CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berlaku Lagi! Masih Ramai Lelaki Buat Tak Reti Masuk Koc Wanita KTMB

19-7-2016 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8862| Komen: 22

Description: Adakah wanita tidak berkeras untuk mempertahankan hak mereka?
Oleh Izzah Abbasy

Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di negara ini dan pelaksanaan koc wanita berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada kaum wanita.

Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki.

Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.

Walau bagaimanapun, masih ramai lelaki yang berdegil dan buat tak reti dengan sama-sama menggunakan koc wanita ini.

Daripada pengamatan komen pihak netizen, kebanyakan lelaki warga asing dan bangsa Cina serta tak kurang juga pasangan suami isteri sering menggunakan koc wanita ini.

Sudahnya, koc wanita dipenuhi ramai penumpang berbanding koc biasa. Seperti kes viral yang dikongsikan oleh Metafora Anafora di laman Facebook miliknya. Wanita ini terpaksa duduk di atas lantai koc sedangkan dua orang lelaki senang-lenang duduk di atas bangku koc wanita, siap tidur barangkali. Apa sudah jadi wahai kaum Adam?



Persoalannya, adakah wanita tidak berkeras untuk mempertahankan hak mereka dengan melarang lelaki berada di koc tersebut? Terdahulu, pihak KTMB pernah menyediakan petugas untuk memantau. Namun, kini tiada lagi dan ke mana menghilangnya petugas tersebut?

Mengakui bahawa kesilapan mungkin boleh berlaku bagi seseorang yang pertama kali atau tergopoh-gapah menaiki komuter, namun ia tidak mustahil ada yang dengan sengaja masuk ke koc wanita.


Nasihat daripada pihak KTMB

Kalau ada pelaku yang masuk sebaiknya beritahu lelaki itu atau sesiapa yang bersamanya, kalau degil boleh beritahu kakitangan KTMB atau polis bantuan setibanya di stesen untuk tindakan lanjut.

KTMB pernah menugaskan polis bantuan di dalam tren namun terpaksa dihentikan kerana kos yang sangat tinggi.





9

Bagus
20

Marah
18

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HazeLJoseph 19-7-2016 01:08 PM
Masalahnya ,jantan takdak telo gini,kita sound ,jeling,marag buat tak tau je main phone.. dulu2 ada juga abam ktm jaga.. sekarang ni makin berlemak mereka membuli wanita disitu
Quote kentel 19-7-2016 01:08 PM
beritahu kakitangan KTMB atau polis bantuan setibanya di stesen untuk tindakan lanjut.


sempat pulak nak turun tren bagitau staff bagai...baru nak bgtau staff, tren dah berlepas pun
Quote misscendol 19-7-2016 01:12 PM
Bukan dulu ade guard ke jaga koc wanita ni dbb xnk bg laki masok. Kalau aku jeling je kat golongan laki cmni
Quote qronaldo7 19-7-2016 02:31 PM
share2 je la. aman je
Quote nut.legacy 19-7-2016 03:09 PM
yg biasa dgr kawan2 experience warga asing la naik koc perempuan.. diorang buat dek je duduk dalam koc tu.. tp setuju penguat kuasa bagi tindakan keras
Quote annabellaruz2 19-7-2016 04:00 PM
dedulu masa akuniak KTM, aku selalu halau jantan2 yg nak masuk kat koc wanita..
peduli apa aku dgn dorg..dh terang2 koc wanita..
tp malangnya x ramai ponpuan yg berani sound jantan2 ni..
Quote Artemesiaa 19-7-2016 04:34 PM
Bila kes sebegini terus berulang elok ditempatkan penguatkuasa sentiasa demi memastikan tak ada yang salah masuk koc, bukan hanya masa waktu puncak je ada kelibat mereka ni utk menegor kesalahan
Quote jiwarasa 19-7-2016 05:33 PM
bangang biarkan awek secantik tu duduk atas lantai. sah laki2 tu bangang dan mungkin gay
Quote manjalara_01 19-7-2016 05:53 PM
nut.legacy replied at 19-7-2016 03:09 PM
yg biasa dgr kawan2 experience warga asing la naik koc perempuan.. diorang buat dek je duduk dalam k ...

dh la kat luar kena pertahankan hak dari dirogol
dlm koc khas utk wanita pun nak kena pertahan kan hak jgk? WTH?!?
Quote shin_ah81 19-7-2016 07:57 PM
I akan bersuara je.. tak malu  betul la diaorg ni
Akhlak u mencerminkan siapa diri u.. hmm tak.mustahil kalau yg  kawin  jenis  makan duit   bini, jenis buli saudara mara perempuan, atau bodoh x pandai membaca kot
Quote Barcamessi 19-7-2016 11:13 PM
Next time nak viral tolong jangan kaburkan jantan2 xguna ni...biarr dorang tau malu::
Quote adeladelina 19-7-2016 11:18 PM
Pkul je llki yg msuk koc pmpuan ni..mcm kt india..dorg ni susah nk pham bhasa gamaknye
Quote devilito2 20-7-2016 08:22 AM
xyah la blur muka tu... kasi viral skit...
Quote littlepopxi 20-7-2016 10:21 AM
menyampah aku baca komen hakuna matata kat fb. benda peraturan dah terang2 tunjuk kat papan tanda kot, ikut je la
Quote Minami2013 20-7-2016 10:29 AM
Yang tak malu masuk koc wanita ni adalah lelaki MELAYU dan pekerja-pekerja asing... bangla, myanmar etc...
Quote Chilliflakes 31-7-2016 02:16 PM
Ini lah lelaki bangang
Quote hasniey 31-7-2016 05:27 PM
ai naik dulu ramai couple melayu yg masuk
pnt kita jeling,tegur,diorg buat bodoh je
yg awek diorg lak trsengih2 smbil kepit bf masing2
choi sgt perangai
Quote JDT 1-8-2016 09:44 AM
Semuga kaum wanita bersatu padu menghempuk jenis yg tak reti basa ni beramai-ramai dengan henbeg...nak2 yg berantai berat tu..
Quote iloveyou 1-8-2016 12:15 PM
tmptkan sorang konduktor tren dlm koc pmpuan ni, klu lelaki masuk, trus bg denda je.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.068712 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top