untuk menyelamatkan dirinya yang bukan seorang perokok.


Pengalaman pahitnya diluahkannya menerusi laman WeChat termasuk memuat naik gambar hasil ciptaan yang digunanya ketika di bilik hostel membuat tugasan kuliah. 



Paparan gambar jelas kelihatan beberapa plastik beg sampah berwarna hitam disambungkan menjadi macam satu saluran paip, kemudian disambung pula pada satu kotak yang dipasang pada kepalanya. 

Manakala bahagian yang telah disambung ke luar bilik akan menggunakan kipas untuk meniup udara dari luar masuk semula ke dalam.

Dengan cara menyalur udara segar dari luar bilik masuk terus ke bahagian kepalanya yang ditutupi kotak, ianya setidak-tidak mampu mengelak dirinya menjadi mangsa penghisap asap rokok atau 'second hand smoker'. 



Gambar yang dimuat naik itu segera menarik perhatian netizen dan ramai memberi komen memuji berhubung daya kreatifnya.

Sealin itu ada juga menggesa tabiat merokok di dalam hostel universiti harus dihentikan serta-merta dan pemantauan lebih kerap perlu diadakan pihak pengurusan universiti.- CARI




sumber info : www.dailymail.co.uk
10

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
16

Sedih
16

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokbunga 21-7-2016 12:20 PM
aku masa baca tajuk imagine ada machine canggih ker apa..hahahha rupa2 nya kotak dgn plastic sampah jerrr
Quote gerbera.memopad 21-7-2016 12:26 PM
pokokbunga replied at 21-7-2016 12:20 PM
aku masa baca tajuk imagine ada machine canggih ker apa..hahahha rupa2 nya kotak dgn plastic sampah  ...

Aku pun sama
Quote Emperor95 21-7-2016 01:55 PM
sama la kita
Quote Artemesiaa 21-7-2016 05:43 PM
Selesa ke nak duduk lama2 dalam tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045684 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top