CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buka Radio Terlalu Kuat, Tiga Sekeluarga Maut Dibakar Jiran!

18-7-2016 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7244| Komen: 24

Description: Gara-gara geram dengan gangguan bunyi radio yang dibuka terlalu kuat, seorang lelaki yang panas baran bertindak mencampak botol kaca yang berisi bahan mudah terbakar ke dalam rumah jiran dihadapan rum ...
Oleh : TS LOO


Gara-gara geram dengan gangguan bunyi radio yang dibuka terlalu kuat, seorang lelaki yang panas baran bertindak mencampak botol kaca yang berisi bahan mudah terbakar ke dalam rumah jiran dihadapan rumahnya selepas selesai bertengkar.




Oleh kerana satu-satunya pintu keluar dihalang oleh api yang sedang marak, jiran yang terdiri daripada tiga sekeluarga tidak ada jalan untuk menyelamatkan diri. Akibatnya seorang ibu dan anak perempuannya terkorban dalam kebakaran itu dengan keadaan saling berpelukan disaat menemui ajal. 

Suami dan bapa kepada mangsa yang terkorban juga maut akibat terjun dari rumah dalam keadaan terbakar.


Manakala individu yang bertindak membakar rumah itu turut  ditemui mati akibat membakar dirinya setelah kembali ke rumah.

Kejadian yang penuh tragis itu berlaku pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah apartmen di Hong Kong. 


sumber foto: google image


Menurut laporan, suspek yang bertindak membakar rumah jiran itu merupakan seorang warga emas yang dikatakan menghidapi penyakit jiwa. Dia pernah dipenjarakan akibat disabitkan kesalahan dalam kes tetak sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah pada 4 tahun lalu.

Tiga anggota sekeluarga yang menjadi mangsa kebakaran adalah Wong Chi Keung dan isterinya Ng Xian Yean yang masing-masing berumur 26 tahun. Anak perempuan mereka pula bernama Wong Yi Lin berumur 3 tahun. 

Difahamkan, ibu dan anaknya itu datang ke Hong Kong berjumpa suaminya pada Isnin lalu. 

Menurut penduduk tempatan, kedua keluarga itu telah bermusuhan sejak dulu lagi dan pernah beberapa kali mereka bergaduh akibat gangguan bunyi radio yang dibuka terlalu kuat.

Ketika pertelingkahan, ada pihak memberi amaran keras: " Percaya tak saya akan bunuh semua keluarga awak!"- CARI






21

Bagus
15

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 18-7-2016 04:31 PM
Area umah mak I pon ade pesen mcm ni. Dari hujung dah boleh dgr lagu2 dipasang dgn jelas, xtaula camne org yg duduk dlm rumah tu
Quote iznanaziz 18-7-2016 04:53 PM
missinpiece replied at 18-7-2016 04:31 PM
Area umah mak I pon ade pesen mcm ni. Dari hujung dah boleh dgr lagu2 dipasang dgn jelas, xtaula cam ...

sabo je la
home theatre ke?
Quote missinpiece 18-7-2016 04:55 PM
iznanaziz replied at 18-7-2016 04:53 PM
sabo je la
home theatre ke?

Tv je kot. Bingit  
Quote batmana 18-7-2016 05:22 PM

kawasan perumahan tkle bukak bising2 lagu.

sedangkan kwsn tmpt perniagaan pn perlu permit nk buka speaker bagai.

mu report je polis, suh ronda, hello2 rumah tu.

aku pnah buat , polis ronda dtg, terus senyap.

pastu smpai skrg dia tk buat lagi.
Quote manjalara_01 18-7-2016 05:38 PM

hhmmm...baru je berangan nak duk apartment..
pernah terfikir baik buruk duk rumah dekat2 rapat2 dgn org len...

antara yg baik..x rasa sunyi..ade jiran dekat2 kalau ape2 bleh jerit
antara yg buruk ni la..perangai jiran2 yg x consider perasaan jiran2 len...

contohnye mcm dlm kes ni la...cause of this kind of behavior...benda kecik
lame2 bleh jadi besar..camni...nightmarish sgt..



Quote missinpiece 18-7-2016 05:51 PM
manjalara_01 replied at 18-7-2016 05:38 PM
hhmmm...baru je berangan nak duk apartment..
pernah terfikir baik buruk duk rumah dekat2 rapat2 d ...

Tempat me ok je. Apartment ok skit kot berbanding flat.
Quote manjalara_01 18-7-2016 05:58 PM
missinpiece replied at 18-7-2016 05:51 PM
Tempat me ok je. Apartment ok skit kot berbanding flat.

u duk apartment kat mana u?..
yea la kan..org duk flat lagi cm sesak padat, so stress pun b'tambah lagi2 dgn kerenah jiran
Quote missinpiece 18-7-2016 06:01 PM
Area puchong . Umah lama dulu selalu je halwa telinga dihidangkan dgn lagu2 tamil pasang kuat2. Dan rasa cam dieorg ni lepas makan campak pinggan dari tingkat 13 kot . Kuat giler bunyi
Quote Artemesiaa 18-7-2016 07:09 PM
Sebab tu kena hormati jiran jangan harap jiran je nak kena hormati kita kena dengan yang jenis mental kan dah mendapat
Quote oppol 18-7-2016 08:07 PM
Padan mukalah,siapa suruh main2 dengan orang gila.
Quote eenhemo2 18-7-2016 10:52 PM
Jiran een pulak jenis suka berkaraoke kuat2.. kot suara sedap takpe jugak.. selalunya bila dia nyanyi, hujan mencurah2 turun
Quote HazeLJoseph 19-7-2016 01:34 AM
Mendapatlah kan...

Area rumah aku jenis rajin karoeke , kalau radio aku terima lagi.. sedaplah juga kan.. karok dahlah suara azab.. paling melampau pukul 3 pagi kau jadah karok lagi? Haihh.. menyampah aku pagi petang siang malam.. datang baran aku nanti ,aku bakau je
Quote Loloq89 19-7-2016 08:23 AM
tu makan dia

fikir syok sendiri je
Quote chichik 19-7-2016 09:01 AM
alahai.. sampai terbakor
Quote aliaa 19-7-2016 11:15 AM
Quote MamaMima711 19-7-2016 12:45 PM
Nasib baik la seja 2008 aku duduk kuarters guru ni,x de benda yg menykitkan berlaku.senyap sunyi je sepanjang masa kecuali bunyi org bertukang dn alih perabut je
Quote emma_lee 19-7-2016 01:08 PM
kn da mendapat ..
Quote siti_kus 19-7-2016 01:27 PM
kesiannya bini dgn anak dia
Quote mortekx 19-7-2016 05:57 PM
Dulu kat rumah yg lama.. Pernah ada jiran macam nih.. My dad mula2 tak kesah.. Tp makin mnejadi plak lama2.. Siap karok2 lagi dlm rumah.. My dad tegur terus masam muka sampai lah we all pindah dr situ..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.060459 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top